Saturday 30 April 2011

Kita Saling Memerlukan: Mengapa sombong?

Sehebat mana pun seseorang, pasti dia memerlukan jasa orang lain. Sehina mana pun seseorang, pasti dia sudah pernah berbudi kepada orang lain. Ertinya, setiap orang ada nilai dan harga dirinya di sisi orang lain. Maka tidak patutlah timbul hina-menghina dan pecah-belah, kerana kita sebenarnya saling memerlukan. (Status Mohd Fadli Yusof 1 Mei 2011)

Kerana itu janganlah merasa kita ini cukup gagah, tidak perlu kepada orang lain. Lantaran itu kita menyombongkan diri terhadap orang lain terutama orang yang lebih bawah daripada kita, seperti orang yang kita rasakan lebih miskin, lebih bodoh dan rendah pangkatnya daripada kita.

Sekalipun kita raja apalagi seorang rakyat biasa, atau kita majikan, apalagi kalau kita seorang kuli, sebenarnya kita ini lemah dan serba kurang. Kekuatan dan kehebatan kita adalah hasil pengorbanan orang lain. Tanpa pengorbanan dan kerjasama orang lain, kita tidak mungkin boleh memiliki keistimewaan dan kemuliaan seperti sekarang.


Tanpa tukang rumah, kita akan menjadi orang yang tidak ada tempat tinggal, terpaksa hidup berlantaikan bumi dan berbumbungkan langit. Tanpa petani, kita ketiadaan beras, sayur-sayuran dan buah-buahan. Tanpa nelayan kita tidak akan berlauk. Tanpa tukang jahit, kita tidak akan berbaju. Tanpa tukang masak kita tidak dapat merasa makanan lazat. Tanpa penjual kita tidak ada bekalan makanan. Tanpa pekerja kita tidak akan dapat keperluan-keperluan hidup yang bermacam-macam jenis.

Pendek kata hidup kita ini sentiasa bergantung dan bersandar pada jasa dan pengorbanan orang lain. Seorang yang mahu bebas daripada mengharap sumbangan orang lain lebih-lebih lagi dengan Allah pasti akan merasa sangat susah bahkan mungkin akan mati kelaparan. Demikianlah sunnatullah, dijadikan manusia terpaksa merasa perlu kepada manusia lain agar mereka saling merasa terhutang budi dan perlu-memerlukan.

Rupa-rupanya sudah banyak kita menerima budi dan jasa orang lain. Bahkan mungkin jasa orang pada kita lebih besar dan lebih banyak daripada apa yang terdaya kita berikan kepada mereka. Kerana itu kita sepatutnya merasa malu dan terhutang budi kepada manusia lain lebih-lebih lagi kepada Allah SWT Pemilik Segalanya.

Sumbangan mereka besar pada tamadun manusia. Seeloknya kita mencari jalan bagaimana untuk membalas budi mereka itu dan mencari jalan bagaimana untuk menghiburkan mereka atau bagaimana untuk menolong memenuhi keperluan-keperluan hidup mereka.

Sepatutnya kita muliakan mereka sesuai dengan jasa mereka. Jangan sekali-kali kita sombong dan angkuh terhadap mereka dan membiarkan mereka dalam kesusahan atau meletakkan mereka di taraf yang hina seolah-olah merekalah manusia yang tidak berharga dan tidak berguna apa-apa di dalam kehidupan.

Di sisi Allah barangkali darjat mereka lebih mulia daripada kita. Allah berfirman,

إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ

Maksudnya: ”Semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah yang paling taqwa. (Al Hujurat: 13)

Kalaulah hal ini diinsafi dan disedari sebenar-benarnya oleh setiap manusia, tiada seorang pun tergamak untuk berlaku sombong dengan orang lain. Sebaliknya, masing-masing rasa rendah diri dan memandang orang lain dengan rasa hormat dan kasih sayang.

Allah Yang Maha Bijaksana mencipta manusia pelbagai rupa, kelebihan dan kekurangan agar mereka lengkap melengkapi antara satu sama lain. Perkara begini sering dijadikan hujah untuk mengatakan Allah tidak adil, menciptakan manusia tidak sama rata, ada kaya, ada yang miskin, ada cantik, ada yang buruk rupa...sebenarnya disitu terdapat hikmah menunjukkan Maha Adil, Maha Pencipta, Maha Bijaksana Allah SWT.


Tidak mungkin jari-jari dapat digenggam jika semua jari-jari itu sama saiz dan panjangnya
Yang Allah nilai pada manusia itu hanya taqwanya. Allah jadikan manusia ini sedemikian rupa, agar berlumba-lumba berbekal dan mencari taqwa itu, agar selamat di akhirat nanti. Sedangkan jari-jari di tangan tidak Allah jadikan sama rata. Ada yang besar, ada yang halus, ada yang panjang, ada yang pendek, agar dapat memegang dan menggenggam.

Bila hakikat itu dilupakan, lahirlah sombong dan angkuh yang membawa kepada pergaduhan dan persengketaan. Sebaliknya jika dapat difahami bahawa kita sebenarnya saling memerlukan, akan amanlah hidup manusia ini.

Alhasil manusia akan hidup bersatu padu dalam satu susunan hidup masyarakat yang sama rata dan hormat-menghormati serta saling merasa perlu memerlukan antara satu sama lain. Tidak ada lagi masyarakat super scale, first class, second class, third class dan no class bahkan semuanya senasib. Hanya yang membezakan ketika itu adalah TAQWA, yang jadi penilainya ialah Allah SWT.

Ya, rupanya kita senasib. Senasib ertinya masing-masing tidak lepas daripada menerima dan mengharap bantuan orang lain. Senasib juga ertinya tidak lepas daripada kekuasaan Allah SWT, tidak lepas daripada dimatikan oleh Allah, tidak lepas daripada Alam Barzakh dan Alam Akhirat serta daripada Syurga dan Neraka. Maknanya manusia semuanya jadi satu kelas, satu hati dan benar-benar bersatu.

Hari ini kesedaran begitu belum wujud dalam masyarakat kita. Tidak ramai yang faham kenapa Allah jadikan orang besar, orang kecil, orang pandai, orang jahil, orang kaya, orang miskin, tauke, kuli dan lain-lain lagi. Kerana itu manusia tidak sedar yang mereka saling perlu-memerlukan, kait-mengait dan berhubung dengan hubungan yang penting. Apabila hal ini tidak disedari, terjadilah keadaan ketika masing-masing terasa dirinya lebih daripada orang lain.

Manakala yang kurang pula rasa hina diri dan hasad dengki. Lalu manusia hidup berantakan, pecah-belah dan tekan-menekan. Tidak ada kedamaian dan kasih sayang lagi. Kehidupan menjadi begitu tegang dan meruncing. Kebahagiaan di dunia sering terancam, di akhirat lebih-lebih lagi.

Menyedari hakikat ini marilah kita sama-sama merenung dan berfikir untuk mengubah sikap, membaiki keadaan dengan masing-masing memulakan sikap menghormati orang lain sebagaimana mereka menghormati dan mengasihi diri sendiri. Pernah Sayidina Muaz bertanya kepada Rasulullah ﷺ, ”Bagaimana untuk selamat di hari Hisab nanti?”, maka jawab Rasulullah, ”Engkau kasihi orang lain sepertimana engkau mengasihi dirimu sendiri.”

Wanita Jangan Jadi Bimbo

Apa itu bimbo? Mungkin ada yang biasa mendengarnya dan saya percaya jarang yang mendengar istilah ini.

Kenapa saya menasihati kaum wanita supaya tidak menjadi bimbo?

Ini kerana saya melihat semakin ramai di antara mereka menjadi bimbo tanpa mereka sedari.

Ini bahaya kerana jika tidak diperingati pasti mereka akan terus hanyut dan lupa diri.

Bimbo merujuk kepada wanita cantik dan menarik tetapi rendah tahap kebijaksanaan atau pendidikannya.

Sebenarnya perkataan bimbo merupakan istilah yang diambil daripada Bahasa Inggeris yang ditujukan khas kepada kaum lelaki.

Namun begitu, dengan situasi sekarang ia lebih sesuai digunakan kepada kaum wanita sehinggakan terbit istilah male bimbo apabila digunakan kepada lelaki.

Wanita mudah lemah dengan pujian.

Apabila dipuji, pasti jantung mereka berdebar kencang, lebih-lebih lagi apabila pujian tersebut daripada insan berlainan jantina.

Kerana itulah jangan terkejut jika mendengar cerita wanita mudah menyerahkan diri kepada lelaki yang baru mereka kenali. Ini adalah kerana mereka bimbo.

"Ala, bukan semua wanita macam tu".

Ya, benar. Mungkin sekali puji tidak terasa namun apabila berkali-kali pasti akan berbunga-bunga hati mereka dan akhirnya menyerahkan diri kepada pemberi pujian.

Bimbo biasanya terjadi kepada remaja di bangku sekolah.

Lihatlah kes pelajar sekolah yang lari mengikut lelaki. Entah berapa banyak kes seperti ini berlaku di negara kita.

Kes ini tidak hanya berlaku di kalangan remaja mentah namun turut melanda mahasiswi universiti dan lepasan universiti.

Mereka sanggup meninggalkan keluarga semata-mata mengikut lelaki yang tidak dikenali.

Kerana apa?

Kerana mereka adalah bimbo. Mudah terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki.

Bagi pasangan couple, kebimboan mereka jelas apabila mereka mula merelakan tangan mereka dipegang oleh lelaki.

Ingatlah wahai wanita, berpegangan tangan itu permulaan untuk menjerat dirimu.

Jika dulu, kamu dilihat keras menahan diri dari disentuh, namun apabila tangan kamu sudah berjaya dipegang, adegan yang lebih mesra lainnya pula bakal menyusul.

Berhati-hatilah kerana jika benar lelaki itu menghormati kamu, pasti tidak akan sanggup dia menyentuh kamu sebelum kamu menjadi halal untuknya.

Lelaki tidak memerlukan rupa untuk memikat wanita.

Lelaki hanya memerlukan kata-kata manis untuk mendapatkannya. Maka tidak hairanlah jika anda melihat seorang perempuan cantik tetapi berpasangan dengan lelaki yang kurang menarik.

Kenapa? Kerana mereka bimbo.

Tengok saja wanita-wanita yang diperdayakan oleh lelaki luar.

Mereka bagaikan disihir dengan kata-kata pujian tanpa menyedari ia hanyalah jerat semata.

Kita selalu pelik. Jangan pelik kerana mereka pandai bermain kata-kata dan mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita.

Wanita jangan jadi bimbo. Mudah terpedaya dengan pujian lelaki.

Walaupun berpengajian tinggi, kadang-kadang mereka tetap menjadi bimbo kerana tahap kecerdikan rendah atau mudah tertipu dengan manisnya mulut lelaki.

Justeru, berhati-hatilah dengan lelaki yang memuji anda termasuklah boyfriend anda (kecuali dia adalah suami anda).

Jangan mudah tergoda dan perasan apabila dipuji. Lelaki yang bukan suami anda tetapi suka memuji anda, sebenarnya suka juga memuji wanita lain.

Jangan tertipu dengan sifat lelaki yang sememangnya gemar memuji untuk memikat.

Berbeza dengan lelaki, mereka tidak memerlukan pujian wanita untuk menyatakan mereka kacak. Lelaki lebih tertarik kepada rupa wanita berbanding pujian.

Mereka lebih tertarik dengan wanita yang cantik berbanding yang kurang cantik walaupun yang kurang cantik suka memuji.

Bagi wanita pula mereka lebih suka pujian dari lelaki walaupun lelaki itu tidak menarik.

Oleh sebab itu saya katakan lelaki tidak memerlukan rupa untuk memikat wanita.

Sebaliknya mereka hanya memerlukan kemahiran menyusun kata untuk mendapatkan wanita.

Maaf jika saya dilihat seperti menghina wanita. Tidak terlintas di hati saya untuk menghina bahkan hanya untuk memberi ingatan dan pesanan.

Juga untuk menyedarkan wanita lebih-lebih lagi muslimah supaya jangan merendahkan martabat anda.

Saya tahu ia agak sukar kerana sememangnya fitrah wanita yang berjiwa lembut dan lemah dengan pujian.

Terutamanya bagi remaja kerana mereka amat dahagakan pujian.

Terutamanya jika mereka mempunyai pasangan, pasti selalu inginkan pujian darinya.

Sebagai contoh. cuba bayangkan seorang lelaki memuji anda "awak cantiklah". Pasti hati berbunga-bunga riang, lebih-lebih lagi jika diselangi dengan madah bermadu kasih, lemah seluruh sendi.

Hati wanita dicipta dengan kelembutan. Oleh sebab itu mereka mudah termakan pujian.

Hati mereka dipenuhi dengan kasih sayang, disebabkan itu mereka terlalu mudah mempercayai dan menyerah diri kepada lelaki.

Jika kita lihat wanita yang berdampingan rapat dan berkasih sayang (lillahi taa'la) dengan rakan-rakan jemaah atau usrah mereka (sesama wanita), jarang terlibat dengan masalah berpasangan dengan lelaki kerana hati mereka sudah diisi dengan sifat tersebut.

Namun apabila hubungan mereka renggang atau berlaku sedikit krisis, mereka lebih mudah tertarik dengan lelaki untuk mengisi lompong kasih sayang itu.

Oleh itu, wanita perlu lebih berhati-hati dengan pujian daripada lelaki. Jangan mudah menyerah dengan hanya sedikit pujian.

Nilailah pujian berdasarkan mata hati, bukan mempercayai membuta tuli.

Akibatnya lebih kepada merendahkan maruah diri. Usah menjadi bimbo, sebaliknya nilailah sesuatu pujian secara matang.

Jangan

✖ Jangan mencintai setinggi langit kerana langit akan runtuh ✿

✖ Jangan mencintai sedalam laut kerana laut akan surut ✿

✖ Jangan mencintai dunia kerana dunia akan hancur ✿

✖ Jangan mencintai bunga kerana bunga akan layu ✿

✖ Jangan mencintai manusia kerana manusia akan binasa ✿

✔ Cintailah Allah Yang Maha Kekal,Maha Bijaksana ✿


copy from: Mayang Sari

Nurul Amni.

Hadis Nabi S.A.W

Ada beberapa bahagian tempat di Syurga untuk manusia....

1) Tepi Syurga untuk orang-orang yang sabar dari berbalah walau dia di pihak yang benar
2) Di tengah-tengah Syurga untuk orang yang sentiasa berkata benar
3) Tempat tertinggi di Syurga untuk orang yang paling baik sekali akhlaknya

Fikir-fikirkan di bahagian Syurga yang mana layak untuk kita di tempatkan
Renung-renungkan......

Copy from: Mayang Sari
Anis.

Berhati-hati

~...berhati-hatilah terhadap cinta. Durinya adalah NAFSU dan mawarnya adalah KESUCIAN. Berapa banyak manusia yang telah mencium harumnya mawar, padahal mereka TIDAK menyedari diri mereka telah tertusuk duri cinta. CINTA SEJATI fitrah insani yang terpelihara adalah cinta yang bisa menghulurkan TANGAN untuk memetik mawar TANPA tertusuk duri-durinya...~

“Sesungguhnya Nafsu Amarah itu sentiasa menyuruh berbuat jahat”(Surah Yusuf – ayat 53)

dan FirmanNya lagi :

“Tidakkah engkau perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsunya menjadi Tuan dan dia disesatkan Allah kerana Allah mengetahui (kejahatan hatinya) lalu di tutup Allah pendengarannya (telinga batin), mata basirnya dan tetap tertutup.” (Surah Al-Jaashiah – ayat 23)

“Demi nafsu (manusia) dan kesempurnaan (kejadian) maka Allah mengilhamkan kepada nafsu itu jalan kefasikan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan nafsunya” (Surah Asy Syam – ayat 7-10)

Copy from: Haslinda Alias
Anis.

Demi Masa...

Bismillahirahmannirahim...

Masa...
Di katakan orang selalu tentang masa. Baik orang besar atau orang kecil atau sesiapa saja. Malah di sebut orang masa itu senilai emas. Walaupun realiti terkadang emas itu lebih di nilaikan dari masa.

Di dunia ini,' masa ' di terjemahkan orang seumpama seutas jam tangan. Pentingnya masa itu di nukilkan orang sehinggakan nilai seutas jam itu sehinggakan mencecah ribuan ringgit. Terkadang kualiti ciptaan itu. Yang lebih nilaian dari ' masa ' itu sendiri.

Masa...
Di sabdakan Nabi SAW menyampaikan pesan kepada umatnya. Kualiti masa itu ada kepadanya lima perkara mesti di jaga. Di sabitkan Nabi SAW tahu akan selok-belok perangai umatnya. Dan lima perkara itu tiadalah sempurnanya melainkan di nukilkan. Lima perkara yang merosakkan orang kepadanya.

Masa...
Sihat sebelum sakit..
Lapang sebelum sibuk..
Kaya sebelum miskin..
Muda sebelum tua..
Hidup sebelum mati..
Di suruh menjaga oleh nabi saw kepada umatnya...

Masa...
Apabila sakit sihat mu tidak menangisi di keranakan diri mu..
Di keranakan sibuk tiada padanya lapang mengasihani mu..
Setelah miskin mu kaya mu tidak akan bersama mu lagi..
Sesudah tua muda mu tidak akan kembali lagi..
Dan apabila mati hidup mu sudah tiada ada lagi...

Demi Masa...
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran. Mereka berpesan-pesan dengan penuh kesabaran. Di firmankan Allah swt di kitabNya yang suci...

Masa...
Di fahami orang ia penghubung kehidupan. Masa adalah nadi kepadanya kehidupan. Jesteru sangat-sangat di khuatirkan orang terputus kehidupan. Dengan sebab terhentinya masa...

Sungguh !
Sebenarnya... Tiadalah orang yang paling rugi melainkan mereka yang lalai dari mengingati masa...


Anis.

Sekadar Perkongsian

apa perkara yg ber'manfaat' drpd ber'couple':

1) seronok (dapat fitnah)

2) seronok (dapat dosa)

3) seronok ( dapat geng dengan syaitan)

4) dapat meluahkan masalah..( Allah kan ada)

5) banyak habis duit ( lebih baik guna untuk sedekah) , tak kurang juga yang habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yang melambung..

6) banyak risau ( takut awek kita orang lain kebas.. berapa kali dah miss solat pasal dok asyik berdating tak pulak risau..)

7) banyak termenung dan senyum sendiri ( pasal ingat peristiwa riang dgn awek.. kita sebagai muslim patutnya banyak mengingatkan MATI yang boleh datang bila-bila masa..)

8) lebih mengutamakan awek daripaad orang lain ( hidup dalam dunia sendiri, dia dan awek dia.. lain dah tak kisah..)

9) menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati.. solat fardhu lewat tak takut pulak...

10) lain-lain lagi yang memberikan faedah dalam menambah saham DOSA darrpada PAHALA..

hasil daripada pengalaman /pemerhatian /analisa / kajian terdapat beberapa sebab yang menyebabkan PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi;

1) banyak sekolah / pusat pengajian i.e. perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha daripada pihak yang bertanggungjawab unttk mengawal pencampuran ini supaya tidak bercanggah dalam syarak.

2) perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu  dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas- batas syarak.. Nauzubillah. . Pada pendapat mereka keluar buat date dekat khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi tak pegang tangan, jalan pun tak rapat-rapat dan si awek tu pula pakai tudung... kire tak pe la.. dosa pun sikit saja.. nanti dah kahwin settle dan taubat le.. saya bab ni yang payah nak jawab.. ada je alasan dia org untuk melepaskan diri. Orang kata kalau dah nak buat tu memang macam- macam helah. Kita nasihat dekat sini dia corner kot lain. Banyak bersabar saje lah dan teruskan usaha kita InsyaAllah lama- lama dia sedar lah tu..

3) sudah menjadi naluri manusia ingin dibelai dan dikasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan mcm cas +ve dan -ve. hasil drpd didikan/pentarbiyah an islam yg tidak kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner.. maka terjadinya perhubungan (kawan2) sblm ada ikatan yg sah, dan ada setgh ibubapa dgn selamba kata "tak pe le.. dia org dah besor.. dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan yg buruk .. bior le" . betul juga kata ibu bapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu le menilai yg mana baik dan buruk.. tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh diabaikan...

4) bertambahnya perempuan yg tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun aurat lain tak dijaga i.e. cara bergaul, bercakap.. maka ini membuka ruang pd lelaki2 utk memulakan projek mereka.. tak percaya pergi lepak (bukan lepak mcm Mat Lepakian.. lepak dgt tujuan utk mengambil iktibar..) kat KL (kat sini mcm2 jenis org boleh jumpa..) ada yg elok tutup aurat tapi bila bersembang.. tu dia, ketawa kalah lelaki.. lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu.., lelaki apa lagi.. ada chance ni..

5) ramai perempuan semakin berani.. berani menghadapi cabaran utk jadi setanding dgn lelaki maka mereka pun goda le lelaki so dpt byk boyfriend.. mcm Mat Cintan dan Mat Bunga yg byk dpt awek..

6) ramai lelaki rasa bangga kalau ada awek, kalau tak ada awek maka mcm ada satu kekosongan dlm jiwa ... lebih2 lg kalau tgk member2 lain dia ada awek. faktor sekeliling memperngaruhu suasana.

7) lelaki cuba nak tunjuk pd lelaki lain yg dia tu pakar dlm bab tackle/meng' ayat' awek .. lelaki ni biasa le EGO.. ego tak kena tempat...

8) haaa... ni paling memalukan kaum lelaki.. lelaki ni cepat sgt PERASAN so dia pun naik semangat kacau awek. mula2 perasan yg awek tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2.. ye le dah usaha sikit punya susah nak meng'ayat'/meng' tackle', awek tu pun accept le mat tu. ada juga awek yg manja (dah memang fitrah wanita begitu) sikit bila nak minta tolong maka lelaki akan terperasan yg awek tu minat kat dia maka akan try meng'ayat'. maka dianjurkan pd kaum hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yg tak kena. pd kaum adam pula, jgn le dok perasan cepat sgt..

9) ada kaitan dgn fakta ke-8... perempuan cepat sangat kesian bila tgk lelaki bersusah-payah utk dia. tolong nie tolong tu, tolong buat assingment ke sbg contoh. bila lelaki yg dok tolong tu 'ayat' sikit jer dgn mudah perempuan tersebut termakan kata2 manis lelaki tersebut.. yg lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yg jadi mcm tu...

10) fakta yg ke-10 ni cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber'awek' disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. tujuannya ialah utk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain.. ada ngam ke tak ngam ke sebelum berjanji utk hidup semati...

Alhamdulillah niat bagus... tapi niat tak boleh menghalalkan cara, yg haram akan tetap haram, sbgmana hadis Rasulullah yg bermaksud:
Drpd Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir ra :sabda Rasulullah S.A.W "sesungguhnya yg halal itu nyata dan yg haram itu pun nyata dan di antara keduanya ada perkara yg kesamaran, yg tidak diketahui oleh kebykkan manusia, maka brgsiapa yg memelihara (dirinya dr) segala yg kesamaran, sesungguhnya ia memuliakan bgnya agamanya dan kehormatannya. .. " (Mutfaq'alaih)

1-sesunguhnya perjumpaan (keluar) antara kaum adam dan hawa itu salah melainkan ditemani mahramnya... .

2-cintailah pasangan anda kerana Allah dgn cinta yang berlandaskan keimanan dan bukannya kerana hawa nafsu...

Nauzubillahi min zalik...
Wallahu'alam. .. .

Tidak Perlu

Tidak perlu mencari teman secantik Balqis..
Andai diri tidak sehebat Sulaiman..

Tidak perlu seteguh Ibrahim..
Andai diri tidak sekuat Hajar..

Mengapa mengharap teman setampan Yusuf..
Jika kasih tidak setulus Zulaikha..

Mengapa didamba teman hidup sehebat Khadijah..
Andai tidak sesempurna Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam..


Nurul Amni.

Selamat Hari Ibu



Ibu,
Selamat Hari Ibu.

Nurul Amni.
Ibu, ibu ingat lagi tak kali terakhir pertemuan kita?

Ibu ingat lagi tak,
Kali terakhir ibu melihat anak ibu yang baru tumbuh gigi ketika itu?

Ibu ingat lagi tak,
Waktu tu abang long, kak long, abang ngah, kak chik dan kak lang masih berada di sekolah.
Dan ketika itulah ibu bawa Afiq ke taman permainan.

Afiq main layang-layang dengan ibu.
Ibu tahu tak itulah kenangan terindah Afiq dengan ibu.
Afiq minta layang-layang tu dengan bahasa Afiq sendiri.
Ibu tetap faham walaupun Afiq guna bahasa Afiq.
Afiq tak berapa reti bercakap lagi waktu tu.

Tiba-tiba waktu ibu bagi kat Afiq layang-layang tu,
Layang-layang tu terbang.
Afiq nak ambil,
Tapi Afiq hanya reti bertatih je.
Layang-layang tu jatuh kat atas jalan.

Afiq nak merangkak ambil layang-layang tu,
Tapi ibu larang Afiq.
Ibu suruh Afiq tunggu kat tepi jalan tu.

Tiba-tiba ibu ‘fly’ kat atas kereta,
Disebabkan ‘sayap’ ibu patah ibu jatuh kat atas jalan.

Ketika itu,
Afiq nampak bayangan ibu datang kat Afiq untuk membantu Afiq bangun.
Afiq bertatih, bertatih dan bertatih.

Ketika itu Afiq nampak ada orang yang sedang bercakap dengan sesuatu yang ketika ini sudah Afiq tahu orang memanggil benda tu telefon.
Waktu Afiq dah sampai disamping ibu,
Afiq terjatuh di atas tangan ibu.

Ibu mengerang kesakitan,
Afiq nampak ada warna merah dekat dahi dan bibir ibu.
Ibu ingat lagi tak ibu cakap apa dekat Afiq?
Ibu cakap “ Dah pandai dah anak ibu bertatih.”
Afiq hanya memberi senyuman manis buat ibu.

Lalu Afiq lap warna merah dekat dahi ibu dan bibir ibu.
Akhirnya Afiq luahkan, yang selama ini Afiq ingin katakan.
Sebelum ini, Afiq tidak mempunyai kekuatan untuk mengatakan semua itu.
Tapi kini, Afiq dah ada kekuatan untuk itu.

Dari mana datangnya kekuatan itu Afiq sendiri tidak tahu.
Afiq pandang wajah itu dalam-dalam dan Afiq cakap
“ All..ah..... Na...bi.... I...bu....A....bi...”
Afiq nampak air mata ibu mengalir.

Lalu ibu cium wajah Afiq sepuas-puas hati ibu.
Afiq merasakan lepas ini tiada lagi ciuman ibu buat Afiq.
Afiq jatuh di dalam pelukan ibu, ibu peluk Afiq kuat-kuat.
Afiq rasa lepas ni tiada lagi pelukan ibu untuk Afiq.

Makin lama, Afiq rasa pelukan itu semakin longgar.
Tapi Afiq tetap lena di dalam pelukkan itu, ibu tahu tak?

Tika Afiq sedar, Afiq rasa ada air mata yang jatuh di atas pipi Afiq.
Afiq pandang wajah empunya air mata itu.
Rupa-rupanya, Kak Long yang sedang menangis.
Mesti ibu nampak kan Kak Long peluk Afiq erat-erat?

Belum pernah Kak Long peluk Afiq seerat macam tu.
Kak long hanya suka kacau Afiq je sebelum ini.
Afiq lap air mata Kak Long,
Tapi makin lebat pulak air mata Kak Long.
Afiq peluk Kak Long erat-erat.

Mesti ibu tahu,kan?
Abang Ngah orang terakhir cium dahi ibu,
Orang terakhir cium pipi ibu,
Orang terakhir cium tangan ibu sebelum ke sekolah pagi tu.

Afiq ikut Kak Long pergi ke masjid untuk solat jenazah ibu.
Mesti ibu dengarkan,
Abi baca Al-Fatihah sepanjang perjalanan ke masjid.
Sayu Afiq dengar suara Abi.

Afiq tahu agak sukar bagi bayi seumur dengan Afiq untuk menerima pemergian seorang insan yang amat penting bernama Ibu.

Tapi Afiq tahu menangisnya abi, abang-abang dan kakak-kakak serta yang lain takkan kembalikan ibu, kan?

Afiq tahu, Afiq boleh tabah walaupun Afiq tak setabah tok ayah.
Ibu mesti nampak kan tok ayah yang menenangkan mereka semua?
Abi memujuk kak chik, abang long pulak pujuk abang ngah dan kak lang.

Afiq duduk di belakang dengan Abang Ngah,
Ibu nampak tak, Abang Ngah dukung Afiq keluar sebab abang ngah tak dapat tahan nangis,
Abang Ngah lah yang paling rapat dengan ibu selepas Afiq,
Bila Abang Ngah duduk di tangga,
Afiq gigit tangan Abang Ngah untuk melepaskan Afiq.

Afiq nak solat jugak!
Afiq selit-selit di belakang orang,
Afiq tak tahu macam mana Afiq boleh lancar berjalan,
Abang Ngah terperanjat melihat Afiq boleh berjalan dengan lancar.

Afiq mengangkat takbir bila imam sudah memulakan solat.
Afiq boleh ingat setiap gerak geri solat abi.
Afiq boleh ingat setiap bacaan solat.
Afiq tahu Afiq ada keistimewaan.
Dan Afiq tahu, Afiq nak solat jenazah ibu!

Ibu mesti nampak Abang Ngah menangis sebab melihat Afiq solat sedangkan Afiq baru je kecik.
Akhirnya Abang Ngah kuatkan semangat untuk solat jenazah ibu.

Itulah kali pertama Afiq solat bersama ibu.
Itulah kali pertama takbir diangkat oleh Afiq.
Itulah kali pertama Afiq solat.
Itulah kali pertama... ibu

Walaupun hanya sekejap yang mampu Afiq tahan,
Afiq gembira ibu sempat melihat Afiq solat seperti yang ibu inginkan.
Afiq sekurangnya dapat memberi semangat dekat Abang Ngah untuk solat jenazah ibu.

Ibu mesti ingatkan, abi, abang long, abang ngah, tok ayah, tok wan yang mengusung jenazah ibu masuk kedalam liang lahat?

Ibu mesti nampakkan kak long bawa Afiq balik rumah sebab kak long tak dapat menahan lagi.

Ibu tahu tak,
Waktu Afiq nak meninggalkan perkuburan ibu,
Afiq nampak ibu lambai kat Afiq.
Afiq nampak ibu memberi satu senyuman yang sangat manis dekat Afiq.
Sampai sekarang, masih Afiq ingat senyuman ibu.

Ibu, mesti ibu tahu kan?
Sejak pemergian ibu, kak longlah yang menjaga Afiq macam anak sendiri.
Tapi Afiq tak nak menyusahkan kak long.

Ibu tahu tak,
Afiq dah khatam Al-Quran waktu umur 7 tahun lagi.
Waktu Afiq umur 10 tahun, Afiq masuk tahfiz Al-Quran.
Abi, dan abang-abang dengan kakak-kakak yang bantu Afiq membaca Al-Quran.

Ibu... ibu tahu tak?
Afiq nak jadi anak yang soleh,
Nanti boleh la Afiq doakan untuk ibu disana,
Terima kasih sebab lahirkan Afiq,
Afiq sayang ibu,
Sayang... sayang sangat-sangat dekat ibu.

Waktu umur 13 tahun Afiq masuk hafazan Al-Quran,
Afiq nak jadi seorang tahfiz,
Nanti boleh la Afiq tolong ibu disana,
Tolong abi disana.

Waktu difikirkan kembali,
Afiq rasa,
Afiq menyusahkan ibu je time tu.

Ibu...
Afiq sayang ibu,
Afiq rindu ibu,
Afiq nak jumpa ibu,
Kenapa ibu pergi tika itu?
Kenapa ibu tinggalkan Afiq tika diri ini memerlukanmu?

Kenapa? Kenapa?
Banyak soalan yang bermain di fikiran Afiq.
Bila afiq pergi sekolah, Afiq nampak banyak ibu menghantar anak mereka semua.
Afiq teringin sangat dihantar oleh ibu...

Tapi Afiq tahu,
Allah tahu apa yang terbaik,
Kerana Allah Maha Bijaksana,
Allah tahu segala-galanya,
Kerana Allah Maha Mengetahui,
Allah sayang lebih daripada kita sayang,
Kerana Allah Maha Penyayang.

Afiq rindu ibu...

Ibu,
Selamat Hari Ibu.

Ibu...
Afiq nak buktikan dekat ibu yang Afiq boleh berdikari walaupun ibu tiada di sini.
Afiq nak balas semua usaha yang telah ibu dan semua lakukan buat Afiq.

Kini...

Afiq dah dewasa,
Tapi rindu Afiq tetap tidak pernah hilang,

Afiq dah matang,
Tapi sayang Afiq tidak pernah luntur.

Afiq dah bergelar baba,
Tapi ibu tidak pernah hilang dalam ingatan.

Afiq selalu mendoakan semoga ibu bahagia di sana.

Setakat sini sajalah ibu,
Cucu ibu ajak makan,
Kuat makan dia sejak duduk di negara orang,
Bukan makanan sini yang dimakan,
Negara sendiri yang menjadi seleranya.

Ibu,
Selamat Hari Ibu.

Assalamualaikum, ibu.

Dari anak bongsu ibu.

Friday 29 April 2011





Anis.

Kata Hikmat





Nurul Amni.

Kata Hikmat




Ayat Kursi _ Muhammad Taha Al-Junayd

UNIC - Insan Bernama Kekasih

Pesanan Tentang Kematian....

Dalam kitab Zahrir Riyadh, di ceritakan bahawa Nabi Yaakub alaihissalam bersahabat dengan Malaikat Maut.. Suatu hari Yaakub di kunjungi Malaikat Maut. Dia bertanya kepada Malaikat Maut, “Adakah engkau datang untuk menziarahi atau mencabut nyawa ku?”

Kata Malaikat Maut, “Untuk berziarah saja.”

Kata Yaakub, “Aku ada permintaan. Apabila ajal ku telah dekat dan engkau hendak mencabut nyawa ku, hendaklah engkau beritahu aku terlebih dahulu.”

Jawab Malaikat Maut, “Baiklah, aku akan utus dua atau tiga utusan.”

Ketika ajal Yaakub semakin hampir, Malaikat Maut datang kepadanya, lalu di tegur Yaakub, “Adakah engkau datang utnuk berziarah atau mencabut nyawa ku?”

“Aku datang untuk mencabut nyawa mu!” balas Malaikat Maut.

Yaakub kehairanan dan bertanya, “Bukankah engkau sudah berjanji akan menghantar dua atau tiga utusan terlebih dahulu?”

Malaikat Maut menjawab, “Benar dan aku telah melakukannya. Rambut hitam berubah putih, tubuh kuat berubah lemah, itu adalah utusan ku kepada manusia sebelum mereka mati, wahai Yaakub.”

copy: Ibu Nora ( rakan Facebook)

Nurul Amni.

Jihad Seorang Wanita

Di antara jihad seorang wanita ialah seperti berikut :

1) Menjadikan rumah tangga tempat yang bahagia untuk keluarga berkumpul.
2) Mewujudkan suasana Islam dalam proses pendidkan dan pembesaran anak-anak.
3) Menyempurnakan segala urusan rumahtangga menurut syarak dengan penuh keikhlasan.Semoga akan beroleh keberkatan.
4) Mengajak kaum wanita lain memahami prinsip-prinsip Islam dan cara hidup yang Allah tetapkan.
5) Memerangi perkara-perkara bid’ah, khurafat dan pemikiran yang salah serta adab-adab yang buruk yang menguasai wanita masa kini.
6) Menyertai rancangan kemasyarakatan yang berfaedah untuk umat manusia amnya, seperti tadika, menjaga anak-anak yatim, sekolah-sekolah dan menghulurkan bantuan untuk keluarga miskin.
Rasulullah Saw mengikut sertakan kaum wanita dalam peperangan. Mereka mengubati orang yang terluka. Rasulullah tidak pernah memberi mereka bahagian dari harta rampasan tetapi memberi mereka dari kelebihan (sisa) pembahagian. (HR. Muslim)

Surah Al-Hajj ayat 78
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Qur’an) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.

Anis.

Kisah bait rumah tangga

Kisah bait rumah tangga baru yang brsulam cinta... sweet saja..

Bila aku teringat balik cerita ni, aku mesti tergelak sorang-sorang. Alkisahnya, aku ni ditakdirkanlah kahwin dengan sorang mamat ni. Entah dari mana la datangnya. Mak aku yang suruh, dia kata budak ni baik la, alim la pandai la. Lepas tu terus kami kahwin. Masa first time kahwin tu, memang kucar-kacir jugak la rumah tangga kami. Dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati.

Eiiiii… geramnya aku!!!
Mana taknya, aku basuh baju dia sekali la dengan baju aku. Then lepas basuh nak dijadikan cerita, ada lah pulak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku. Haihhh… memang sakit hati. Baju baru kot, mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia, kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna. Dengan slumber dia kata..
”Lah… awat tak tanya…”

Eiii… geramnya aku!!! Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pergi shopping. Ok, fine. Aku ikut je la. Weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pergi shopping sampai aku kalih-kalih belakang.. dia hilang!!.. Aku cari gak dekat-dekat area situ kot2 ada tapi memang hampeh. Aku try call, tak angkat. Call lagi pun tak angkat. Huhh. Tension betul! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta je. Seminit… lepas tu dua minit… lepas tu…. SEJAM KOT!! Huhh. Memang sakit hati betul!! Then bila dia sampai dekat kereta, aku tanya, pergi mana? Kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..

“Lah.. gi shopping la sayang… Owh, awak ada call ekk?? Alah, lupa nak bagi tau, terlupa bawa hanset… hehe.."

Eiiii… geramnya aku!!!! Seminggu lepas tu dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api. Ok fine. Aku masak je. Tapi memang la aku ni tak la pandai masak sangat tapi bolehlah kalau setakat nak makan kan. Aku hidang bagi dia makan. Masa first time dia suap kat mulut tu aku bajet dia nak kata apa-apa. Tapi dia diam. Memang tak kata apa-apa pun sampai dia habis makan. Habis makan pun tak kata apa. Aku pun confius. Dia ni takde respons. Sedap ke tak?? Ehmmm.. kalau ikut aku la, aku rasa ok je lah. Tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..

Huhhh….. Esoknya, time aku on the way nak balik dari tempat kerja, kereta aku plak buat hal. Tak boleh start. Panik gak la aku time tu. Malam dah ni, nak masuk Isyak dah. Haihh… Time aku balik kerja lewat-lewat lah kereta nak buat hal. Then, aku call dia. Yang aku tak boleh tahan tu. Dia dengan slumber kata.

 “Lah awat la call saya… call la mekanik… ingat call saya kereta awak boleh jalan??…."

Eiii… geramnya aku!!! Tapi dia datang jugak lepas tu. Ada lah dia check apa entah kat depan but tuh. Dan lepas start terus boleh… hmmm.. dalam hati aku kata,
“Boleh la jugak mamat ni nak diharap. Mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pergi outstation kat overseas. Dia kata pergi sekejap je. 2 MINGGU!! Hmm… aku memang no komen lah. Dia nak pi buat keja dia. Takkan nak kata tak boleh kot. Kerja arkitek biasalah. Busy la kot. Tapi memang agak sakit hati jugak lah. Boleh dia lesap macam tu je. Lepas-lepas naik flight, kot2 la dia nak call bagitau dah sampai ke, ada kat mana ke. Tapi memang hampeh!!. Langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ke tapi memang tak de. Kosong inbox!!

Eiii… geramnya aku!!! Pagi tu aku basuh baju. Ok sekarang aku dah tau dah baju mana yang turun warna. Aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh. Sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tu.

Jeng3.. Huishh siap dengan surat lagi. Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku, Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. Jangan marah-marah ek.. hehe.. Saya bukannya apa, saja tulih surat nih.. Bosan… Tak tau nak buat apa… hihi Pertama sekali saya nak bagi tau lah. Mungkin awak tak kenal saya tapi saya kenal je awak. Sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha.. Eh awak tak ingat ke anak Pak Mail kawan ayah awak yang datang beraya kat umah awak time tuh??!! Masa tu saya nampak awak duk main masak-masak kat belakang umah… hahaha… Memang lucu sangat. Saya nampak awak macam ‘anak patung’. Comel sangat… Iskk.. Awak ni.. tak perasan ke??

Keduanya, sorry la pasal hal shopping tuh. Memang saja je saya tak mau bawa hanset time tuh… hihi.. Takut terkantoi. Ye la saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh… memang tension. Susah betul nak cari. Memang patut la mahal dan memang patut la awak bengang satu hari… hihi…

Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak… hmm… Mesti awak bengang kan sebab saya takde respons… huhu… Sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata. Eh, saya makan dalam masa 5 minit je kot. Ikut jam dinding kat rumah kita. Iskk..awak ni.. tak perasan ke?? Keempatnya time keta awak rosak… hmm. Awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pergi kat awak??!! Lepas-lepas tu jenuh saya nak pujuk diorang balik. Tau tak saya langgar semua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??

Iskk..awak ni.. tak perasan ke?? Tapi lepas saya tahu saya kena pergi outstation kt overseas. Saya lagi seronok. Happy gile sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja je tak call awak…hihi… Tapi saya ok je. Saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…

“Wow, look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “ Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^) Last but not least. Awak… awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya sayang awak…

p/s: Try tengok sama tak dengan baju awak yang rosak hari tu “bungkusan” ni… hihi Love, Suamimu.

Nurul Amni.

Itulah cinta!

Semua kita mencari kesempurnaan dalam memiliki cinta. Sang pemuda mencari pemudi yang cantik, menawan, baik hati dan sebagainya. Sang pemudi mencari pemuda yang tampan, romantik, jujur dan seangkatannya. Kesian kepada yang kurang tampan dan kurang cantik. Kerana begitulah lumrah manusia, mahukan yang cantik, menarik dan sempurna.

Terkadang yang cantik sudah bertemu dengan yang tampan, tapi akhirnya cinta hanya sekerat jalan. Kenapa jadi sedemikian? Perhubungan cinta hanya sekadar atas dasar rupa paras?
Rasulullah SAW ada bersabda dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Ahmad:
"Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli."


Lelaki yang bernama lengkap Abu Utsman An Naisaburi itu diam. Beliau terkejut sebentar dan terpaku tatkala mendengar perkataan wanita yang datang kepadanya itu. Ia tidak mengenal wanita ini dengan baik. Namun, tiba-tiba saja wanita ini datang menemuinya dan menyatakan rasa cintanya yang dalam kepadanya. Bahkan saat itu pula, atas nama ALLAH, wanita itu meminta pada Abu Utsman untuk menikahinya.

Abu Utsman diam. Memikirkan keputusan apa yang hendak diambilnya. Sebagai seorang pemuda, ia dihadapkan pada sebuah keputusan besar dalam hidupnya. Sebuah keputusan yang mungkin akan dijalaninya selama lebih dari separuh usianya dan separuh imannya. Selama ini keluarganya sentiasa mendorongnya untuk segera meminang salah seorang wanita solehah di wilayah itu. Namun, ia selalu menolak dorongan dari keluarganya itu hingga hari ini.
 
Maka, sampai sekarang ia masih juga membujang. Ia akan mengambil sebuah keputusan besar dalam hidupnya, termasuk segala akibat dan kesan yang menyertainya.
Abu Utsman kemudian berkunjung ke rumah wanita itu. Ia mendapati orangtua si wanita adalah orang yang miskin. Namun, keputusannya tetaplah bulat untuk meminang si wanita yang datang menyatakan cinta kepadanya itu.
 
Terlebih lagi kerana wanita itu memintanya untuk menikahinya. Ia menyaksikan kebahagiaan yang berlimpah pada raut wajah orangtua si wanita itu saat mendengar bahawa puterinya dipinang oleh Abu Utsman, lelaki yang berilmu, tampan, soleh, penyabar, setia, jujur, tulus, dan terhormat.
Mereka pun akhirnya selamat diijabkalbulkan.
Tahun demi tahun berlalu, hingga akhirnya sang isteri itu meninggal dunia lima belas tahun kemudian. Namun, sejak malam pengantin mereka ada kisah yang baru terungkap setelah kematian sang isteri. “Ketika wanita itu datang menemuiku,” kisahnya, “Barulah aku tahu bahawa matanya juling dan wajahnya sangat jelek dan buruk. Namun, ketulusan cintanya padaku telah menambat hatiku. Aku pun terus duduk dan menyambutnya tanpa sedikit pun mengekspresikan rasa benci dan marah. Semua itu aku lakukan demi menjaga perasaannya. Walaupun aku bagai berada di atas panggang api kemarahan dan kebencian.”

“Begitulah ku lalui lima belas tahun dari hidupku bersamanya hingga dia meninggal dunia,” demikian Abu Utsman melebarkan kisahnya. “Maka, tiada amal yang paling kuharapkan pahalaNYA di akhirat, selain masa-masa lima belas tahun dari kesabaran dan kesetiaanku menjaga perasaannya dan ketulusan cintanya.”

Itulah cinta! Cinta yang berpaksikan wahyu, cinta yang diasaskan oleh keimanan kepada Allah SWT. Ianya indah dan bahagia. Semakin indah kerana ianya disertai dengan pengorbanan, kesetiaan, kesabaran dan perjuangan.
 
Nurul Amni.
Suatu ketika dahulu , Abu Utsman dikejutkan dengan satu permintaan dari seorang wanita.
“Wahai Abu Utsman,” kata wanita itu, “Sungguh aku mencintaimu.” Suasana hening sejenak. “Aku memohon, atas nama ALLAH, agar sudilah kiranya engkau menikahiku,” lanjutnya.

Lebih Dahulu Mengucap Salam

Jika Anda ingin berkenalan dengan seseorang, hendaklah Anda memulai dengan mengucap salam karena sikap itu mempunyai daya tarik tersendiri bagi orang tersebut, selain itu juga mendapat pahala yang besar di sisi Allah.

Apabila Anda sudah berkenalan dengan seseorang dan beberapa hari kemudian Anda berpapasan dengan orang tersebut hendaklah Anda mendahului menyapa dan mengucapkan salam agar pertemuan yang pertama tidak hilang dengan sia-sia.

Hal ini karena pertemuan kedua merupakan penopang bagi pertemuan pertama.

"Sebaik-baik kamu adalah yang lebih dahulu mengucapkan salam."


Memanggilnya dengan Panggilan yang Paling Disukai

Pada zaman ini banyak orang menggunakan nama-nama aneh yang hanya asal ucap saja. Lebih aneh lagi banyak orang merasa bangga jika menyandang nama-nama itu, sehinggga jika ada orang yang memanggilnya dengan menggunakan nama aslinya maka ia akan marah.

Tatkala kita sudah menjadi umat Muhammad saw., kita mempunyai kewajiban agar memanggil orang lain dengan panggilan yang ia sukai, karena hal itu dapat mempererat hubungan kita dengan orang tersebut.

Ada sebagian ikhwah yang memanggil orang yang lebih tua dan lebih tinggi (pangkatnya) darinya dengan menggunakan nama saja tanpa ada embel-embel-nya.. la menganggap bahwa sikap itu adalah bentuk penerapan dari makna ukhuwah Islamiah. Maka kita jumpai ada seorang mahasiswa yang memanggil dosennya dengan "akh", ada juga di antara ikhwah yang tatkala mempersilakan penceramah hanya dengan menggunakan nama-nya saja dengan anggapan bahwa sikap itu lebih menjauhkan dari sikap riya'. Padahal embel-embel itu adalah wajar dan merupakan haknya, bukan buatannya sendin. Lalu bagaimana orang-orang dapat mengenal penceramah tersebut dengan betul, jika nama yang dimiliki oleh penceramah juga dimiliki oleh banyak orang? Di manakah pula kita meletakkan sabda Rasul, "Tempatkanlah orang lain pada posisi mereka?"

Di beberapa tempat ada yang memanggil dengan menggunakan kunyah, seperti: wahai, Abu Muhammad! atau wahai, Abu Hasan! Barangkali ini lebih halus didengar dan lebih dapat diterima oleh hati.

Sebarkan Salam di Antaramu

Salam adalah salah satu dari asma Allah swt. Mengucapkan salam, baik kepada orang yang anda kenal maupun yang tidak Anda kenal akan membangkitkan rasa aman, mempererat ikatan, dan menumbuhkan rasa cinta. Rasulullah sendiri telah berwasiat tentang itu. Dari Abu Hurairah ra., ia berkata bahwa Rasul bersabda,

"
Kamu tidak akan masuk surga hingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman hingga kamu saling mencintai (karena Allah). Apakah kamu maujika aku tunjukkanpada satu perkara jika kamu kerjakan perkara itu maka kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu!
" (HR. Muslim)

Dengan begitu, Rasulullah saw. telah meletakkan ta-ngan kita pada satu kunci yang amat penting. Mengucap atau menjawab salam akan dapat memberikan gambaran seberapa jauh orang itu iltizam dengan ajaran Islam.

Ada perbedaan yang amat besar antara orang yang mengucapkan "Salam" lalu dijawab dengan "Salam" dengan orang yang mengucapkan "Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh" lalu dijawab dengan "Wa'alaikumus-salam wa rahmatullahi wa barakatuh". Ada beberapa orang yang tatkala Anda mengucapkan "Assalamu 'alaikum", mereka menjawab dengan "Selamat Pagi" atau "Selamat Datang", atau dengan jawaban-jawaban yang lain.

Dengan mengucap dan menjawab salam, Anda dapat mengenal orang lain dan mengetahui tingkat konsistensi mereka terhadap ajaran agama. Sebagian orang ada yang mengucapkan salam sebagaimana seorang komandan militer memerintah anak buahnya, padahal mengucapkan salam merupakan ucapan selamat yang tersusun dari untaian kata-kata yang sangat indah, yakni "
as-salam" (kesejahteraan), "arrahmah" (rahmat), dan "al-barakah
" (berkah). Ucapan salam hendaknya keluar dari lubuk hati yang paling dalam dan dikeluarkan dengan disertai perasaan kasih sayang, karena tujuan dari sebuah perkenalan adalah pernyataan hati.

Dari Abu Dzar ra., la berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda, "
Janganlah sekah-kali kamu meremehkan kebaikan, meskipun hanya berupa keceriaan wajah tatkala bertemu dengan saudaramu.
" (HR. Muslim)

Menjawab salam hukumnya wajib. Kita akan dapat membuat orang yang mengucap salam itu bersimpati kepada kita, yaitu tatkala dengan sikap tanggap kita menjawab ucapan salam tersebut dengan ucapan salam yang lebih baik dan dengan tatapan wajah yang dihiasi dengan senyuman. Allah swt. berfirman,

"
Apabila kalian diberi penghormatan dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah selalu membuat perhitungan atas tiap-tiap sesuatu.
" (An-Nisa': 86)

Mengucapkan salam tidak terbatas pada orang yang kita kenal saja, tetapi lebih dianjurkan kepada orang yang belum kita kenal agar lebih memperluas perkenalan dan ukhuwah Islamiah.

Dari Abdullah bin Mas'ud ra. bahwa ada seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah saw., "Di antara ajaran Islam manakah yang paling baik?" Rasulullah saw. menjawab, "Memberi makan dan mengucap salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal." (Muttafaqun 'Alaih)

Para sahabat ra. adalah generasi yang paling paham terhadap nilai dan maksud ajaran ini. Dengan metode itulah generasi ini dapat merangkul banyak orang.

Dari Thufail bin Abu Ka'ab ra. bahwa ia datang menemui Abdullah bin Umar ra., lalu keduanya pergi ke pasar. Thufail menceritakan, "Tidaklah Ibnu Umar melewati orang di tengah jalan atau menjual barang da-gangan atau orangorang yang lain, kecuali la mengucap salam kepada mereka. Pada hari yang lain saya datang ke tempat Abdullah bin Umar, kemudian ia mengajakku ke pasar. Saya menjawab, 'Apa yang akan anda perbuat di pasar? Anda tidak membeli, tidak bertanya tentang harga barang, tidak menawar, dan tidak duduk di tempat-tempat duduk (yang ada di pasar)? Lebih baik kita duduk-duduk di sini dan bercakap-cakap.'
Abdullah bin Umar menjawab, 'Wahai Abu Bathan (panggilan bagi Thufail ra.), kita berjalan demi mengucapkan salam pada setiap orang yang kita jumpai.'" (HR. Malik dan Al-Muwatha' dengan sanad yang shahih)

Mengucap salam di suatu tempat yang asing bagi kita, pada saat kita sangat membutuhkan seorang teman, akan memberikan perasaan aman bagi kita dan membuat orang yang berhadapan dengan kita merasa simpati. Ada pepatah kuno mengatakan, "Seandainya bukan karena salam yang kau ucapkan sebelum kau berbicara, niscaya aku telah memakan dagingmu sebelum memakan tulangmu."

Dari Abu Hurairah ra., sesungguhnya Rasulullah saw. bersabda, "
Yang mengendarai kendaraan hendaklah mengucapkan salam kepada yang berjalan kaki, yang berjalan kaki hendaklah mengucapkan salam kepada yang duduk, yang sedikit mengucapkan salam kepada yang banyak, dan yang muda mengucapkan salam kepada yang tua. Keutamaan orang yang lebih dahulu mengucapkan salam adalah sangat besar.
"

Dari Umamah ra., la berkata bahwa ada seorang yang bertanya kepada Rasulullah saw., "Ya Rasul, di antara dua orang yang bertemu, manakah yang lebih dahulu mengucapkan salam?" Rasul menjawab, "Yang lebih mencintai Allah swt."

Dari Abdullah bin Mas'ud ra., ia berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda, "'
As-salam' adalah salah satu dari asma Allah yang diletakkan di bumi, maka sebarkan salam di antara kamu.
" (HR. Bukhari)

Di antara taujih Khalifah Umar bin Khathab ra. adalah, "Tiga hal yang dapat membuat kecintaan saudaramu terhadapmu menjadi tulus (hanya karena Allah) ialah, lebih dahulu mengucapkan salam, memanggilnya dengan panggilan yang ia sukai, dan memberikan tempat duduk dalam satu majelis."

"Menjadi tulus" adalah sebuah ucapan indah yang dapat membersihkan rasa cinta dari tujuan duniawi.
 
Nurul Amni.

Wednesday 27 April 2011

Twilight World

Slowly you come into my life,
Deeply you encompass me,
Simply you enchant me,
Fairly you glow me,
Tenderly you call me,
Carefully you select me,
Strongly you hold me,
Nicely you tell me,
That you love me, truly, deeply, madly,
And captivates me with your true, crazy love,
You inspired this one,
My heart is just silent and it too is yours.

I wish I could behold you,
Being my better half,
In this word and there to come,
My heart is ever at your service,
This I swear,
We belong together,
You are my life now.

I Choose To Fly

I use to think
That I could not go
I use to think
That I can't do it
I always think
That I could not do anything.. . . 

But now
I know something
I know what to do
I know what is the meaning of this.
And I will not give up !!!
But, how can I do it ???

If I can see it
Then I can do it
If I just believe it
There's nothing to wait

With all my strength
Also my wisdom and my effort
I will not give up and turn back
I will not spoil anything
Until I achieve success !

Bismillahirrahmanirrahim . . .

Ya Allah
Jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku
Pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatan untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati, izinkanlah aku
Menyentuh hati seseorang
Yang hatinya sentiasa bertaut pada-Mu
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu, rindukanlah aku
Pada seseorang yang menyukai zuhud
Dan merindui syahid di jalan-Mu

Ya Allah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu
Melebih kenikmatan indahnya bermunajat
Di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya Allah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih
Dan terjatuh dalam perjalanan panjang
Menyeru manusia kepada-Mu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling
Justeru dari sisinya dapat aku mendekati -Mu

Ya Allah
Jika Kau menghalalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku terleka dan melampaui batas 
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki-Mu
Dan rindu abadiku hanya kepada-Mu
Amin, Ya Rabbul Alamin.



Renungkanlah

Hidup ini seperti roda
Ujian datang dan pergi
Dunia sahaja tanpa sempadan
Manusia perlu ada sempadan
Kita selalu terleka
Tanpa menyedari ada mata
Merancang untuk menjatuhkan kita
Pilih kawan seagama
Pandai juga mengurus masa
Solat mestilah dijaga
Belajar untuk terima
Baik dan buruk seseorang
Jangan dikeji, jangan dicela
Kerana kita juga tidak sempurna
Riangnya saat kita tertawa
Asyiknya senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Namun kita tetap sekepala
Adakalanya kita juga saling terluka
Namun diakhirnya
Kita tetap bersama

Tenang saja saat mereka mengata
Bentuk sabar dalam jiwa
Jika kita membalasnya
Kita tambah masalah saja
Jangan kau dengar fitnah dunia
Kerana ianya dusta semata



Tuesday 26 April 2011

Pengajaran Pembunuh 100 Orang

Saya suka dengan kisah pembunuh 100 orang. Dia telah membunuh 99 orang. Kemudian dia hendak bertaubat.

Lihatlah. Dia telah membunuh 99 orang. Tidak pula dia menyalahkan Allah SWT atas tindakannya membunuh 99 orang itu.

Bahkan, dia bergerak pula hendak bertaubat kepada Allah SWT. Lihat usahanya itu. Lihat kehendaknya itu.
Sampai kepada seorang alim, alim itu berkata bahawa, orang sepertinya tiada harapan. Oleh kerana marah, dia membunuh pula orang itu, mencukupkan pembunuhannya kepada 100. Tetapi selepas itu, dia mencari lagi jalan untuk bertaubat.

Lihat. Walaupun seorang alim menyatakan kepadanya bahawa dia telah tiada harapan, dia tetap berusaha. Lihatlah kepada dia ini. Adakah dia berkata: "Memang Allah dah takdirkan aku begini"???
Akhirnya, dia bertemu dengan seorang lagi alim. Dan orang alim itu berkata bahawa lelaki itu perlu meninggalkan suasana yang tidak membina. Maka ditunjukkan satu perkampungan yang boleh memberikannya suasana untuk bertaubat.

Maka bergeraklah lelaki itu. Tetapi di tengah perjalanan, dia meninggal dunia. Meninggal dunai tanpa sempat bertaubat. Tetapi dalam keadaan sedang berusaha untuk bertaubat.
Dan dia dimasukkan ke dalam syurga. Kisah ini boleh didapati dalam Sohih Muslim dalam bab Taubat.
Lihatlah bagaimana Allah membalas usahanya. Dia tidak sempat pun bertaubat.

Tetapi dia tidak berputus asa untuk menebus dosanya. Dia tidak berputus asa mencari jalan keluar.
Dia berusaha dan berusaha tanpa menuding jari kepada itu dan ini. Dia tidak pula memberikan alasan bahawa takdir tidak menyebelahinya dan dirinya sudah ketagih, tidak berkemampuan dan sebagainya.
Tetapi dia berusaha. Dia menggagahkan dirinya. Dia berusaha merapat kepada Allah SWT. Dia tidak memilih untuk lemah. Dia tidak memilih untuk semakin jauh daripada Allah.

Lihatlah dia.

Nurul Amni.

Budaya Membaca Rakyat Malaysia

     Amalan membaca dapat mewujudkan masyarakat yang bijaksana. Hal ini demikian kerana mereka mampu menguasai ilmu sesuatu pengetahuan seterusnya memanfaatkannya pada jalan yang baik. Tradisi membaca yang kukuh adalah bermula pada peringkat kanak-kanak. Justeru, ibu bapa hendaklah bijak memilih masa yang sesuai untuk membacakan buku cerita kepada anak-anak.

     Misalnya, sebelum anak-anak tidur. Bak kata pepatah, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Begitulah juga usaha memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. Namun demikian, cara sesebuah buku dipersembahkan kepada kanak-kanak perlu dititikberatkan juga. Contohnya, dengan banyak menggunakan ilustrasi atau gambar yang menarik.

     Di Malaysia, tradisi membaca cukup memberangsangkan ketika gelombang saingan daripada media elektronik melanda dengan hebatnya. Oleh itu, usaha-usaha menanam minat membaca dalam kalangan rakyat mestilah dijalankan secara berterusan dan dilipatgandakan dari semasa ke semasa Kempen membaca pula mestilah dilaksanakan sepanjang tahun.

     Usaha ini hendaklah melibatkan pelbagai peringkat umur pembaca, iaitu golongan kanak-kanak, remaja, dan dewasa, serta mencakupi pelbagai bidang yang sesuai dengan keperluan pembaca. Sementara itu, Kempen Bulan Membaca Kebangsaan pada setiap bulan Julai perlu disesuaikan dan disusun semula programnya.

     Dalam usaha menggalakkan pembacaan dalam kalangan masyarakat Malaysia, pelbagai jenis buku wajar mengisi ruang perpustakaan awam atau pusat sumber sekolah. Buku-buku itu pula hendaklah ditulis dalam bahasa Malaysia dan diterbitkan di Malaysia. Syarikat penerbitan juga digalakkan menganjurkan pertandingan yang melibatkan aktiviti membaca. Misalnya, pertandingan menulis cerpen atau esei, pertandingan ulasan novel, dan sebagainya. Dalam hal ini, semua pihak berperanan penting untuk membantu usaha memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Industri dan Pemasyarakatan Buku”, Dewan Masyarakat, Jun 2007)

Nur Hanina Afrina.

Punca-punca Kemerosotan Mutu Sukan Di Negara Kita

     Mutu sukan negara kita memang tidak begitu konsisten baik dalam sukan bola sepak, hoki dan badminton. Situasi ini menyebabkan pelbagai pihak memberikan pendapat mereka tentang kelemahan ini. Jelaslah, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan mutu sukan negara kita terus merosot.

     Alasan utama yang menyebabkan mutu sukan Negara kita merosot ialah para pemaian kurang memiliki semangat cinta akan negara. Ketika bermain, ahli sukan negara tidak bermain dengan bersungguh-sungguh kecuali mereka ditawarkan pelbagai imbuhan sebelum ini. Maka, mutu sukan kita terus merudum kerana ketiadaan rasa patriotik dalam jiwa pemain negara.

     Tambahan pula, kebanyakan ahli sukan Negara menganggap bidang sukan yang mereka ceburi itu sebagai kerjaya sampingan sahaja. Persepsi sebegini menyebabkan mereka tidak memberikan tumpuan penuh ketika menjalani latihan atau ingin meninggikan kualiti permainan mereka itu. Sesungguhnya, konsep sukan aktiviti sampingan menjejaskan minat seseorang untuk meninggikan mutu permainan mereka.

     Bukan sahaja ketiadaan semangat cinta akan negara dan menganggap sukan satu aktiviti sampingan sahaja tetapi mutu sukan negara kita merosot kerana kurangnya sekolah-sekolah sukan di negara ini. Ketiadaan sekolah-sekolah sukan menyebabkan negara ini tidak mampu mencungkil bakat-bakat baru atau mencari pelapis untuk ahli sukan veteran negara lalu menjejaskan kualiti mutu sukan pada jangka masa panjang pula. Justeru, mutu sukan kita merosot kerana negara ini tidak memiliki sekolah-sekolah sukan yang baik.

     Malah, negara ini juga kekurangan kemudahan sukan berbanding dengan negara-negara yang maju industri sukannya. Kita tidak membina banyak kawasan sukan seperti gelanggan tenis, badminton, bola keranjang, dan stadium bola sepak yang boleh digunakan untuk menganjurkan kejohanan bertaraf dunia juga. Sesungguhnya, kekurangan kemudahan sukan menyebabkan rakyat negara ini tidak berpeluang untuk bermain permainan tertentu pula.

     Konklusinya, semua factor yang dinyatakan tadi telah menyebabkan kualiti sukan negara ini terus tidak konsisten. Semua pihak terutama kerajaan perlulah memberikan kerjasama yang jitu untuk mengatasi kelemahan dalam program sukan negara itu. Slogan “majulah sukan untuk negara” perlu diteliti untuk memastikan sukan di negara ini terus berkembang dengan baik.

Anis.

Peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat

     Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diwujudkan dengan tujuan membantu kerajaan menangani masalah dalam masyarakat terutama berkaitan dengan kebajikan sosial mereka. Banyak masalah sosial yang wujud di negara ini seperti anak yatim piatu, kes anak angkat dan golongan miskin serta warga emas memerlukan penjagaan pihak tertentu. Pihak media massa telah acap kali menyiarkan berita tentang penglibatan jabatan ini dalam membantu golongan yang bermasalah ini. Oleh itu, pelbagai tugas telah dilaksanakan oleh jabatan ini.

     Peranan yang ketara ialah jabatan ini memberikan bantuan kewangan kepada kanak-kanak miskin untuk meneruskan persekolahan mereka. Bukan sahaja wang saku diberikan tetapi bantuan buku dan bayaran yuran peperiksaan dilaksanakan oleh jabatan ini dengan baiknya. Pemberian ini banyak dikaitkan dengan kepentingan pendidikan dalam kehidupan seseorang itu terutama pada masa hadapan atau memberikan golongan ini satu cahaya dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran itu. Jadi, jabatan ini memberikan bantuan kewangan kepada kanak-kanak miskin untuk bersekolah.

     Selain itu, jabatan ini turut memberikan perlindungan kepada kanak-kanak yang teraniaya. Biasanya, kes-kes penderaan menjadi punca kanak-kanak teraniaya di negara ini selain ketiadaan penjaga akibat kematian atau sebab-sebab lainnya. Kanak-kanak ini akan diberikan tempat tinggal, makan minum dan semua keperluan harian lagi untuk memastikan kehidupan mereka lebih terjamin sama seperti mereka memiliki ayah dan ibu pula. Oleh itu, jabatan ini memberikan perlindungan pula kepada golongan yang teraniaya.

     Jabatan ini juga turut membantu golongan warga emas dengan memberikan golongan ini tempat berteduh yang baik. Kebanyakan warga tua yang tidak mempunyai apa-apa ini akan ditempatkan di rumah orang tua oleh jabatan ini. Di rumah orang tua inilah golongan warga emas boleh bergaul mesra dengan rakan-rakan senasib selain diberi perhatian perubatan dan keperluan kehidupan lain oleh pekerja-pekerja jabatan ini. Jelaslah, nasib warga tua turut diambil berat oleh jabatan ini dengan memberikan mereka tempat berteduh di rumah orang tua.

     Malahan, pihak jabatan ini turut menghulurkan bantuan kepada golongan kurang upaya dan cacat di negara ini. Bantuan yang diberikan biasanya dalam bentuk latihan untuk memudahkan golongan ini memperoleh pekerjaan atau mencari rezeki dengan lebih mudah. Satu jumlah elaun yang tertentu juga diberikan kepada golongan ini untuk memudahkan mereka meneruskan kehidupan pula. Sesungguhnya, jabatan ini telah memberikan banyak bantuan kepada golongan cacat dan kurang upaya di Malaysia supaya kehidupan mereka lebih baik.

     Kesimpulannya, Jabatan Kebajikan Masyarakat memainkan peranan yang begitu besar dalam perbangunan rohaniah rakyat negara ini. Jabatan ini berusaha untuk memastikan semua lapisan rakyat Malaysia menerima perhatian dan penjagaan sosial yang sewajarnya. Lantaran itu, kerjasama semua pihak terutama pihak swasta dalam memberikan sumbangan kewangan amat diperlukan dalam memastikan semua program jabatan ini berjalan lancar. Tanpa kewujudan jabatan ini kemungkinan kebaijkan rakyat kita akan terabai.

Nur Farah Aisyah.

Kesan-kesan Pengambilan Gula Yang Berlebihan.

     Badan kita memang memerlukan gula untuk memastikan semua fungsi badan berjalan dengan lancar. Cuma pengambilan gula secara berlebihan boleh membawa pelbagai masalah kepada seseorang itu terutamanya untuk jangka masa panjang. Mereka yang tidak mengawal pengambilan gula akan menderita penyakit yang kronik lalu mampu menganggu kualiti kehidupan mereka pula.

     Sebenarnya gula memang ada manfaat dalam industri makanan dunia. Makanan yang mengandungi gula lebih tahan lama ketika disimpan selain menambahkan lagi rasa manis dan sedapnya. Kita sering menilai nilai sesuatu makanan itu berdasarkan kandungan gulanya sehingga makanan yang pahit tidak digemari tetapi makanan yang bergula dianggap makanan yang menyelerakan. Gula menjadikan cara manusia menikmati makanannya lebih bermakna dan menyelerakan.

     Selain itu, gula juga menjadikan ubat-ubat lebih mudah untuk ditelan oleh kanak-kanak kerana gula digunakan untuk menjadikannya manis. Kanak-kanak lebih mudah untuk mengambil sesuatu ubat itu seperti ubat batuk dan vitamin jika manisan digunakan bersama-samanya lalu kesihatan kanak-kanak itu lebih baik. Bayangkan jika gula tidak ada sudah pasti ibu bapa dan doctor mengalami kesukaran untuk memberikan ubat kepada pesakit kanak-kanak mereka? Gula yang dikenali sebagai glukosa juga sering diberikan sebagai bahan untuk memberikan tenaga kepada pesakit.

     Namun, gula yang diambil terlalu banyak atau tanpa kawalan berupaya membawa kemudaratan terutamanya menjadikan gigi seseorang itu rosak. Biasanya kandungan makanan yang lebih banyak gula akan menyebabkan gigi mempunyai plak yang lebih baik. Bakteria yang wujud dalam plak itu lama kelamamaan akan menyerang enamel gigi manusia sehingga menjadikannya sakit dan terpaksa dicabut.

     Malahan, seseorang yang berterusan mengambil gula berlebihan akan mengakibatkan mengalami penyakit kronik terutamanya diabetes dan sakit jantung. Kencing manis berlaku kerana pancreas manusia gagal untuk mengeluarkan insulin yang mampu untuk menguraikan kandungan gula dalam badan manusia itu. Akibatkan kandungan gula yang berlebihan dalam tubuh akan disimpans ebagai lemak lalu seiring dengan masa slauran darah akan tersumbat menyebabkan aliran darah terganggu dengan teruknya. Seseorang itu akan mengalami serangan sakit jantung akhirnya.

     Konklusinya, gula merupakan sejenis perisa manis yang tidak berapa diperlukan oleh manusia kerana manusia masih boleh hidup tanpa mengambil gula berlebihan. Makanan semulajadi manusia sudah mengandungi kandungan gula yang cukup untuk seseorang manusia itu. Lantaran itu, seseorang yang mengambil gula berlebihan pasti akan mengalami masalah kesihatan yang boleh membawa maut pula suatu masa nanti.

Nurun Amni.

Punca-punca Gejala Sosial

     Kebelakangan ini, pelbagai laporan tersiar tentang pembabitan remaja dalam gejala penagihan dadah, rogol, curi, samseng sekolah, lumba haram dan lepak. Tidak kurang juga remaja terbabit dalam kes pembunuhan rakan sekolah dan membuang bayi hasil hubungan haram. Dalam mencari pokok pangkal remaja bermasalah itu, kita perlu menerima hakikat remaja hari ini menghadapi pelbagai tekanan daripada keluarga dan persekitaran. Keluarga mengharapkan anak-anak mencapai kejayaan, manakala persekitaran menggamit remaja untuk terlibat dalam pelbagai perkara.

     Keadaan ini bertambah parah apabila remaja pada hari ini lebih terdedah kepada pengaruh media massa, termasuk dari Barat yang membawa nilai asing dan pengaruh tersendiri. Pelakuan ganas dan kejam yang dibawa terus ke rumah melalui televisyen dan stesen satelit sememangnya mampu memporak-perandakan remaja dan masyarakat kita. Keadaan diburukkan lagi apabila ibu bapa masa ini tidak mempunyai masa yang cukup untuk bersama-sama dengan anak-anak. Dalam desakan memenuhi tuntutan mencari nafkah dan mencukupkan wang, ibu bapa keluar bekerja lantas tidak dapat meluangkan masa secukupnya dengan anak mereka.

     Selain itu, apabila ibu bapa membiarkan anak-anak menghabiskan masa lapang mereka dengan rakan-rakan sebaya. Apabila remaja berada dalam kumpulan, mereka suka melakukan perbuatan yang mencabar. Oleh itu, banyak kejadian seperti vandalisme, peras ugut, buli , dan sebagainya yang dilakukan oleh mereka. Tidak syak lagi jika keadaan sebegini dibiarkan, institusi kekeluargaan bakal menjadi lemah dan rapuh, Di sinilah ibu bapa perlu tampil dan memainkan peranan sebagai contoh kepada anak mereka.

     Ibu bapa yang terlalu sibuk mengejar duit dan kemewahan hidup sudah pasti tidak ada masa untuk membina dan membentuk sahsiah dan jati diri anak yang memerlukan belaian dan kasih sayang. Pendidikan agama dan moral yang begitu tandus dalam kalangan remaja juga menjadi punca mereka begitu rapuh untuk mengelakkan diri daripada gejala sosial, Aspek ini perlu diberikan perhatian semula oleh ibu bapa demi memastikan anaka mereka bersiap sedia menghadapi cabaran, tekanan dan perubahan sambil mengelakkan diri terjecak dalam pelbagai gejala sosial.

     Di sekolah pula, remaja semakin bosan untuk meneruskan pelajaran lantaran ketidakmampuan otak mereka menerima pelajaran, Oleh sebab mereka sering tidak memahami pengajaran guru dan kadangkala mereka malu jika dimarahi, mereka bertindak untuk ponteng sekolah. Apabila mereka ponteng sekolah dan menghabiskan masa bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain, mereka akan terdedah dengan pelbagai gejala yang negatif.

     Bagi mereka yang bercinta pula, mereka begitu sensitif dan tidak boleh ditegur oleh ibu bapa. Mereka begitu mudah tersinggung. Apabila berlaku perbalahan dalam keluarga atau cinta mereka dilarang, mereka akan mengambil keputusan untuk lari dari rumah. Sebagai akibatnya, tindakan mereka itu telah menyebabkan mereka hendak lari daripada mulut harimau, namun mereka terperangkap di dalam mulut buaya.

(Dipetik dan diubah suai daripada fail pengarang, 2008)

Nur Hanina Afrina.

Pengalaman Perkelahan Dengan Keluarga

     Sebenarnya saya memang suka berkelah di tepi pantai kerana ingin mengalami perasaan ditiup angin sepo-sepoi bahasa yang sejuk nyaman itu. Jadi, apabila ayah dan ibu memberitahu bahawa mereka merancang untuk membawa saya ke pantai Port Dickson, saya berasa begitu bersemangat untuk ke sana. Hati saya begitu ceria menanti saat tersebut malah saya tidak sabar sebenarnya.

     Perjalanan ke sana dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa sejam lebih sahaja. Entah sama ada perasaan gembira saya atau sebab yang lain, perjalanan ke pantai begitu pantas berlalu. Sekelip mata saya sudah berada di tepi pantai bersama-sama ayah dan ibu. Orang ramai juga sudah berkerumun di tempat-tempat strategik untuk menikmati suasana yang nyaman itu. Hati semua nampak girang belaka.
Ayah dan ibu menyuruh saya membentangkan plastik besar untuk dijadikan tempat alas kami duduk berehat. Kerja itu saya dilakukan dengan penuh kepatuhan. Tangan saya memastikan tidak ada pasir pantai yang melekat di atas alas plastik itu. Kemudian, ibu meletakkan beberapa bekas makanan dan minuman manakala ayah segera membuka makanan itu. Kami segera menikmati hidangan yang sudah dimasak oleh ibu itu.

     Sambil makan, ayah dan ibu bertanyakan saya tentang pelajaran di sekolah. Saya memberitahu bahawa pelajaran saya tiada masalah begitu juga dengan hubungan kawan-kawan yang lain. Ayah dan ibu mengambil kesempatan masa bersantai di pantai ini untuk berinteraksi dengan saya. Mereka juga memberitahu bahawa mereka mahu saya menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran kerana peperiksaan semakin hampir. Saya mengangguk kepala tanda faham dan bersetuju.

     Setelah selesai makan ibu menyuruh saya berjalan di sepanjang pantai itu sementara ibu dan ayah duduk berbual antara mereka. Saya bersetuju dan mula mengatur langkah dengan penuh gembira. Sambil berjalan saya melihat pelbagai telatah pengunjung bersama-sama keluarga mereka. Ada yang sedang bermain bola, ada yang mendengar radio sambil baring dan ada yang kejar mengejar antara kawan. Pada masa yang sama saya juga mendengar suara-suara gelak ketawa antara mereka itu. Alangkah bagusnya jika setiap hari begini kata hati kecil saya.

     Kami berada di pantai itu hampir tiga jam sebelum menaiki kereta semula untuk menuju ke kota raya. Di dalam kereta ayah sempat bertanya kepada saya tentang perasaan saya. Lalu, saya memberitahu bahawa saya begitu gembira kerana muka saya dihembus oleh tiupan angin laut yang begitu saya suka selama ini. Mak dan ayah hanya ketawa sahaja apabila mendengar kata-kata saya itu. Saya pula tersenyum sambil mengucapkan terima kasih kepada ayah dan ibu di dalam hati saya kerana membawa saya ke pantai.

Nurul Amni.