Tuesday 19 April 2011

Beruntungnya Jadi Wanita…

Beruntungnya seorang wanita…

Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang.
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya,
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati.
Tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
Jadi kenapa perlu takut nak beranak?



Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
Mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
Tetapi dosa-dosa suami dia tidak menanggungnya…

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari…
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. G
anjaran Alah akan diberi keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat                                                                    
Dia tidak mahu masuk syuga tanpa suaminya,
Jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk melepasi titian untuk masuk ke syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami                             Dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesingguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak
kaki.

Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu (lelaki) , lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
Oleh itu wanita sekalian, sayangilah diri anda dan Suami anda…
Sepenuh Jiwa & Raga…

Wallahualam…

copy: - http://panduanislam.com/blog/category/cinta-islamik/

Nur Hanina Afrina.

No comments:

Post a Comment