Wednesday 6 April 2011

Ciri-ciri

Lelaki yang baik takkan pernah berani mengungkapkan kata cinta,kasih,sayang dan rindu kepada seorang wanita sehingga wanita tersebut sah menjadi yang halal bagi dirinya.Bukan kerana lelaki itu pemalu dengan wanita tetapi lelaki itu takut dan malu dengan ALLAH, takut akan dimurkai ALLAH.(copy dari seorang teman)

Lelaki yang baik juga takkan pernah berani bergambar dengan seorang wanita yang belum sah menjadi miliknya. Bukan kerana lelaki itu pemalu tetapi lelaki itu takut dan malu dengan ALLAH, takut akan dimurkai ALLAH.

Lelaki yang baik takkan pernah berani keluar berdua-duaan dengan seorang wanita yang belum sah menjadi miliknya. Bukan kerana lelaki itu pemalu tetapi lelaki itu takut dan malu dengan ALLAH, takut akan dimurkai ALLAH. Dan bimbang juga jika iblis syaitan laknatullah mengambil kesempatan.

Lelaki yang baik juga takkan pernah menyalahgunakan kehebatan IT untuk meluahkan rasa rindu dan sayang kepada seorang wanita yang belum sah menjadi miliknya. Bukan kerana lelaki itu pemalu tetapi lelaki itu takut dan malu dengan ALLAH, takut akan dimurkai ALLAH dan bimbang jika terselit dosa yang tidak disedari.

Lelaki yang baik akan menasihati wanita yang dikasihinya, agar takut dan malu dengan ALLAH dan menjauhi kemaksiatan serta menjauhi kemungkaran. Percaya apa yang tersirat dan tersurat. Yakin dengan jodoh yang telah ALLAH aturkan.

Lelaki yang baik akan menggunakan akal anugerah ALLAH untuk berfikir sama ada apa yang di lakukan bersama-sama seorang wanita itu baik atau tidak seperti:
-keluar berdua setiap hari.
-mengungkapkan kata cinta, kasih, sayang dan rindu.
-bergambar berdua.
-bersms, berchatting dan banyak lagi dengan menggunakan kehebatan IT berlanjutan ke
larut malam sehingga menjelang pagi semata-mata hendak meluahkan rasa rindu.

Adakah apa yang dilakukan itu dimurkai ALLAH atau tidak? Tepuk dada tanya iman.

Akal yang waras anugerah ALLAH, gunakanlah sebaik mungkin, jangan sampai anugerah dan nikmat itu ditarik balik sedikit demi sedikit. Jauhi kemaksiatan dan kemungkaran.

Wanita yang baik takkan pernah berani mengungkapkan kata cinta, kasih, sayang dan rindu kepada seorang lelaki sehingga lelaki tersebut sah menjadi yang halal baginya. Bukan kerana wanita itu pemalu tetapi takut dan malu dengan ALLAH, takut dimurkai ALLAH.

Wanita yang baik juga takkan berani bergambar dengan seorang lelaki yang belum sah menjadi miliknya. Bukan kerana wanita itu pemalu tetapi takut dan malu dengan ALLAH, takut dimurkai ALLAH.

Wanita yang baik takkan berani keluar berdua dengan lelaki yang belum sah menjadi miliknya. Bukan kerana wanita itu pemalu tetapi kerana takut dan malu dengan ALLAH, takut dimurkai ALLAH.

Wanita yang baik juga takkan berani menggunakan kecantikkan anugerah ALLAH untuk memikat dan menggoda lelaki. Bukan kerana wanitu itu pemalu tetapi kerana takut dan malu dengan ALLAH, takut dimurkai ALLAH.

Wanita yang baik juga akan menggunakan kecantikkan anugerah ALLAH untuk dipersembahkan kepada lelaki yang sah menjadi miliknya yang bergelar suami buat dirinya bukan untuk tontonan ramai.

Wanita yang baik juga tidak sesuka hati membiarkan dirinya diusung ke hulu ke hilir oleh seorang lelaki yang bukan sah menjadi miliknya. Bukan kerana wanita itu pemalu tetapi kerana takut dan malu dengan ALLAH, takut dimurkai ALLAH dan bimbangkan iblis dan syaitan mengambil kesempatan bila nafsu menguasai diri.

Untuk menjadi lelaki dan wanita yang baik sangat mudah,jauhi kemaksiatan dan jauhi kemungkaran. Perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan ALLAH eloklah dijauhi. Hidup biarlah ALLAH sayang dan ALLAH redhai. Kejarlah keredhaan ALLAH untuk mendapat kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Tetapkan matlamat hanya syurga ALLAH yang menjadi idaman. Dan ingatlah kebahagiaan dan keseronokkan duniawi hanya sekejap, kebahagiaan dan keseronokkan di sana nanti adalah yang kekal abadi.

Nur Hanina Afrina.
copy by : - Jiha Najihah ( rakan FB )

No comments:

Post a Comment