Friday 15 April 2011

Petikan dari Novel Warkah Cinta Berbau Syurga

     Ini adalah catatan hati, ditulis daripada hati menggunakan bahasanya. Sebelum ia mengetuk minda, biarlah ia berteleku dijiwa dahulu. Agar tenangnya bersimpul dan damainya melingkar. Aku mengambil masa yang lama untuk mencatatkan sesuatu untuk kalian. Kuharap ianya boleh disimpan dan dibaca oleh kalian. Benar!! Kita bukan Nabi atau Rasul yang bersifat maksum.
     Kita tidak sunyi dari kekurangan dan kesilapan. Setiap perkataanku juga mungkin merencitkan kesalahan!! Ampun ku pinta jika ia melukakan, tetapi kucuba sedayanya untuk menulis apa yang baik... Bukan niatku utk menghina atau menjatuhkan sesiapa.. tetapi sekadar berkongsi ilmu... Kalian tentu sedar bahawa kita semua ada permulaan. Kita semua dilahirkan ke dunia ini.
     Ketika itu kita semua dalam keadaan jahil, tidak berdaya dan lemah. Kurang segala-galanya. Alam yg menyambut kita akan mengatakan. ''Jika mahu hidup diatasku, kamu harus sabar. Jika mahu raih impian yang sederhana, kamu tidak perlu berbuat banyak. Jika kamu mahu mencapai impian yang besar, kamu harus berjuang. Jika kamu mahu dunia menerimamu, maka kamu harus jadi luar biasa atau berbeza.
     Bererti, hidup manusia berbeza-beza dengan kadar ujian. Jika berat tekanan ia akan menjadi lebih berkualiti. Itulah sunnah kehidupan. Jika kita mahu mengejar sesuatu yang besar, kita akan diberikan ujian. Ketika itu jiwa diusik, hati ditekan, fikiran dihentak, perasaan akan memberontak. Itulah proses untuk meraih kebijaksanaan, kematangan dan ketabahan. Ia akan memakan waktu untuk merasai hasil....

Nurul Amni.

No comments:

Post a Comment