Friday 27 May 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah atas nikmat-Mu ya Allah, kurniaan yang melimpah ini kadangkala membuatkan aku terlupa untuk mensyukuri nikmat-Mu.

Dalam kesibukan mengejar dunia ini, pernahkah kita terfikir untuk memperbaiki diri? Adakah cukup amalan kita?

Bagaimana dengan perhitungan di akhirat yang pasti terjadi? Bersediakah kita?

Mungkin kita biasa mendengar perkataan muhasabah, terutama apabila kita berada di akhir sesuatu program, kita diajak untuk bermuhasabah.

Namun, sejauh mana penghayatan kita terhadap maksud muhasabah tersebut? Muhasabah.

Berasal dari perkataan hisab, iaitu menghitung. Mengapa kita perlu menghitung amalan kita? Firman Allah dalam Surah Al-Hasyr (59:18):

18. Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan), bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan segala yang kamu kerjakan.

Jelas daripada ayat ini kita memang dituntut untuk menghitung amalan kita.

Andai dalam kehidupan harian kita sibuk merancang dan menghitung budget dan merancang untuk pelbagai perkara, mengapa pula kita terlupa untuk menghitung bekal amalan di akhirat kelak?

Dalam ayat seterusnya (59:19) Allah memberi peringatan untuk kita tidak melupakan perintah-perintahNya.

19. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik (derhaka).

Perkaitan antara kedua-dua ayat ini menunjukkan bahawa kita menghitung diri adalah dengan mengikuti perintah Allah.

Islam sebagai agama petunjuk kepada penganutnya.

Ia bukan hanya teori tapi praktikal untuk setiap urusan manusia. Yang membezakan seorang muslim dan mukmin adalah pada amalannya. Sepertimana Allah menekankan dalam ayat seterusnya (59:20):

20. Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat Segala Yang diingini).

Memang berbeza antara dua golongan ini. Ibarat langit dan bumi. Jurangnya sangat ketara antara penghuni syurga dan neraka. Salah satunya dalam rahmat dan satu lagi dalam kelaknatan.

Jadi timbanglah dengan neraca iman, ke mana lebihnya kita? Ke jalan redha atau kebencian Allah?

Jadi di sini saya ingin berkongsi beberapa cara untuk bermuhasabah, semoga dapat memberi manfaat.

01.Mengingati mati. Ini cara terbaik untuk bermuhasabah. Mengingatkan diri tentang kematian yang pasti terjadi membantu kita mengkoreksi diri. Secara tidak langsung menjadi pendorong untuk kita menambah amal kebaikan.

02.Mengingati kelemahan diri. Dengan kita menilai kelemahan diri kita secara tidak langsung membantu dalam memperbaiki kelemahan diri. Cara lain ialah dengan menukar kelemahan itu menjadi kekuatan. Sebagai contoh kita cuba kurangkan sifat suka berkata perkara-perkara lagha dengan berzikir, mungkin nampak jauh sangat perbezaannya, namun andai cuba diamalkan, InsyaAllah akan jadi kekuatan akhirnya.

03.Tidak membesarkan kekurangan orang lain. Janganlah dibesar-besarkan kekurangan orang lain kerana hakikatnya Allah menutup-nutup kekurangan kita. Andai kita menutup kelemahan orang lain, Allah akan melindungkan kelemahan kita.

04.Menjadikan kebaikan orang sebagai kayu ukur untuk kita. Dalam hal amalan kebaikan, amatlah wajar untuk kita meniru orang lain. Jadikan ia sebagai penanda aras untuk kita dan letakkan sasaran untuk menjadi yang lebih baik dari orang lain.

05.Menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan utama. Sangat jelas bahawa Nabi junjungan mulia contoh terbaik buat kita. Mulakan dengan mengamalkan perkara-perkara yang menjadi sunnah baginda.

06.Berdoa sebanyak-banyaknya agar Allah mudahkan kita untuk berubah dan memperbaiki diri. Allah yang memegang hati kita dan Dia jugalah mampu membuka hati kita untuk suka kepada kebaikan dan membenci kejahatan. Hidayah itu milik-Nya jua.

Sahabat-sahabatku, marilah kita sama-sama bergerak dan bertindak ke arah perubahan yang InsyaAllah mengundang redha Allah, biiznillah.

Doakan moga kita berjaya bermujahadah ke arah kebaikan dan kekal istiqamah dalam beramal..ameen. Wallahualam...
 
Nurul Amni.

Sunday 15 May 2011

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang
banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup seperti tidurnya ahli neraka

Selamat Beramal Dengan Ajaran Kaum Salaf.

copy from: Nik Farhan

Anis.

Mangkuk yang Cantik, Madu yang Manis dan Sehelai Rambut

Rasulullah SAW dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar Ash Shiddiq r.a., Umar bin Khattab r.a., Utsman bin Affan r.a., dan ‘Ali bin Abi Thalib r.a. bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Fathimah Az Zahra r.ha.
 
Nurul Amni.

Wahai suami-suami,

Wahai suami-suami,

Jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian..Tunjukkan kasih sayangmu...
Perbuatan adalah lebih baik dari menyatakan atau meluahkannya...
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu, disaat kau terpuruk terlalu dalam,
Disaat kau tewas dalam kehidupan.

Wahai suami,
Jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya.
Mungkin, kerana keputusanmu, kau akan merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di hadapanmu, saat dia menangis keranamu, lihatlah jauh ke dalam matanya,
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan sakit yang dirasakannya keranamu??
Nurul Amni.

Saturday 14 May 2011

MENGINGKARI BIDAAH DI DALAM AGAMA DAN BUKAN BIDAAH DUNIAWI


Sesungguhnya Al-Imam telah bersungguh-sungguh mengingkari bidaah dan menyeru
kepada penghapusannya dengan dua ketetapan.

1. adalah bidaah itu di dalam urusan agama
2. bidaah itu tiada asalnya di dalam syariat

Ini adalah kerana umat Islam dituntut untuk mereka dan membuat perkara baru
di dalam urusan dunia dalam banyak bidang - industri, pertanian, perubatan
- untuk memenuhi hajat mereka, menguatkan diri mereka dan menjadikan mereka
mampu untuk mendirikan yang wajib iaitu menjadi khalifah di muka bumi dan
mengimarahkannya.

Dengan ini Rasulullah s.a.w bersabda:

"Kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu" (Hadis Muslim)

Al-Imam telah menggesa agar saudara- saudaranya untuk mengambil apa-apa yang baru yang
bermanfaat di dalam urusan dunia seperti mana gesaannya di dalam usul
ke-18.

Al-Imam berharap agar muslimin berdiri di dalam ketetapan Allah dan
mengarahkan kesemua fikiran dan tenaga mereka untuk membuat perkara-perkara baru
di dalam urusan dunia supaya mereka menjadi mulia dan menguasai dunia
sebagaimana orang-orang Islam sebelum mereka.

Wallahualam....
copy from: Sitra Abuhanifah
Nurul Amni.

Cara syaitan buka aurat wanita

Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su’). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Berikut adalah cara bertahap:

1.Menghilangkan Definisi Hijab

Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apa pun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar’i, pakaian dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.
Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apa pun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar’i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya (fesyen). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar’i tetap dipertahankan. .

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). “Ah tidak ! apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang?”, begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik, “Itu tidak apa-apa kan?”

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi, “Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu. Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.”Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf “V” yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, “Pakaianmu hanya gitu-gitu saja, tak ‘cool’, carilah fesyen atau bahan lain yang lebih bagus!” “Tapi apa ye?” Si wanita berfikir. “Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap dan cantik dipandang,” syaitan memberi idea baru.Maka tergodalah si wanita, dicarinya fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. “Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin”, begitu syaitan menokok-nambah. Hasil pakaian tersebut akhirnya menjadi budaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya ‘cool’ dan ‘vogue’, yakni dibisikkan kepada wanita itu, “Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa lebih baik ia di belah hingga lutut atau mendekati paha? Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan bebas bergerak.” Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata membuat lebih selesa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. “Erm, tersingkap sedikit tak apa-apalah, yang penting enjoy,” katanya.
Inilah tahap awal syaitan merosakkan kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar’i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.
  1. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
    Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih ‘power’, tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.
Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit

Syaitan Berbisik kepada para wanita, “Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang memadai, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki. Ini baru agak longgar. Oh, ada yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari tudung yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, orang tetap menamakannya dengan tudung.”Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, “Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh sentimeter saja. Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis.”Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bercanggah dengan para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, “Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya.”“Tetapi apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki”, wanita bersungut. “Fitnah? Ah, itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ‘oh’ atau ‘wow’, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman.”
Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

3. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. “Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah.”

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah peha lalu dipakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh peha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan “bikini”. Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na’uzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, “Menelanjangi Kaum Wanita.”

Demikian halus cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama ibu bapa jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apa pun, segera mengambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka ia akan menjadi sesuatu yang sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

http://www.facebook.com/notes/i-love-allah-swt-and-prophet-muhammad-saw/cara-syaitan-buka-aurat-wanita/214972191853794

SEBARKANLAH ia kalau anda mahu. Jangan lupa untuk sertakan sekali alamat http://www.facebook.com/pages/I-Love-Allah-SWT-and-Prophet-Muhammad-SAW/196770990340581, supaya memudahkan proses rujukan. Semoga dengan mengamalkannya dan menyebarkannya, kita semua akan diganjari ALLAH Ta`ala dengan kebaikan yang banyak, amin.

copy from:


Anis.

Friday 13 May 2011

Doa

DOA SELEPAS ULANG KAJI


اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ،
إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu”.




DOA SEBELUM MASUK KE DALAM DEWAN PEPERIKSAAN
وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu”.


  • SEDANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN


DOA KETIKA MENERIMA KERTAS SOALAN


قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”



DOA KETIKA SUKAR UNTUK MENJAWAB SOALAN



ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتغِيْثُ

“Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”



copy from: http://peacewahida.blogspot.com/

Nurul Amni.

Wanita, Akal Senipis Rambutnya

     Jangankan lelaki biasa, malah nabi pun terasa sunyi tanpa wanita...dan nabilah yang menaikkan kemuliaan wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau pun sudah memiliki segalanya. Apakah yang kurang dan apakah yang tiada didalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

     Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia. Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...

     Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak. Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya... Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Illahi Rabbi... Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukanlah suatu kelemahan... Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah... Wanita yang lupa hakikat kejadiannya... Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan... Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus... Bahkan akan semakin membengkok...

     Itulah hakikatnya supaya wanita kenal Illahi Rabbi yang maha berkuasa mencipta segalanya... Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara.... Lelaki pula bukan sekadar mengharapkan ketaatan semata-mata... Tapi binalah kepimpinan melalui bimbingan... Pastikan sebelum wanita bertemu Ilahi Rabbi, selamatkan dan sempurnakanlah dirinya...

     Dekatkan dirinya kepada Allah SWT... Nescaya akan dipermudahkanlah Allah SWT kepentingan dunia dan akhirat dibawah pimpinanmu... Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali K.W.

posted by: nurul iman subri
shared by: umi ucuk

http://nurkilannuruliman.blogspot.com/

Anis.

Pasangan.

Pasangan kita tidak datang kerana kecantikan, kepintaran ataupun kekayaan. Tapi Allah yang menggerakkan. Cinta sejati tidak perlu diucapkan, kerana cinta sejati akan berbicara tentangnya sendiri. Simpanlah ungkapan cinta dan derap hati rapat-rapat, Allah akan menjawabnya dengan lebih indah di saat yang tepat..
InsyaAllah..

copy from: Fakhrullah Bin Mawardi
Nurul Amni.

Perasaan.

Dalam diri setiap anak Adam, Allah SWT telah kurniakan dengan 1001 perasaan. Perasaan-perasaan ini pula bersifat batiniah dan letaknya di dalam hati. Salah satu perasaan itu adalah rasa kasih mengasihi.

Tarikan rasa ini boleh berlaku antara sesama manusia, makhluk-makhluk lain dan tentunya rasa cinta terhadap Maha Pencipta. Dengan rasa inilah manusia boleh hidup dengan penuh harmoni kerana berhubungan baik dengan manusia dan juga dengan Allah SWT.

Namun begitu, syaitan tidak pernah terlupa walau sesaat dalam menjalankan peranannya. Sudah namanya pun musuh manusia, segala kebaikan dan keharmonian yang melingkari kehidupan umat manusia, akan dipastikan suasana itu dicemari dengan perasaan yang sedikit demi sedikit mampu mengetarkan perhubungan sedia ada.

Mereka sentiasa mencari ruang bagi menimbulkan rasa cemburu, iri hati atau jatuh menjatuhkan antara sesama manusia.

Bagi manusia pula, apabila urusan hati itu gagal diurus dengan sempurna, tanpa disedari 'sihir-sihir' halus mudah dihembuskan ke ruang hati. Dari situlah rasa kasih dan sayang dan saling menghormati yang selama ini menjadi prinsip dalam menjalinkan perhubungan dengan orang lain, mudah sahaja tergadai walau hanya berlaku sedikit salah faham.

Lihatlah apa yang sedang berlaku dalam kehidupan kita hari ini. Bukan sedikit laporan berita memaparkan kes-kes jenayah dilakukan angkara dengki dan dendam.

Berapa ramai wanita di luar sana yang terpaksa menanggung kecacatan seumur hidup gara-gara disimbah asid oleh lelaki yang berdendam kerana cintanya tak berbalas. Juga kisah ibu bapa yang dilayan bak 'pengemis tua' oleh anak-anak sendiri yang menyimpan dendam kerana dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan suatu masa dahulu.

Bukan itu sahaja, angkara dendam jugalah soal nyawa bagaikan menjadi mainan. Kasihan bagi mereka yang menjadi mangsa-mangsa si pendendam ini. Kadangkala mereka sendiri tidak tahu kenapa diperlakukan sebegitu rupa.

Sedangkan si pendendam pula sedang bergembira kepuasan. Walau hakikat sebenarnya mereka sedang bergelut dengan diri sendiri yang pastinya tidak akan berkesudahan, biar apa pun yang sudah mereka lakukan!

Firman Allah SWT bermaksud:

"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang di kurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (kerana) bagi seorang laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah yang maha mengetahui segala sesuatu. (Surah An-Nisa, Ayat: 32).

Anis.

Sudikah Engkau Menjadi Isteri Keduaku?




“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fatimah mula sebak.

“Tak. Maksud saya – ”

“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fatimah dengan kasar.

“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah’ di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang
semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri, sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.

“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.

“Er, betul ke ni?” tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.

“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.

“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

“Perjuangan,” jawab Fikri.

***

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”
[QS al-Taubah 9:24]

copy from: Zul Hilmi

Nurul Amni.

Munajat Untuk Hamba Yang Mendambakan Kedamaian

Alhamdulillah, disebabkan ramainya sahabat-sahabat diluar sana yang berada didalam keadaan kedukaan,keresahan dan kebimbangan yang membelenggu diri. Terlintas dihati saya untuk berkongsi sedikit coretan yang diharapkan dapat membantu sahabat sekalian dalam mencari kedamaian dan ketenangan didalam menempuh perjalanan hidup yang panjang dan penuh dengan dugaan ini..
Diharapkan coretan ini dapat membantu sahabat sekalian untuk :

1. Mengubati luka dijiwa akibat daripada peristiwa silam
2. Melalui hari-hari yang mendatang dengan jiwa yang sentiasa tenang.
3. Menerima semua Qada’ dan Qadar dari Allah dengan syukur
4. Sentiasa berfikiran positif walau dalam keadaan apa sekalipun

Allah MAaha Mengetahui Yang Terbaik Uuntuk HambaNya


Firman ALLAH SWT dalam Surah Al-Baqarah : Ayat 216 yang bermaksud :

“ Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu : dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan ALLAH mengetahui, tetapi kamu tidak mengetahui. “

Daripada ayat diatas ini dapatlah kita simpulkan bahawa Allah SWT adalah Maha Mengetahui dalam semua perkara baik yang kita suka mahupun tidak. Contohnya apabila seseorang itu putus cinta ataupun putus tunang, mereka pasti kecewa dan merasakan tunangannya itulah yang terbaik untuk mereka.

Tetapi sesungguhnya kita hanya mampu untuk merancang, Allah yang menentukan segalanya. Qada dan Qadar yang diputuskan Allah ini adalah yang terbaik untuk hambanya. Allah pastinya tidak akan mengabulkan hajat dan doa hambanya sekiranya ia membawa keburukan kepada kita kerana DIA Maha Mengetahui apa yang akan berlaku dimasa hadapan. Seperti Sabda Rasulullah SAW :

“Demi dzat yang diriku ada ditangannya, tiadalah Allah menentukan sesuatu keputusan kepada hamba-NYA yang mukmin melainkan akan membawa kebaikan kepadanya” (HR MUSLIM)

Mungkin Allah ingin menganugerahkan kepada kita sesuatu yang lebih baik daripada apa yang telah kita hilang dan mungkin juga Allah ingin mengelakkan kita daripada malapetaka yang lebih buruk. Oleh itu janganlah kita berasa dukacita atas apa sahaja yang berlaku kepada diri ini, terimalah Qada’ dan Qadar Allah dengan redha dan tawadu’ , pasti kita akan menjadi orang yang bersyukur.

Hidup Ini Adalah Pengabdian Kepada Allah SWT

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ankabut: Ayat 2 &3 yang bermaksud :

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami Beriman !, dan mereka tidak akan diuji(dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami telah menguji orang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benar beriman. “

Hidup kita ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa. Oleh itu, pastinya ia penuh dengan dugaan dan cabaran yang diberikan oleh Allah SWT. Semua dugaan ini juga menunjukkan kasihnya Allah kepada kita kerana Allah seakan-akan memberikan peringatan kepada kita supaya kita lebih mengingatinya. Peringatan ini juga dapat mengelakkan kita daripada terus tersesat jauh dari jalan Allah.

Sabda Rasulullah SAW : Ada dua perkara jika ada pada diri seseorang, maka ALLAH akan mencatatnya menjadi orang-orang yang bersyukur serta sabar dan jika tidak,ALLAH mencatat sebaliknya.

Barangsiapa dalam perkara agama dia melihat kepada orang yang lebih tinggi darinya, lalu dia mengikutinya. Seadangkan tentang hal dunia, dia melihat orang yang lebih rendah darinya, lalu dia bersyukur kepada ALLAH SWT atas nikmat yang telah diberikan. Allah akan mencatat orang ini sebagai orang yang bersyukur dan sabar. Begitu juga sebaliknya, ALLAh akan mencatat sebaliknya.
(HR Tarmizi)

Daripada hadis diatas, dapat kita simpulkan bahawa sekiranya kita menyangka ujian yang kita terima itu sungguh berat, pasti ada hamba lain yang menerima dugaan yang lebih teruk daripada kita. Contohnya : “Penduduk di Gaza yang sedang menghadapi peperangan dengan tentera Zionis Israel sekarang ini”. Dan sekiranya kita merasakan telah banyak beribadah dan membuat amal kebajikan, pasti masih jauh jika ingin dibandingkan dengan keimanan para sahabat, malahan jika dibandingkan dengan para wali ALLAH pun bagai langit dan bumi, Subhanallah.

Kesimpulannya, ingatlah bahawa dunia ini adalah siri ujian dan Tarbiyyah daripada Allah SWT termasuklah dugaan yang kita terima. Janganlah kita sesekali mendurhakai Allah, hadapilah ia dengan penuh ketaatan dan keredhaan bagi menunjukkan kesyukuran kita terhadap semua nikmat dan rahmatnya.

Dugaan Dapat Mencuci Dosa Dan Mengangkat Darjat

Sabda Rasulullah : “Tiada sesuatupun yang menimpa seseorang muslim dari susah hati, dukacita, penat dan penyakit yang berterusan, tidak pula dengan kesedihan dan kesakitan, hinggakan kepada tusukan duri, melainkan dihapuskan dengannya Allah dosa hamba itu” (HR AL-BUKHARI & MUSLIM)

Daripada hadis diatas, dapatlah diketahui bahawa daripada sekecil-kecil kesulitan seperti tusukan duri hinggalah menghidap sakit yang teruk seperti kusta merupakan salah satu cara Allah menyucikan dosa dan kesalahan kita. Dugaan ini dapat membersihkan jiwa dan mengangkat darjat kita, contonya : selepas mendapat bala, Allah mengangkat darjat kita sekiranya kita menjadi seorang Islam yang lebih baik dari dahulu.

Jangan Berputus Asa Dari Rahmat Allah SWT

Firman Allah SWT dalam Surah Yusuf : Ayat 87 yang bermaksud :

“Dan janganlah kamu berputus asa dari Rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiadalah yang berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir “.

Pastinya ramai diantara kita yang pernah berputus asa terhadap sesuatu perkara, saya sendiri pernah melalui saat-saat seperti itu. Jika dilihat dari ayat diatas, Allah telah melarang kita daripada berputus asa daripada rahmatnya. Oleh itu, apabila kita menghadapi sesukar manapun sesuatu masalah itu, berusahalah kita untuk menyelesaikannya, pertolongan Allah pasti akan tiba sekiranya kita betul-betul sabar seperti Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah : Ayat 214 yang bermaksud :

“Bilakah datangnya pertolongan ALLAH ? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada Agama Allah).

Dan juga Sabda Rasulullah : Akan dikabulkan (doa) seseorang kamu selama dia dia tidak terburu-buru, sehingga dia mengatakan : Aku sudah berdoa tetapi tidak dikabulkan bagiku. (HR BUKHARI,MUSLIM,ABU DAUD & AT-TIRMIZI)

Ingatlah sahabatku, semua masalah itu pasti ada jalan penyelesaiannya, janganlah kita mengambil jalan
mudah dengan berputus asa sahaja. Berusaha dan bertawakallah kita kepada Allah SWT, semoga kita semua termasuk didalam orang-orang yang sentiasa didalam rahmat ALLAH. Amin ya rabbal alamin.

Kebahagiaan Pasti Datang Selepas Kedukaan

Firman Allah SWT dalam Surah An-Nasrh : Ayat 5&6 yang bermaksud :

“Oleh itu(tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesusahan disertai kemudahan “

Dan Sabda Rasulullah SAW :

“Dan ketahuilah bahawa kemenangan itu terhasil sesudah kesabaran, dan kelapangan itu mencul sesudah kesusahan. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan” (HR IBNU ABBAS).


Ingatlah sahabat-sahabat ku bahawa sesungguhnya kesenangan yang kita kecapi sekarang ini tidak akan selamanya. Begitu juga selepas sesuatu kesusahan yang menimpa diri kita, pastinya ada kesenangan selepas itu sepertimana Firman Allah dan Sabda Rasulullah SAW diatas. Oleh itu hendaklah kita sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ingat kepada Allah SWT apabila sesuatu musibah menimpa kita. Ingatlah pada janji-janji Allah ini,pastinya kita akan sentiasa berasa tenang dalam menghadapi apa jua yang perkara dihari yang mendatang.

SAHABATKU, renung dan fikirkanlah tulisan saya yang tidak seberapa ini, sebarang komen amatlah dialu-alukan. Semoga anda semua menemui kedamaian itu seperti mana saya telah menemuinya. Selepas melalui pelbagai dugaan didalam hidup yang serba mencabar ini, akhirnya Allah SWT menunjukkan jalan kepada hamba yang mendambakan kedamaian ini.

Insyaallah, semoga kita semua dapat bermuhasabah diri dengan tulisan ini, bagi menguatkan diri dan ikatan kita kepada Allahu Taala..

InsyaAllahu Taala.
Amin.

copy from: Razib Alib Md Selikan

Anis.

Hukum ChHATTING dengan Bukan MAHRAM atau berbual LAMA secara ALAM MAYA.

Monday, 02 May 2011 16:16    

Assalamualaikum Ustazah, Saya ingin bertanya tentang hukum saya berkomunikasi dengan bukan mahram saya melalui internet samada chatting atau perbualan2 melalui facebook, email dan sebagainya. Saya seorang wanita muslimah yang masih menuntut di IPT.

Bentuk perbualan saya selalunya bukan perkara penting, cuma sembang-sembang, menyampuk-nyampuk maklumat yang ada dalam facebook mereka. Begitu juga kawan-kawan lelaki saya akan membalas perbualan tersebut. Begitulah hari demi hari kami saling berhubungan tanpa sekatan di alam cyber sedangkan di alam nyata kami menjaga batas-batas hubungan lelaki dan wanita bukan mahram ini. Harap ustazah dapat melayani pertanyaan saya ini. Terima kasih. Gadis Muslimah.

Terima kasih atas pertanyaan itu. Gadis Muslimah dan semua wanita muslimah yang membaca soal jawab ini, sebagaimana yang kita  maklumi bahawa, komunikasi dengan tulisan melalui jaringan internet atau yang lebih dikenal dengan chatting baru muncul dan populer beberapa tahun terakhir. Yaitu, tepatnya setelah ditemui  jaringan internet.

Karena itu dalam kitab-kitab ulama terdahulu khususnya buku fiqh, istilah ini tidak akan ditemui. Namun asas bagi hukum chatting ini sebenarnya sudah dibahas oleh ulama, jauh sebelum jaringan internet ditemukan. Chatting dengan lawan jenis yang bukan mahram sama halnya dengan berbicara melalui telepon, SMS, dan berkiriman surat. Semuanya ada persamaan. Yaitu sama-sama berbicara antara lawan jenis yang bukan mahram. Persamaan ini  juga mengandung adanya persamaan hukum. Karena itu, ada dua perkara berkaitan yang perlu kita bahas sebelum kita lebih jauh membicarakan hukum chatting itu sendiri.

Pertama, adalah hukum bicara dengan lawan jenis yang bukan mahram.
Kedua, adalah hukum khalwat.

Berbicara antara laki-laki dan perempuan yang bukan mahram pada dasarnya tidak dilarang apabila pembicaraan itu memenuhi syarat-syarat yang sudah ditentukan oleh syara'. Seperti pembicaraan yang mengandung kebaikan, menjaga adab-adab kesopanan, tidak menyebabkan fitnah dan tidak khalwat.

Begitu jika hal yang penting atau berhajat umpamanya hal jual beli, kebakaran, sakit dan seumpamanya maka tidaklah haram.

Dalam sejarah kita lihat bahwa isteri-isteri Rasulullah berbicara dengan para sahabat, ketika menjawab pertanyaan yang mereka ajukan tentang hukum agama. Bahkan ada antara isteri Nabi SAW yang menjadi guru para sahabat selepas wafatnya baginda yaitu Saidatina Aisyah RA. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman yang artinya:   “Kerana itu janganlah kamu (isteri-isteri Rasul) tunduk (yakni melembutkan suara) dalam berbicara sehingga orang yang dalam hatinya ada penyakit memiliki keinginan buruk. Tetapi ucapkanlah perkataan yang baik”. (QS. al-Ahzab: 32)

Imam Qurtubi menafsirkan kata  ‘Takhdha’na’  (tunduk) dalam ayat di atas dengan arti lainul qaul (melembutkan suara) yang memberikan rasa ikatan dalam hati.

Yaitu menarik hati orang yang mendengarnya atau membacanya adalah dilarang dalam agama kita. Ertinya pembicaraan yang dilarang adalah pembicaraan yang menyebabkan fitnah dengan melembutkan suara. Termasuk di sini adalah kata-kata yang diungkapkan dalam bentuk tulisan. Kerana dengan tulisan seseorang juga bisa mengungkapkan kata-kata yang menyebabkan seseorang merasakan hubungan istimewa, kemudian menimbulkan keinginan yang tidak baik.

Termasuk juga dalam melembutkan suara adalah kata-kata atau isyarat yang mengandung kebaikan, namun ia boleh menyebabkan fitnah. Yaitu dengan cara dan bentuk yang menyebabkan timbulnya perasaan khusus atau keinginan yang tidak baik pada diri lawan bicara yang bukan mahram. Baik dengan suara ataupun melalui tulisan.

Jika ada unsur-unsur demikian ia adalah dilarang meskipun pembicara itu mempunyai niat yang baik atau niatnya biasa-biasa saja. Adapun khalwat, hukumnya dilarang dalam agama Islam.

Sebagaimana dalam sabda Rasulullah SAW yang ertinya: "Janganlah ada di antara kalian yang berkhalwat dengan seorang wanita kecuali dengan mahramnya." (HR. Bukhari dan Muslim)

Khalwat adalah perbuatan menyepi yang dilakukan oleh laki-laki dengan perempuan yang bukan mahram dan tidak diketahui oleh orang lain.

Perbuatan ini dilarang karena ia dapat menyebabkan atau memberikan peluang kepada pelakunya untuk terjatuh dalam perbuatan yang dilarang.

Kerana ada sabda Nabi SAW bermaksud: “Tiadalah seorang lelaki dan perempuan itu jika mereka berdua-duaan melainkan syaitanlah yg ketiganya”(Hadis Sahih)

Khalwat bukan saja dengan duduk berduaan. Tetapi berbual-bual melalui  telefon di luar keperluan syar'i juga dikira berkhalwat. Karena mereka sepi dari kehadiran orang lain, meskipun fisikal mereka tidak berada dalam satu tempat.

Namun melalui telepon mereka lebih bebas membicarakan apa saja selama berjam-jam tanpa merasa dikawal oleh sesiapa. Dan  haram juga ialah perkara-perkara syahwat yang membangkitkan hawa nafsu contohnya yang berlaku pada kebanyakkan muda mudi atau remaja-remaja sekarang dimana sms atau email atau Facebook atau Friendster atau seumpamanya menjadi alat untuk memadu kasih yang memuaskan nafsu diantara pasangan dan masing-masing melunaskan keinginan dan keseronokkan semata-mata. Membincangkan perkara-perkara lucah lebih-lebih lagi hukumnya adalah haram.

Kesimpulan:

Hukum chatting sama dengan menelefon sebagai mana yang sudah kita terangkan di atas. Ertinya chatting di luar keperluan yang syar'i termasuk khalwah. Begitu juga dengan sms. Walaupun dengan niat berdakwah.

Kerena berdakwah kepada jenis lawan bukanlah suruhan agama kerana Allah telah menetapkan untuk berdakwah kepada lelaki adalah lelaki juga, begitu juga sebaliknya. Namun bila ada tuntutan syar'i yang darurat, maka itu diperbolehkan sesuai keperluan.

Tentunya dengan syarat-syarat yang sudah kita jelaskan di atas. Di sinilah menuntut kejujuran kita kepada Allah dalam  mengukur sejauhmana urusan kita itu satu keperluan atau mengikut nafsu semata-mata. Dan kejujuran itu pula bergantung sejauhmana iman kita kepada Allah. Jika muraqabatillah kita kuat( yakni merasa diri sentiasa dalam pandangan Allah), maka itu  yang akan menjadi pengawal kita.

Jika tidak maka kita akan hanyut bersama orang-orang yang terpedaya dengan teknologi moden ini. Na’uzubillah. Agak menyedihkan juga dengan kenyataan saudari, bahawa dalam suasana nyata saudari amat menjaga batas pergaulan dengan lelaki bukan mahram , namun di alam cyber saudari bebas berbual mesra tanpa batasan syara’.

Saya percaya ramai remaja muslimah yang terjebak ke dalam situasi yang syubhah ini. Internet sangat baik untuk kita, dimana ia memudahkan banyak urusan kita tapi jika kita menyalahgunakannya akan membawa akibat buruk kepada akhlak dan masyarakat kita.

  • Semoga jawapan ini dapat memandu para muslim dan muslimah remaja atau dewasa dalam melayari kehidupan yang penuh ujian keimanan ini. Alangkah bahagianya jika para remaja muslim dan muslimah yg  terdiri dari para intelek hari ini berpegang teguh kepada tali agama yaitu taat kepada perintah dan larangan Allah dalam setiap urusan hidupnya.Semoga dgn itu Allah akan menurunkan rahmahNya kpd kita semua. Dan semoga Allah menjauhkan kita dari segala fitnah dunia yang sangat manis pada pandangan mata. Demikian yang dapat saya sampaikan. Semoga mendapat manfaat.   Wallahu a'lam.  

  • SUMBER: Ust.Shahidah Sheikh Ahmad
Nurul Amni.

Kita akan sentiasa terdedah kepada dua tarikan...

 
Tarikan keimanan yang menjadikan hati kita lembut dan tenang, niat kembali bersih dari kekufuran dan kemunafikan serta kepekaan terhadap tugas insani Rabbani menjadikan kita sentiasa berada dalam amal soleh dan azam kebaikan.

Tarikan syaitan pula dari sudut yang lain, menghiasi futur dan kufurnya, menjadikan dunia indah pada pandangan matanya lalu jiwa menjadi keras serta penuh dengan keluh kesah lalu menjadikan kita sentiasa berada dalam kelalaian, malas, panjang angan-angannya dan berlengah-lengah dalam mencari manfaat diri.

Berulang-alik di antara kedua-dua tarikan ini adalah suatu yang sudah ditentukan oleh Allah, tidak akan berhenti, pasti akan terus berlaku.

Oleh kerana itulah, orang-orang yang beriman telah mewajibkan kepada diri mereka untuk menghadiri majlis-majlis zikir dan tazkir, saling nasihat-menasihati di antara satu sama lain serta sentiasa menghubungkan hati mereka dengan sumber kekuatan jiwa hingga jiwa mereka menjadi tenang, hati menjadi lembut serta peka dan cinta kepada kebenaran. Mereka juga sering sibuk memeriksa diri daripada dihinggapi penyakit takabbur atau menolak kebenaran, memeriksa hati daripada diselubungi penyelewengan serta memeriksa ilmu dan iman daripada tergelincir yang akan membawa kepada bid'ah atau kecuaian hingga meninggalkan dan memandang ringan perintah Allah dan petunjukNya.

Wallahu'alam..
 
copy from: Ibu Nora.
 
Nurul Amni.

Wednesday 11 May 2011

Benarkah Kau Mencintaiku Karena Allah?

kiriman: ~*•.Sebelum Engkau Halal BagiKu.•*~

♥♥ ...
♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥
♥♥ Benarkah Kau Mencintaiku Karena Allah ♥♥
♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥
♥ ♥
......
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته

Oleh:Sebelum Engkau Halal Bagiku

Ikhwan....
♥♥Jika kau mencintaiku karena Allah jangan dekati aku...
Jika kau mencintaiku karena Allah jangan menggodaku...
Jika kau mencintaiku karena Allah jangan merayuku....
Jika kau mencintaiku karena Allah jaga izzahmu denganku...
Jika kau mencintaiku karena Allah jangan menyentuhku...
Jika Mencintaiku karena Allah jagalah hatimu dan hatiku agar tetap Mencintai-Nya...

♥♥Jika kau mencintaiku karena Allah jangan menjadikan aku pacarmu...
Jika kau mencintaiku karena Allah pilihlah jalan yang Allah ridhai untuk mendapatkan hatiku...
Jika kau mencintaiku karena Allah menjauhlah jika kau tahu aku belum siap menerima pinanganmu...
Jika kau mencintaiku karena Allah bersabarlah mengungkapkannya di saat yang tepat....

♥♥Jika kau mencintaiku karena Allah tak usah khawatir kita tak dapat bersatu, karena kita tidak pernah tahu apakah aku sudah baik untukmu dan kau baik untukku menurut Allah...

♥♥Jika kau mencintaiku karena Allah... Yakinlah, Jika aku memang di takdirkan Allah menjadi bidadarimu ,, kita pasti akan bersatu.
Jangan menodai kesucian cinta hanya karena nafsu semata...

♥♥Ukhty....
Jika aku seorang ikhwan yang mengatakan cinta padamu karena Allah namun tanpa malu mendekatimu,apa kau tidak merasa takut terjerat padaku???

♥♥Jika aku seorang ikhwan yang mengatakan cinta padamu karena Allah namun tanpa malu dengan genit menggodamu,apa kau tidak merasa risih pada kegenitanku ???

♥♥Jika aku seorang ikhwan yang mengatakan cinta padamu karena Allah namun tanpa segan merayumu, apakah kau terbuai oleh bujuk rayuku???

♥♥Jika aku seorang ikhwan yang mengatakan cinta padamu karena Allah namun tak bisa menjaga izzah ketika berdekatan denganmu, apakah kau tidak bisa menolakku dengan perisai malumu???

♥♥Jika aku seorang ikhwan yang mengatakan cinta padamu karena Allah namun tanpa merasa berdosa berani menyentuhmu, apakah kau tidak takut Allah murka padamu, masihkah kau percaya pada ucapanku? tak curigakah kau padaku? Tak inginkah kau menjauhiku??? atau karena kau telah terjebak ke dalam jurang cinta nafsu, sehingga kau tak mampu menolakku meski kau tau semua ucapanku " Mencintaimu Karena Allah" adalah palsu.

♥♥Ketahuilah ukhty...
Jika aku seorang ikhwan sejati Yang mencintaimu karena Allah.. Aku tidak akan berani menyentuhmu ,bahkan hatimu sekalipun... Karena aku malu pada Allah jika bayanganku mengacaukan kekhusuk'an ibadahmu...

♥♥Jika aku seorang ikhwan sejati yang mencintaimu karena Allah, aku tidak akan pernah berani merayumu, menggodamu, bahkan dengan bebas tanpa batas berinteraksi denganmu.. Karena kau belumlah halal bagiku. Aku malu jika harus membuatmu lebih banyak mengingatku dari pada mengingat-Nya. Aku malu jika harus menjadi seseorang yang membuat-Nya cemburu padamu karena kau rela melanggar larangan-larangan-Nya karena cintmu padaku.

♥♥Jika aku seorang Ikhwan sejati yang mencintaimu karena Allah aku tidak akan khawatir tidak dapat memilikimu karena tak mengungkapkan cintaku padamu sekarang meski saat ini aku begitu mengagumimu dan menginginkanmu menjadi bidadariku. Karena aku yakin jika engkau memang di takdirkan untukku ,engkau pasti akan menjadi milikku meski aku tak mengikatmu.. Bukankah jika Allah tidak mentakdirkan kita bersama di ikatpun pasti akan terlepas juga akhirnya??? Jadi untuk apa aku risau???

♥♥Ukhty...
Sadarlah... Jika aku seorang Ikhwan yang benar-benar mencintaimu karena Allah, aku hanya akan berani merayumu, menggodamu, dan menyentuhmu setelah engaku telah halal bagiku.

♥♥Untuk semua muslimah.. Ukhty , Tetaplah Berusaha Menjadi Shalihah Meski Zaman Telah Berubah....Barokallahu fiik ^_^

♥♥Allah memuliakan mereka yang saling mencintai dan bersahabat kerana Allah, yang membuat para nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka mereka. Nasa’i meriwayatkan dengan sanad dari Abu Hurairah ra, Rasulullah bersabda; “Di sekeliling Arasy, terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah cahaya pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi para nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka”.

♥♥Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, beritahulah kami tentang mereka!”

♥♥Beliau bersabda, “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah”.

♥♥Allah berfirman, artinya, “Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” (QS/Qur'an Surat Az-Zukhruf : 67)
ܓ♥♪♫♥✿ ✿ܓ♥♪♫♥✿
*♥*•*´¨`*•.*♥*.•*´¨`*•. ♥♥~*♥**♥*~♥♥ .•*´¨`*•.*♥*.•*´¨`*•*♥*
(¯`v´¯) ♥♥♥•♥•♥
`·.¸.·´ ♥♥.........¸.·´

Semoga bermanfaat...
♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫

Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir

قبل أن تكتب لي الحلال

(Sebelum Engkau Halal BagiKu)

https://www.facebook.com/pages/Sebelum-Engkau-Halal-BagiKu/138509376220354

 
Di Persilahkan Bagi yg Mau Tag,tag sendiri ataupun Share,
kolom tag cuma 50 kolom di batasi fihak fb,semoga mengerti adanya

♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫
Salam Cinta & Ukhuwah Fillah
(¯`v´¯) ♥♥♥•♥•♥
`·.¸.·´ ♥♥.........¸.·´... ¸.·´¨) ¸.·*¨)♥
ƸӜƷ.¸¸¸.••..ƸӜƷ..••.¸¸¸.ƸӜƷ
♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫

Nurul Amni.

BIARKAN CINTA ITU TERUS DIAM..~

Bila belum sedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam...kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tidak mahu memusnahkan kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan memusnahkan izzah dan iffahmu..

kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya..kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALI?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah..

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan...kekuatan harapan...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata..bukankah Allah tidak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padaNya?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tidak memiliki kesempatan untuk
berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam...

jika dia memang bukan milikmu, pasti Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...~


copy dari: Haslinda Alias
Anis.

Mestica - Sendu Sendawa

Sengketa Hati Sang Suami..

- Runtun jiwa, dengan kata ingkar Sang Isteri,
- Terguris hati melihat derhaka Sang zuriat insani,
- Lara jiwa onak berduri, saudara dibenaknya hanya melukai,
- Kejap mata hati dari ruang dosa diri sendiri,
- Menerawang sang suami mencari diri,
- Dibawa diri membunyikan sengketa di hati,
- Di raupnya kata arah suara panggilan Agung memuja Illahi,
- Digenggamnya kini Qalam Rabbul Izzati merawat hati,
- Sujudlah Sang suami bersama redha menyembah Illahi,
- menyerah diri merendahkan keegoaan jati diri,
- mengabdikan diri, menyucikan belenggu dosa diri,
- meredhakan hati kpd apa yang dijanji,
- Moga kekalnya abadi dlm Rahmat Hakiki,
- Agar kembali .... disisi Rabbul Izzati....
 
copy from:Azmi Kamal
 
Anis.

Apa itu cinta?... Berhati Hatilah Dengan Cinta...

Apakah maksud atau makna cinta?

Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan. Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu.

Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu dan di larang dalam Islam.. Oleh hal yang demikian itu, sebagai remaja, terutamanya remaja mukmin, sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang. Jangan hanya mengikut tuntutan nafsu semata...Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan.. Krisis cinta palsu telah menyebabkan umat Islam memusnahkan etika spritual, menodai sosial sehingga ada yang sanggup membunuh dan membunuh diri akibat daripada tekanan perasaan yang sukar untuk dikawal.

Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia.

Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti:

1. Cinta kepada Allah
Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap.

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w.´

menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji.. Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam...

3. Cinta Sesama Mukmin

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w.

Maksud firman Allah s.w.t:
“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)

Inilah yang telah diajar oleh Islam.. betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu..Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya.

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya... remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan..Jangan jadikan diri kita sebagai hamba cinta yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras.....

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.”
Hadhis riwayat Bukhari dan Muslim...

Wallahu'alam....

copy from: Ibu Nora
Nurul Amni.

Make-Up Kecantikan untuk Muslimah

♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥
.......''Make-Up Kecantikan untuk Muslimah''.....
♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

......
⊰♥⊱ Untuk kecantikan anda, bermake up lah ke salon Iman

⊰♥⊱ Hiasi mata dengan menundukan pandangan,
⊰♥⊱ niscaya mata semakin bening dan jernih.

⊰♥⊱ Warnai bibir dengan lipstik kejujuran,
⊰♥⊱ niscaya bibir semakin manis saja.

⊰♥⊱ Merahkan pipi dengan rasa malu,
⊰♥⊱ niscaya semakin menawan.

⊰♥⊱ Cucilah rambut dari ketombe pandangan liar dengan jilbab penutup yang rapat,
⊰♥⊱ niscaya akan aman

⊰♥⊱ Bersihkan diri dari dosa dan kesalahan dengan sabun istigfar,
⊰♥⊱ niscaya semakin putih jiwa anda

⊰♥⊱ Oleskan lulur kasih sayang, niscaya semakin lembut hati anda

♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥

⊰♥⊱ Dari Abdullah bin Amru bahwasannya Rasulullah Saw bersabda :
''Dunia adalah perhiasan, sebaik - baik perhiasan adalah wanita sholehah''.
( HR Muslim )

♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

║(¯`v´¯)
║ `•.¸.•`by :Admin-Muslimah Sholehah II
║¸.•´
║(¸¸.•¨¯`•» Salam ukhuwah fillah, Di persilahkan kalau nak kongsi bagi yang nak ^__^
 
Anis.

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita


- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beris! tigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa
 
Nurul Amni.

Monday 9 May 2011

Kaabah

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"

...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."

sila sila la share~~
 
copy from: Al-Hayaah Cahaya Mata
 
Anis.

Perikahan atau Perkahwinan

♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥
............PERNIKAHAN ATAU PERKAHWINAN..........
♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥


¤    *  ✭
  ✭Buat Calon Suami
  * ★      ✰
¤    *  ✭

Pernikahan atau Perkawinan

Menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidak setabah Fatimah
Justeru isteri hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita menjadi solehah

Pernikahan atau Perkawinan

Mengajar kita kewajipan bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyid (pembimbing)nya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya

Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhati-hatilah meluruskannya

Pernikahan atau Perkawinan

Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha
Kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa a.s
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamaullahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh

(¯`v´¯)
`·.¸.·´`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸❤`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸❤

¤    *  ✭
  ✭Buat Calon Isteri
  * ★      ✰
¤    *  ✭

Pernikahan atau Perkawinan

Membuka tabir rahsia suami yang menikahi kamu
Tidaklah semulia Muhammad, tidaklah setaqwa Ibrahim
Pun tidak setabah Isa atau Ayub atau pun segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah pria akhir zaman
Yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh solehah

Pernikahan atau Perkawinan

Mengajar kita kewajipan bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami adalah nakhoda kapal, kamu navigatornya
Suami bagaikan anak yang nakal, kamulah penuntun kenakalannya

Saat suami menjadi Raja, kamu nikmati anggur singgasananya
Seketika suami menjadi bisa, kamulah ubat penawarnya
Seandainya suami berkata yang lancang, sabarlah memperingatkannya

Pernikahan atau Perkawinan

Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah

(¯`v´¯)
`·.¸.·´`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸❤`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸❤
╔╗
║║╔═╦╦╦═╗
║╚╣║║║║╩╣
╚═╩═╩═╩═╝
(●̮̮̃•̃) (●̮̮̃•̃)Your Husband / Wife
/█\ ♥/█\

_____♥_♥_♥_♥_______♥_♥_♥_♥______
___♥_________♥___♥__________♥___
__♥____________♥_____________♥__
__♥____________♥_____________♥__
__♥__________♥Cinta♥__________♥__
___♥_________♥Apa ♥__________♥__
____♥_______♥Adanya♥_______♥___
______♥___________________♥_____
________♥_______________♥_______
__________♥__________♥__________
____________♥_____♥_____________
______________♥_♥_______________
_______________♥________________
 
 
copy from: 'Chintaa Iman
 
Nurul Amni.

Bintang-bintang ke Syurga - Xarine.


Menyalaminya seminit cuma, sekadarnya, nampak ringan bukan?
Mudah dan tidak mengesankan apa-apa yang jelas seperti kesan zina.
Namun sekecil-kecil maksiat ituiu sebenarnya benih untuk menumbuhkan maksiat yang lebih besar.

Sahabat,
Andai kamu membenarkan maksiat sekecil itu, bisikan nafsu akan membisikkanmu untuk membenarkan maksiat sedikit lebih besar daripda sebelumnya dan seterusnya, hingga akhirnya menjebakkan kamu ke kancah dosa-dosa  besar.
Daripada situ kefasiqanmu merebak.
Usaha syaitan menyesatkan Bani Adam tidak mengenal putus asa.

Seperti barah, satu sel barah nampak ttidak memudaratkan.
Tetapi apabila barah itu merebak ke seluruh organ dan tidak lagi terkawal, barulah sedar betapa penting mengelakkan satu sel barah yang awal itu bertapak.
Sedang kesedaran itu sudah pun terlambat.

copy dari novel bertajuk  Bintang-bintang ke Syurga- Xarine.

Anis.

Azan

Suatu masa dulu, selepas kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w...
Laungan azan payah sekali untuk kedengaran...
Bilal R.A tidak lagi meneruskan tugasnya untuk melaungkan azan selepas kewafatan baginda...
Ramai sahabat rindukan suara azan...

Bila diminta untukk azan, Bilal menolak... lalu ditanya oleh para sahabat, mengapa?..

Bilal berkata.. andai dulu, usai sahaja azan, aku akan lalu dihadapan rumah baginda dan berkata... Ya Rasulullah, hayya ala solah.. tapi sekarang ni, pada siapakah lagi aku hendak katakannya... Bilal menangis teresak-esak. Para sahabat hiba... Semua sahabat rindukan Rasulullah...

Sampailah satu ketika ketika Hasan dan Husin meminta Bilal untuk azan..
Bilal tak mampu untuk menolak...
Sebaik sahaja azan dilaungkan, seluruh pelusuk Madinah merasa kehibaan...
Semua menangis....
Sampai ada yang mengatakan' Rasulullah diutuskan semula! Rasulullah diutuskan semula!...
Namun, sebaik sahaja menyebut..

Asyhaduannamuhammadarrasulullah.... suara Bilal terketar-ketar... menjadi serak.. dan Bilal tak dapat meneruskan azannya... wallahua'lam..

Bagaimana pula perlakuan kita hari ini terhadap azan...?
 
Nurul Amni.

Friday 6 May 2011

BUAT Muslimah...

Dengarlah sahabatku para muslimah sekalian,
ALLAH s.w.t memujukmu..At-Toyyibat littoyibin,
ANNUR:26,

”Wanita baik dijanjikan untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya.Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu.Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau tetap di atas jalan yang diredhai ALLAH s.w.t, InsyaALLAH si dia turut di jalan yang sama. Lupakan segala kegundahan, teguhkan diri pada cinta hakiki, nescaya lelaki soleh turut kau miliki. Senyumlah pada sinar yang menantimu dihadapan..

copy from:

Nur Violet

Nurul Amni.

Kita...

Kita mengaku kenal Allah tapi kita tidak menunaikan hakNya,

Kita mengaku cinta Rasulullah s.a.w. tapi kita mengabaikan sunnah baginda,

Kita membaca al-Quran tapo kita tidak mengamalkan hukum-hukum di dalamnya,

Kita makan nikmat Allah tapi kita tidak mensyukuri nikmat pemberianNya,

Kita mengaku syaitan itu musuh tapi kita tetap mengikutinya,

Kita mengaku adanya nikmat syurga tapi kita tidak beramal untuk mendapatkannya,

Kita mengaku adanya seksa neraka tapi kita tidak berusahaa menjauhinya,

Kita mengaku kematian pasti datang bagi setaip jiwa tapi kita tidak bersedia untuk menghadapinya,

Kita menghantar dan menguburkan jenazah tapi kita tidak mengambil iktibar darinya,

Kita sibuk membuka keaiban org lain tapi keaiban diri, kita tidak menyedarinya.

Dalam sedar tak sedar, begitulah kita.


Duhai sahabat...
 
Manusia adalah insan kerdil yang sentiasa cenderung melakukan kesilapan...

Berdampinglah kamu dengan insan-insan yang mampu menasihatimu apabila kamu melakukan kesalahan...

Serta insan yang mampu menerima teguran apabila dia melakukan kesilapan...

Kerana manusia itu diciptakan saling memerlukan antara satu sama lain...
 
Sama-sama kita cuba berubah ke arah kebaikan...
 
InsyaAllah...
 
copy from: Syukriah Roslan
 
Anis.

Jangan....

♥•♥•♥
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
Kelak ada insan yang bakal dilukai.
 
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
Nanti hati yang kecewa sendiri.
 
Sebaliknya, gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
Nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
Kerna Dia mendengar pengharapanmu setiap kali,
Dan Dia menunaikannya dengan caraNya yang tersndiri.
♥•♥•♥
 
copy from: Al Aisya Marieya
 
Nurul Amni.

Amazing! Bird sounds from the lyre bird - David Attenborough - BBC wild...

Untukmu Ibu.

Bismillahirrahmannirrahim...

Duhai ibu...
yang menjadi ibu kepada anak-anakmu ini
pasti saja hatimu berbangga tatkala melihat anak-anakmu
membesar meningkat dewasa hari ini...

Ibu...
itulah hasil dari hebatnya sentuhan tanganmu
kerana kami adalah terlahir dari rahimmu ibu
betapa itulah nilai kasih sayang tak ada penghujungnya

Ibuku...
saat kami...anak-anakmu membesar
betapa dirimu sudah agak uzur dimamah usia senjamu
upayamu sudah tidak segah dahulu dengan kondisi dirimu jauh berbeza
tetapi ibu...zuriat dari rahimmu ini adalah bebayang dirimu di luar sana

Ibu...
aku bangga diantaranya anak-anak yang di luar sana memilikimu
hatta tidak ku pernah kupedulikan bagaimana telah tuanya dirimu
tetapi kasih sayang kami tetap selamanya muda kepada dirimu

Ibuku sayang...
hari ini tergenang airmataku melihatmu
bermuara sayu mengenangkan kepergianmu yang tak kembali
seandainya esok ternyata dirimu telah tiada

Ibu...seperti pesanmu
wahai anak-anak ibu...jadilah insan yang berguna
bermanafaat kepada Allah dan rasulNya
bermanafaat untuk islam...setidak-tidaknya bermanafaatlah pada dirimu
dan mungkin satu hari nanti bermanafaat untuk keluarga yang bakal kami bina

Ibuku...
keranamu kami menjadi seperti hari ini
hidup kami adalah ihsan darimu dengan kehendak Allah jua
tak termampu untukku selongkar timbunan jasamu
kerana sungguh sebijak manapun aku mampu membilang
tak mungkin mampu ku hitung seluas lautan jasamu

Ibuku...
Hari ini seperti sebelumnya
aku sekadar mampu mengucapkan ucapan ' Selamat hari Ibu ' kepadamu
hatta jika engkau masih ada di dunia ini atau pun sudah lama berpergian
menghadapNya

Ibu...
Terimakasih kerana melahirkan
terimakasih atas kasih sayangmu
terimakasih atas tunjuk ajarmu
terimakasih atas segalanya
ampuni segala dosa-dosa anak-anakmu ini

Ibu...
semoga dirimu tetap menjadi kecintaan kami
yang bergelar anak kepada dirimu..


Untuk ibu dari anak-anakmu...

By ana islam...

Nurul Amni.

MUTIARA RENUNGAN


Saudara dan Saudariku yang kukasihi,

Janganlah kalian merasa berputus asa,
Karana putus asa bukan akhlak seorang muslim.

Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah impian kemarin,
Dan adapun impian hari ini adalah kenyataan untuk hari esok.

Sahabatku.
Waktu masih terlalu panjang dan hasrat akan terwujudnya
kedamaian masih tertanam dalam jiwa-jiwa suci kita semua,
Meskipun kurusakan dan kemaksiatan selalu menghantui kita.
Tapi yakinlah bahwa yang lemah tidak akan selamanya lemah
dan yang kuat tidak akan selamanya jadi kuat. "Subhanallah"

Sahabatku
Kemenangan dan kejayaan sentiasa menantikan kehadiran kita
Walaupun tekanan semakin dasyat dan keras menghimpit kita
Tapi ingatlah bahwa sesungguhnya Fajar pasti terbit
Walaupun kita masih dalam kegelapan yang berpanjangan

Sahabatku.
Andai diumpamakan Islam seperti sebuah bangunan usang dan hampir roboh.
Maka aku akan berjalan ke seluruh pelosok dunia bagi mencari jiwa pahlawan muda.
Aku tidak ingin mengutip berapa banyak bilangan mereka
Tapi aku cuma inginkan hati yang ikhlas membantuku dan bersama membina kembali bangunan yang usang itu menjadi sebuah bangunan yang teguh, kukuh kuat dan tersergam indah ."
copy from: Azwar Momoi
Nurul Amni.

Kenapa merajuk?

Seringkali orang merajuk kerana dia kecil hati orang lain tidak mengindahkannya. Sama ada orang tidak memuliakannya dengan memberikannya satu kedudukan atau tempat yang istimewa, atau tidak menerima pandangannya, atau tidak menunaikan permintaannya.

Siapa yang kena penyakit merajuk?

Penyakit merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja. Tidak kira lelaki atau perempuan. Tidak kira tua atau pun muda. Orang yang besar atau pun kecil. Anak boleh merajuk dengan emak, emak boleh merajuk dengan anak.

Punca merajuk

Merajuk ini berpunca dari hati yang kurang ada rasa kehambaan. Bila tidak rasa diri hamba, dia akan merasakan yang dirinya itu tuan. Sebagai tuan, dia perlulah dimuliakan. Kata-katanya perlu didengar dan dikotakan.

Sebenarnya, hatinya marah kerana tidak diberi perhatian. Tetapi mungkin kerana malu atau tidak ada kuasa, ataupun mungkin kerana beranggapan yang marah-marah itu satu sikap yang lebih tidak baik, marahnya pun tidak dilepaskan.

Sebaliknya, dia mengalihkan marahnya kepada merajuk. Dengan merajuk, orang akan faham yang dia sebenarnya marah walaupun dia sekadar mendiamkan diri sahaja.

Apakah merajuk lebih baik dari marah?

Kedua-duanya adalah sifat terkeji yang mesti diungkai. Kedua-duanya timbul dari rasa diri mulia yang mesti dihormati. Lebih ditakuti lagi kalau orang yang merajuk itu menyangka yang sikapnya itu tidak salah atau dirinya itu lebih baik daripada orang yang marah-marah.

Dia sebenarnya sudah tertipu. Dan kalau dia tidak bertaubat atas dosanya ini, dia akan dihukum di akhirat kelak.

Bagaimana mengubati sikap merajuk?

Untuk mengubati sikap merajuk, kita perlulah tanamkan sifat berTuhan dan sifat kehambaan. Sifat berTuhan ialah merasakan yang Tuhan itu Maha Berkuasa. Dia boleh timpakan apa sahaja ke atas kita sama ada perkara yang kita suka ataupun tidak.

Kalau kita membantah sama ada dengan cara marah-marah atau merajuk, kita bukan sahaja marah atau merajuk kepada orang yang menyakiti hati kita itu, tetapi kita juga sebenarnya menentang takdir Tuhan ke atas diri kita.

Kalau Tuhan tidak izinkan perkara itu berlaku ke atas kita, tentu ia tidak akan berlaku. Berlakunya ia ke atas kita ialah kerana Tuhan memang hendakkan perkara itu berlaku.

Sifat kehambaan pula ialah merasakan yang kita ini hamba yang lemah dan tidak berkuasa. Siapalah kita yang hendak menolak takdir Tuhan. Kita harus terima apa sahaja yang Tuhan timpakan ke atas kita. Kalau orang tidak muliakan kita, memang kita pun tidak layak untuk dimuliakan.

Sebagai hamba, kita juga merasakan yang diri kita banyak berdosa. Justeru itu, layak sangatlah kalau hati kita disakiti, moga-moga dengan kita bersabar, Tuhan akan hapuskan dosa-dosa kita. Kita juga mungkin sudah lebih banyak menyakiti hati orang lain. Lantaran itu, kita patutlah bersabar bila hati kita sedikit sebanyak disakitkan pula.

copy from: http://wazy.wordpress.com/

Nurul Amni.

KECANTIKKAN LELAKI DAN KEGAGAHAN WANITA

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang w anita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71 “Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

Wallahualam

Orang yang baik adalah orang yang pernah melakukan kesalahan dan belajar dari kesalahan itu untuk menjadi orang yang lebih baik.

Sumber : Dari Email

copy from: http://wazy.wordpress.com/

Anis.

Kalau...

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu.
 
Kalau anak dara bersimpuh di tangga rumah, dimarah bukan main lagi kerana terlalu menurut pantang-larang. Sampai bercucur air mata si anak. Ditakutkan anak dara bahawa kalau duduk di tangga, alamatnya tak laku.

Tapi apabila anak dara keluar ke halaman tak bertudung atau tutup aurat untuk menyiram pokok bunga, hanya tersenyum dari jauh.

“Rajin anak aku,”
 
copy from: Wak Dol
 
Anis.

Ibu..


Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku.
Bila ku berduka, engkau hiburkan selalu.
Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku.

Hari ini, Ahad 9 Mei 2010, seluruh dunia akan menyambut Hari Ibu.
Kepada semua ibu-ibu di luar sana, kami di BeautifulNara ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu dan terima kasih kerana telah melahirkan kami.

Terima kasih kerana telah menyayangi kami.
Terima kasih telah mengajar kami.
Terima kasih kerana telah membimbing kami.
Terima kasih untuk segala-galanya.

Kepada anak-anak di luar sana, apa kata luangkan masa hari ini untuk membuat sesuatu yang istimewa untuk ibu anda. Bawalah pergi dinner ke, makan tengah hari special ke atau pergi buat facial muka ke. Apa-apa sahaja yang boleh membuat ibu anda rasa dihargai. Paling koman, peluklah ibu anda dan cakapkan anda sayangkan dia.

Selamat menyambut hari ibu kepada semua. Kalau anda ada kisah-kisah menarik tentang ibu anda yang nak dikongsi bersama, apa kata ceritakan di ruangan komen di bawah ini. Boleh kita sama-sama ambil buat pengajaran dan iktibar.

copy from: http://beautifulnara.com/selamat-hari-ibu-kepada-ibu-ibu-seluruh-dunia/

Nurul Amni.