Wednesday 30 March 2011

LAPORAN

Laporan Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu Sekolah Menengah St. Anthony

     Tanggal 31 Mei 2010 sempena cuti sekolah pertengahan tahun, Kelab Rekreasi Sekolah Menengah St. Anthony telah mengadakan ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu. Ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu merupakan program tahunan sekolah di samping menguji ketabahan mental dan fizikal pendaki. Ekspedisi kali ini disertai oleh 20 orang pelajar tingkatan 2 dan 3, iaitu 12 orang pelajar lelaki dah 8 orang pelajar perempuan. Turut mengiringi ialah 5 orang guru, iaitu Cikgu Ravinathan, Cikgu Yusri, Cikgu Kenneth, CIkgu Mala, dan Cikgu Arlina.
     Pada jam 7.30 pagi, kami semua telah berkumpul di tapak perhimpunan sekolah sebelum bertolak dengan menaiki bas ke Terminal Feri. Kami dijangka menaiki feri ke Kota Kinabalu pada jam 9.30 pagi. Perjalanan feri mengambil masa lebih kurang dua jam setengah. Tepat jam 1.00 tengah hari, feri yang kami naiki telah berlabuh di Terminal Feri Kota Kinabalu. Bas yang disewa telah sedia menunggu kami untuk dibawa ke Taman Kinabalu.
     Tepat jam 8.00 pagi pada tanggal 28 Mei 2010 kami memulakan pendakian dengan dipandu oleh dua orang jurupandu yang berpengalaman. Kami memulakan pendakian dari pohon Timpohon dalam suasana pagi yang dingin dan menyamankan.
     Sepanjang perjalanan kami akan berhenti rehat di pondok-pondok yang telah disedaikan dan kami berpeluang menghilangkandahaga dengan air gunung yang bersih lagi sejuk. Menjelang pukul 2.00 petang, kami berrehat di tempat persinggahan Laban Rata sebelum meneruskan perjalanan ke puncak pada jam 2.30 pagi nanti. Di Laban Rata, kami berpeluang rehat di bilik masing-masing dan menjamah makanan di restoran.
     Suasana pagi yang sungguh dingin hinggan kr tulang hitam pada jam 2.30 pagi memaksa kami sema menyarung pakaian yang tebal, sarung tangan, dan topeng muka. Menurut jurupandu kami, cuaca yang terlalu sejuk boleh menyebabkan hidung berdarah. Pendakian ke puncak agak mencabar kerana jalan yang licin dan keadaan yang masih gelap.
     Tepat jam 6.00 pagi, kami tiba di Puncak Law. Kami dapat menghirup udara dingin pagiyang bersih lagi nyaman, nenikmati pandangan matahari terbit serta dapat melihat dengan jelas pekan Ranau dan Kundasang. Selepas beberapa ketika kami bertolak turun semula ke tempat persinggahan seterusnya ke kaki gunung.
     Sebelum bertolak balik ke Wilayah Perseketuan Labuan, kami sempat melawat sekitar Taman Kinabalu dah Kolah Air Panas Poring. Rombongan ekspedisi tiba di Waliyah Persetuan Labuan pada 30 mei 2010 jam 6.00 petang.
     Selama empat hari ekspedisi dijalankan, kami semua bersyukur kerana berjaya pulang dengan selamat ke destinasi masing-masing. Walaupun badan terasa lenguh-lenguh, namun hati masing-masing berasa puas kerana telah berjaya menawan gunug yang kedua tertinggi di Asia Tenggara.
     Di harapkan pada tahun akan datang Kelab Rekreasi dapat menganjurkan ekspedisi lain yang lebih mencabar.

Disediakan oleh,                                                                                                                         2 JUN 2010.
    Hayati
(SH. HAYATI SYED MOHD)     
Setiausaha,
Kelab Rekreasi.

Monday 28 March 2011

A Bed Under The Stars














In the day,
A meadow covered with tulips,
The bright sky,
Occupied by fluffy clouds,
And the cooling breeze,
The sweeps us off our feet.

In the night,
The dark velvet sky,
Filled with glistening stars,
And the perfectly full moon.
Two elements that act as one,
To beautify the calm night sky.

A perfect moment,
Just for the two of us,
If only it is reality,
As dreams only remain as dreams.

The perfect movement like this,
Is like wishing for the impossible,
This is said,
As you and I do not even exists.

 -    By