Friday 28 October 2011

Amalan


‎~♥~Melakukan amalan dihadapan Allah dengan ikhlas adalah lebih baik dan akan drahmati olehNya..dari Melakukan amalan dihadapan hambaNya yang akan mnghadirkan satu penyakit hati...~♥~

=Biar kita nampak baik dipandangan Allah..tetapi bukanlah dihadapan hambaNya..Pandangan Allah lebih penting dari pandangan hambaNya..

=Biar kita nampak hina dihadapan manusia..tetapi nampak mulia disisi Allah dan penduduk langit..

=Biar kita nampak miskin harta didunia..tetapi kaya dgn amalan dan akhlak disisi Allah..

=Biar kita tidak mempunyai rupa yg secantik bidadari dan Nabi Yusuf..tetapi mempunyai hati yang cantik dan bercahaya..

=Biar kita suara kita drahsiakan..tetapi disedapkan dan disebutkan semasa membaca ayat Al-Quran..

=Biar kita dibenci dan dihina oleh hambaNya..tetapi dirahmati dan dicintai oleh Allah Yang Esa..

=Biarkan apa hambaNya fikir tentang kita..tetapi..Allah tahu niat kita..

=Biarkan apa yang mereka hina kita..tetapi Allah memuji akhlak kita..

=Biarkan..segala yg ada didunia hanyalah sementara..tetapi akhirat adalah yang abadi..

=Biarlah kita mendapat cinta Allah..dari cinta manusia yang sekadar didunia..

=Cinta manusia mudah didapati..cinta Allah..sungguh sukar..hingga kita seharusnya mendaki setinggi2nya tangga bagi mengapai cintaNya..sambil menyirami bunga amalan kita..dan mendapatkan tiap keredhaanNya..

~♥~Sungguh cinta sejatiku hanyalah untuk Allah S.W.T~♥~

~Segala yang ku lakukan..adalah agar hambaNya memuji Allah..kerana diriku ckup kagum dgnNya..biarkan andai tidak kagumiku..tapi kagumi Allah dah ckup buat ku rasa riang dan gembira sekali..dan tersenyum..^___^~

~yang ana tidak tag..ana minta maaf ya..yang baik dtg dr Allah..yang buruk dtg dr diri ana sendiri..silakan..ini semua ana bg khas untuk sahabat2 ana..yang amat ana kasihi kerana Allah~ ^__^
 


from: Mas Intan

Nurul Amni.

Wednesday 19 October 2011

Tips/Panduan Atasi Zina Hati

Mari kita lihat bagaimana tips atas zina hati.


Tips/Panduan Atasi Zina Hati

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.
Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.
Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.
Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.
Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."
Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:

"Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih." (Surah Yusuf, ayat ke-24)
Berikut adalah beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama :
Ikhlas kepada Allah.
Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:

"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah.
Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
Mengurus mata dan pandangan.
Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.
Ibnu Qayyim menyatakan:

"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."
Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.
Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.



copy: Cahaya Keinsafan

Nurul Amni.

Tuesday 18 October 2011

Jangan

‎Mari kita lihat di bawah yang ditulis oleh Mas Intanposted toSAHABAT ISTIMEWA


~♥~Nasihat ini... ana petik untuk diri ana dahulu~♥~

~♥~Jangan pernah menganggap dirimu lebih terbebas dari kesalahan dan kebodohan dari orang lain, sebab, jika demikian, hakikatnya kau lebih bodoh dari mereka.~♥~

~♥~Jangan pernah melecehkan orang lain yang tengah berbuat maksiat, sebab tanpa taufiq dari Tuhanmu, kau pun akan lebih buruk dari mereka.
Jangan pernah merasa lebih berilmu dari siapapun, sebab Tuhanmu sangat kuasa untuk merubah keadaanmu menjadi hina-dina.~♥~

~♥~Jangan pernah berhenti dari memohon ampunan kepadaNya, sebab kau selalu bergelumang dosa, meskipun kau tidak menyadarinya, dan jangan pernah berhenti dari bersyukur atas nikmatNya, sebab kau selalu mendapatkannya, meski kau melupakannya.~♥~

~♥~Jangan pernah merasa rendah dan putus asa dari menuntut ilmu agama, sebab Tuhanmu memberikan balasan sesuai dengan usahamu untuk memperolehnya.~♥~

~♥~Jangan pernah menyombongkan diri di hadapan ‘ulama, sebab kau tidak pantas bahkan untuk menjilat sandal-sandal mereka.
Jangan pernah merasa aman dari makar Allah, sebab bagaimana akhir hidupmu kau tidak akan mengetahuinya hingga saatnya tiba..~♥~

~♥~Jangan pernah berhenti dari memohon pertolonganNya, sebab untuk memberi kebaikan pada dirimu sendiripun kau tidak kuasa.~♥~

~♥~Bertakwalah kepada Allah! Dia mengawasimu, tak putus mencurahkan kasih sayangNya padamu, dan kau tak pernah lupa dari melupakanNya. Sesungguhnya kemuliaan di hadapanNya hanya bisa diraih dengan ilmu. Jadikanlah dirimu kekasihNya, dan Dia akan mengasihimu.~♥~



by : Mas Intanposted toSAHABAT ISTIMEWA

Nurul Amni.

Sunday 16 October 2011

Sahabat yang Baik

Bagaimana sahabat yang baik? Mari kita lihat di bawah.


‎...:::::SAHABAT::::::...

Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.

Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.

Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu senantiasa terpelihara kejujurannya...

-Pendeknya..Bersahabatlah dengan ikhlas semata 2 kerana Allah...S.W.T


copy: Puteri Alyatul Ulyah di SAHABAT ISTIMEWA

Nurul Amni.

Istiqamah


Mari kita lihat di bawah tentang Istiqamah.


Memang saya berhajat untuk menulis tentang program Ustazah Pilihan dan Solehah, tetapi saya sendiri belum pernah menonton hatta satu episod pun. Jadi rasanya sungguh tak adil untuk saya memberi penilaian kepada sesuatu yang saya sendiri belum pernah tonton. Maaf. InsyaAllah, saya akan tulis selepas saya berjaya menonton sekali.

Jadi, untuk kali ini... saya mahu bercakap tentang istiqomah.

Dah lama sangat saya tak membuat ulangkaji pada tajuk ini. Sebab itulah saya mengambil keputusan untuk menulis berkaitan dengan istiqomah, kerana dalam masa saya menulis... saya dapat kembali mengkoreksi diri, dan seterusnya memperbaharui ilmu dan niat. Mudah-mudahan!

Sepertimana yang telah kita sedia ketahui, sesungguhnya istiqomah itu ialah satu perintah dan satu kewajipan kepada setiap individu muslim. Dalilnya... setiap hari jumaat, khatib berpesan; "Janganlah kamu mati melainkan kamu ialah seorang muslim"

Ayat itu bermula dengan 'ya ayyuhallazii' yang bermaksud, satu seruan daripada Allah kepada setiap manusia yang beriman untuk bertaqwa dan jangan mati selain daripada kematian sebagai seorang muslim.

Yang jelas, kita takkan mampu untuk mengelakkan diri daripada diburu kematian tetapi kita boleh sahaja untuk bertaqwa dan menjadi muslim. Maka, perintah yang sebenar ialah supaya kita istiqomah menjalani penghidupan sebagai muslim dan mati, sebagai seorang daripadanya.

Kiranya, ia tugasan yang mudah tapi hakikatnya ia sukar sekali. Sangat sukar kerana ada syaitan dari kalangan jin, dan syaitan dari kalangan manusia... sedang menjerat kita! Itu belum lagi kerana campur tangan nafsu serakah dan fitnah duniawi yang berleluasa. Oh! Teringat pesan Imam Ghazali; sesiapa yang tidak merasa risau yang akidahnya sedang diancam, maka itu petanda bahawa akidahnya memang sedang diancam.

Ironis bukan? Sesiapa yang sudah merasa cukup selamat, dialah yang sebenarnya sedang terancam!

Kembali kepada tajuk... Seperti yang kita dah lama tahu, maksud 'amal yang terbaik' ialah amal yang sedikit tetapi dilakukan secara berpanjangan dan konsisten. Ada hadis berkenaan dengan itu, sebagaimana yang diceritakan oleh Saidatina Aisyah r.anha.

Saya sebenarnya seringkali memerhati, betapa manusia... termasuklah saya, sangat gagal dalam bab hendak konsisten melakukan kebaikan. Contoh mudah, bulan ramadhan. Jika semasa bulan ramadhan ini, kita boleh bersolat sehingga 20 rakaat sehari secara berjemaah, tetapi mengapa di luar ramadhan... kita liat sangat hendak datang kepada solat berjemaah? Kalau bulan ramadhan, kita boleh bersedekah, kenapa di luar ramadhan, tangan kita kejang untuk menghulur?

Sangat ironi!

Jadi, bagaimanakah cara untuk kita mendapatkan istiqomah?

Pertama- kita perlu memperbanyakkan bacaan doa-doa khusus.

Kalau saya, saya lebih suka membaca doa di dalam bahasa melayu saya memang bodoh dalam bahasa arab. Tak faham. Jadi baik saya berdoa dalam doa yang saya faham. Kerana bagi saya, doa ialah pengaduan, pengharapan, dan rintihan kepada Allah. Seseorang takkan merayu dan meminta untuk sesuatu yang dia sendiri tak tahu... kan? Samalah. Berdoa sebenarnya bukannya nak paksa Allah tunaikah permintaan kita. Tidak! Siapa kita hendak memaksa Allah tunaikan kehendak kita! Tetapi berdoa sebenarnya ialah lambang kehambaan supaya kita berasa nilai kita, berasa hina, berasa harap kepada Allah.

Kedua- Berteman dengan orang yang baik-baik.

Kawan kita ialah diri kita yang satu lagi. Mereka akan mempengaruhi kita, luar dan dalam. Kerana itulah kita perlu memilih kawan-kawan yang baik. Sifirnya mudah sekali; kawan yang baik pasti akan mengajak kita kepada kebaikan manakala kawan yang tak baik, akan membawa kita ke jalan yang sebaliknya. Harus diingat juga bahawa antara kawan baik dengan kawan yang baik, wujud satu dinding yang utuh dan besar. Tak semestinya kawab baik itu baik, kerana ramai sahaja manusia yang jadi jahat sebab kawan! Dirosakkan oleh kawan sendiri!

Ketiga- Memperbaharui azam dan matlamat setiap hari.

Antara sebab lain mengapa orang islam ramai terkandas ialah kerana mereka tak punya keinginan yang bulat untuk kekal berada dalam kebaikan. Ini ialah tanda kita tak bersungguh-sungguh dan percayalah... tiada siapa yang rugi dengan sikap sambil lewa kita itu, melainkan kita sendiri yang rugi!

Keempat- Meraikan kejayaan untuk istiqomah.

Kalau syaitan boleh bergembira dengan kejayaan mereka menghalang-halang kita daripada jalan Allah, mengapa kita enggan bergembira dan bersyukur jika perangkap-perangkap mereka, berjaya kita patahkan? Salah satu sebab kenapa kita tak berasa seronok berbuat amal soleh juga ialah kerana kita tak mahu meraikan kejayaan membuat amal. Bila hati dah rasa tak seronok... tak suka... macam mana nak istiqomah?

Kelima- Sering bermuhasabah diri.

Yang ini penting. Kita perlu periksa diri kita. Takut-takut ada riak atau ujub yang tumbuh kerana daripada maksiat hati inilah, terbuka ruang dan peluang untuk syaitan memerangkap kita seterusnya menjauhkan kita daripada ketaatan kepadanya.

Keenam- Bayangkan ganjaran amal soleh.

Kita ingat satu saja. Allah tak berhajat kepada makhluk. Tetapi jika kita patuh kepada Dia, pasti kita akan bahagia tetapi jika kita tak mahu patuh, Allah tak rugi. Sebaliknya yang menyesal nanti itu kita!

Sudah selesai mengulangkaji. Jadi yang tinggal ialah mengulang amal sahaja.

Mudah-mudahan saya dapat istiqomah. Kalian juga, semua pembaca.

copy: http://iqbalsyarie.blogspot.com/

Nurul Amni.

Adakah Ini Menutup Aurat?










"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya..."

[Surah An-Nur : Ayat 031]

Nurul Amni.

Saturday 15 October 2011

Jika Kerana...

Jika kerana apa? Apa yang ingin dibicarakan? Mari kita lihat di bawah.




Jika Kerana...

Jika kerana wang ringgit yang dinilai...
aku tak punya harta untuk di bangga...

Jika kerana ijazah yang jadi taruhan...
aku tak punya kelulusan untuk di pamer...

Jika kerana pangkat dan darjat yang menyamakan taraf...
aku tak punya kedudukan yang hendak dijulang...

Jika kerana tauliah melambangkan ketinggian ilmu...
aku tak punya apa yang hendak disampaikan...

Jika kerana nama yang hendak dipandang...
biarku simpan saja mutiara yang ada...

Namun, kerana sabdanya.. "Sampaikanlah walau hanya satu ayat.."

Aku masih disini.. demi mencari redha Illahi.

copy: http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=233762400011177&id=100000773928829&ref=notif¬if_t=share_reply

Nurul Amni.

Friday 14 October 2011

Ya Allah



Ya Allah
Ya Rahman
Kaulah Yang Maha Pemurah
Biarpun Makhlukmu Menderhakaimu
Rahmatmu Tetap Melangit Luas

Ya Allah
Ya Rahim
Kasihmu Tidak Dapat Dijualbeli
Tidak Mengira Sesiapa Yang Kau kehendaki
Biarpun Makhlukmu Mengingkari Perjanjiannya

Ya Allah
Ya Tuhanku
Sesungguhnya Aku Sedih Melihat Dunia
Aku Tak Mampu Untuk Memimpin Diriku
Acuan Yang Ditetapkan Olehmu Tidak Diikuti
al-Quran Itu Hanya Tersimpan Rapi Di Atas Gerobok
Kalam Mu Hanya Dijadikan Senjata Untuk Berdebat
Bukannya Dijadikan Sebagai Peraturan Dalam Kehidupan

Ya Allah
Ya Tuhanku
Agamamu Indah Akan Tetapi Makhlukmu
Sendiri Yang Cuba Untuk Mengotorinya
Menggunakan Agamamu Dengan Niat Sia Sia
Untuk Mendapat Sanjungan Manusia
Berbanding Ikhlas Mengabdikan Diri Kepada Mu

Ya Allah
Ya Tuhanku
Terima Kasih Ku Ucapkan
Kerana Dengan Jalan Yang Di Kau Berikan
Membuatkan Jiwaku Kembali Tenang
Tenang Setenang Kicauan Burung Yang Berzikir Kepada Mu

Ya Allah
Ya Tuhanku
Janganlah Dipalingkan Hatiku
Setelah Hadiah Yang Bernilai
Dirimu Kurniakan Kepadaku
Kerana Tika Ini , Aku Berasa Gembira
Diberikan Tanggungjawab Ini
Kerana Inilah Jalan Yang Terbaik
Untuk Membantu Diriku, Keluarga & Masyarakat
Yang Memerlukan Sedikit Petunjuk Kehidupan
Dalam Menuju Ke Destinasi Akhirat

Nukilan : Darah Jawi


copy: 
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2295498879648&set=a.1133556431813.20613.1614378595&type=1
Nurul Amni.

CARA RASULULLAH MENDIDIK ISTERI

Bagaimana baginda mendidik isteri ya? Mari kita lihat di bawah.


CARA RASULULLAH MENDIDIK ISTERI

1. Rasulullah s.a.w bersabda, “Didiklah isterimu dengan memberi nasihat dan tujuk ajar. Jika degil pisahkan tempat tidurnya dan jika degil lagi, pukullah dia (pukulan yang bukan mendera)

2. Didik isterimu dengan perasaan kasih sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa yang panjang.

3. Tegas dalam melayan kehendak istei dengan tidak melanggar batas-batas syariat.

4. Apabila berdepan dengan karenah isteri, suami hendaklah sentiasa kreatif, bijak dan sabar semasa bertindak.

5. Seeloknya ketika isteri sedang marah-marah, berleter, lebih baik suami berdiam diri dahulu. Marah jangan dihadapi dengan marah. Tetapi diam bukan berarti mengalah, hanya sebagai strategi. Setelah perasaan marahnya reda suami boleh menjelaskan perkara sebenar atau meminta maaf jika suami bersalah.

Pada suatu hari saidina Omar pernah dimarahi oleh isterinya tetapi dia hanya berdiam diri sahaja. Sahabatnya bertanya kenapa begitu. Jawab saidina Omar, Isteriku telah melayan nafsuku, melahirkan zuriat serta mengasuh anak-anakku, membasuh pakaianku, menjaga rumah dan hartaku.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya, “Suami yang jelek ialah pada siang hari bergaduh dan memukul isterinya tetapi pada malam hari menyetubuhinya.” ^_^



copy: Fareezul Azwan

Alia Izzati

QIAMULLAIL (IBADAT MALAM)


Qiamullail bererti Ibadat malam yang menjadi amalan khusus para-para Nabi dan Rasul, para Sahabat dan para Alim Ulama’.

Ia boleh dilakukan dengan Solat Tahajjud, Solat Taubah, Solat Tasbih, Solat Hajat dan Solat Witir.
Qiamullail juga harus diisi dengan membaca Al-Quraan, berzikir, berwirid, bermunajat, berdoa dan juga boleh mengadakan majlis tazkirah dan sebagainya amalan sunat yang lain selagi dalam waktu sepertiga malam.

WAKTU QIAMULLAIL

Waktu atau masa yang dikatakan Qiamullai itu ialah jangka masa di penghujung malam. Ia juga kadang-kadang dikenali dengan nama waktu Sahur(waktu ajaib).

Waktu ini ialah waktu yang mana semua manusia sedang tidur lena dan dalam masa ini kita digalakkan oleh Allah meninggalkan bantal tidur kita untuk membuat hubungan Istimewa dengan Allah melalui doa munajat dan perbualan khusus antara hamba dan KHALIQ dengan penuh khusyu’ dan air mata.

Inilah yang dimaksudkan dengan Firman Allah  S.W.T.,

تتجا فى جنو دهم عن المضاجع يدعون ربهم خوفا وطمعا ومما رزقنا هم ينفقون سوره السجده اية16

Yang bermaksud kurang lebih Mereka itu (kekasih-kekasih Allah) melepaskan bantal pelukan masing-masing (atau juga isteri masing- masing) dalam keadaan takut dan amat rindu dendam sekali terhadap Allah untuk mengharap keredhaannya dan dalam masa yang sama mereka melaburkan hartanya untuk jalan Allah.

SOLAT TAHAJJUD

Solat Tahajjud ialah solat yang wajib kepada Nabi S.A.W. dan disunatkan bagi kita. Kedudukan sunatnya ialah paling afdhal selepas solat lima waktu.

Waktunya ialah di penghujung malam(waktu sahur) dan tidak boleh dibuat dalam waktu lain sama sekali.

Jumlah rakaatnya paling sedikit dua rakaat dengan satu salam dan paling banyaknya lapan rakaat dengan empat salam.  Barang harus di ingat adalah penting supaya tidur dahulu sebelum bangun solat Tahajjud(terus solat Tahajjud tanpa tidur adalah dilarang).

SOLAT WITIR

Solat witir hendaklah dilakukan di penghujung Ibadah malam (itu yang paling afdhal).

Waktunya ialah selepas solat Isyak, dan tamat sepuluh minit sebelum subuh.

Jumlah rakaatnya paling kurang satu rakaat dan paling banyaknya sebelas rakaat (dua rakaat satu salam) dan rakaat terakhirnya satu rakaat satu salam.

Semua rakaat genap dan diakhiri dengan satu rakaat supaya jadi ganjil. Solat witir bermakna solat ganjil.
Kedudukan solat witir adalah sunat.

SOLAT TAUBAT

Satu lagi solat yang disunatkan kepada kita ialah solat Taubat.

Jumlah rakaatnya dua dan satu salam. Ia boleh dilakukan berulangkali sekiranya kita berupaya.

Waktunya bebas tetapi jangan dilaksanakan waktu yang diharamkan solat(waktu tahrim).

SOLAT HAJAT

Solat Hajat kedudukannya sunat.

Jumlah rakatnya dua dan satu salam.

Sunat dilaku ketika mana kita bersangatan hajat kepada sesuatu samaada ia urusan duniawi atau ukhrawi.

Waktunya bebas siang dan malam selain waktu Tahrim.

ZIKIR, DOA DAN MUNAJAT

Selepas Solat Taubah atau solat hajat bolehlah kita berwirid, berzikir, bertasbih, berdoa, bermunajat, membaca Al-Quraan dan sebagainya supaya hati kecil kita menjadi basah lembab dengan doa, gerun dan takut dengan zikir, sayu dan hiba dengan Istighfar.

Kalau diizinkankan Allah diutusnya Malaikat dan mencuit permukaan hati kita dengan sayap nya dan akan menghamburkan air mata sesal, sayu dan sedih terhadap kesalahan dan dosa kita. Hati kita akan menjadi retak dan terpancar air mata sedih. Inilah yang kita harapkan kerana warid hadis ” DUA BIJI MATA YANG MENITISKAN AIR MATA KERANA TAKUT PADA ALLAH TAKKAN DISENTUH OLEH API NERAKA”.

http://pondok.1blog.my/blog/2011/05/15/qiamullailibadat-malam/




Nurul Amni.

~~ADA KALA NYA......(Peringatan juga buat DIRI SENDIRI)

Mari kita lihat apa ada di bawah.


Assalamu’alaikum.

ADAKALANYA .


Adakalanya...

Adakalanya kita bercakap sesama kita tanpa menyedari perkataan kita keras,pahit,kasar dan tanpa disedari mengguris perasaan orang disekeliling  kita.

Adakalanya bila kita merasakan usaha yang kita lakukan adalah yang paling bagus dalam melaksanakan tugas-tugas dakwah, malah menganggap kita orang penting dalam jalan ini.

Adakalanya kita merasa pendapat kita sahaja yang mesti diikuti walaupun di dalam satu mesyuarat yang melaksanakan konsep syura..jika sebaliknya,kitaakan marah dan kecewa.

Adakalanya kita sering mempertikaikan komitmen orang lain walhal kita sendiri mementingkan diri, harta dan keluarga melebihi Allah dan Rasul.

Adakalanya kita menyeru kepada Islam yang syumul namun unsur-unsur jahiliyyah masih lagi dapat diterima oleh jiwa kita, disenangi kehadirannya dalam kehidupan kita dan keluarga kita.

Adakalanya kita sering melupakan nasib keluarga kita, "sudahkah mereka aku bawa kepada jalan yang sebenar?"

Adakalanya kita juga tidak mudah memaafkan saudara kita,tidak memulakan untuk mengalah dan menyimpan perasaan yang tidak sudah-sudah terhadap saudara kita.

Adakalanya kita jarang membincangkan soal-soal tazkiyyah dengan sahabat kita, malah lebih banyak membincangkan soal-soal harta yang kita miliki.

Wallahualam...

~~Sesungguhnya jari yang menulis ini lebih banyak merasa........ peringatan buat diriku yang sering "terlena.."..~~




olih .tg .arb /okt /2011 .

12 52 tengah malam .
                                                        AGAR TIDAK TERLENA .


Alia Izzati

Wednesday 12 October 2011

M.A.L.A.M

 Mari kita baca apakah yang ditulis oleh Darah Jawi ini.
M.A.L.A.M

Malam Itu Sungguh Sunyi
Manusia Lena Dibuai Mimpi Indah
Merempit Di Jalan Raya Menjadi Taruhan
Membaca Al-Quran Jauh Sekali
Merintih Kepada Yang Maha Esa Satu Keajaiban

Adakah Malam Itu Hanya Dijadikan Waktu Berehat
Apakah Ibadah Mu Di Siang Hari Telah Mencukupi
Alasan Apa Lagi Yang Ingin Dirimu Lontarkan
Alangkah Indah Jika Diselangi Qiyamulail Dengan Titisan Air Mata
Aku Hanya Mampu Berpesan Kerana Aku Juga Makhluk Seperti Kamu

Lampu Dinding Jadi Peneman Di Kala Malam Hari
Lunaknya Suara Qari & Qariah Di Corong Corong Radio
Letih Melihat Gelagat Manusia Yang Tidak Sedarkan Diri
Lambaian Disko Menggelamkan Hati Yang Kering Kontang

Adakah Aku Telah Menunaikan Janjiku ?
Amanat Yang Telah Ku Pegang Semasa Di Alam Roh
Atau Aku Sekadar Buat Buat Lupa Kerana Aku Hanyalah Insan Biasa
Akhirnya Sendiri Juga Menyesal Bila Pintu Taubat Sudah Tertutup

Masyaallah
Mengapa Aku Mendustakan Kebenaran
Mengapa Aku Tidak Menggunakan Masa Yang Ada Untuk Mendekatkan Diri Pada Mu
Mengapa Aku Akan Sering Mengeluh Bila Tuhanku Sedang Mengujiku Keimananku
Mungkin Aku Terlupa Dengan Firman Allah Swt Yang Bermaksud :

"Apakah Manusia Itu Mengira Bahwa Mereka Dibiarkan (Saja) Mengatakan: "Kami Telah Beriman", Sedangkan Mereka Tidak Diuji Lagi. Dan Sesungguhnya Kami Telah Menguji Orang-Orang Sebelum Mereka. Maka Sesungguhnya Allah Mengetahui Orang-Orang Yang Benar Dan Sesungguhnya Dia Mengetahui Orang-Orang Yang Dusta".

Q.S. Al Ankabut [29]: 2-3

Nukilan : Darah Jawi
copy: Taufik Khadri
Nurul Amni.

Muhammad al-Fateh

Mari kita mengenali Muhammad al-Fateh ini.

Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”  (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary R.A. telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 26 Rejab 835 Hijriah (29 Mac 1432 ) di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (855 – 886H / 451 – 1481M). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada hari Khamis, 4 Rabiul Awal 886 bersamaan dengan 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda diracun.  

PENDIDIKAN 

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

 

Di dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek,  Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik. Di dalam bidang Ilmu politik pula, ayahandanya, Sultan Murad II, ketika memencilkan diri di Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Ia bertujuan untuk mendidik bagina dalam usia yang sebitu muda. Walaupun begitu baginda telah  matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN
 
Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Baginda seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis.


Baginda sentiasa bersifat tawaduk dan rendah diri. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit.

Selat Bosphorus dari Satelit

Benteng Rumali Hisari

Peta di dalam benteng Rumali Hisari


Bosphorus adalah sebuah selat yang memisahkan Turki bahagian Eropah dan bahagian Asia, menghubungkan Laut Marmara dengan Laut Hitam. Selat ini sepanjang 30 kilometer, dan lebar maksimum 3.7 kilometer pada bagian utara, dan minimum 750 meter antara Anadoluhisar? dan Rumelihisar?. Kedalamannya antara 36 hingga 124 meter.

Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
 
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Byzantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

MENARA BERGERAK

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

BANTUAN DARI POPE VATICAN

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Byzantin.

Rantai direntang sepanjang Teluk Golden Horn


Rantai yang digunakan oleh tentera Byzantin untuk menghalang armada al-Fateh

PERANG DARI PUNCAK GUNUNG

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
                                           

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Uthmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

MEMANJAT DAN MELASTIK DINDING

Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

KARISMA SEORANG PEMIMPIN

                                         

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

PENAWANAN CONTANTINOPLE

Pada 20 Jumadil Awwal 857 / 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
 
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya itu.

INGATAN

Memikirkan tentang kehebatan al-Fateh dan tenteranya... suatu ketika, dalam perjalanan menuju ke Constantinople, tentera al-Fateh melalui sebuah kebun anggur yang besar dan buahnya sedang masak ranum. Namun, sebelum melalui kebun tersebut, al-Fateh telah mengingatkan tenteranya supaya jangan diambil anggur itu walaupun sebiji. 

Perjalanan diteruskan hingga sampai di suatu tempat, mereka berehat. Setelah didirikan khemah dan berehat, pembantu al-Fateh keluar dari khemah dengan wajah yang sugul dan memanggil semua tentera berkumpul. Para tentera diberitahu bahawa al-Fateh telah jatuh sakit. Setelah diteliti oleh tabib, ubat yang diperlukan adalah sebiji anggur. 

Maka dia bertanya kepada seluruh tentera, siapa yang mempunyai buah anggur, kerana jika tidak, mungkin al-Fateh akan terus sakit dan mati. Malangnya, tiada seorang pun tenteranya mempunyai buah anggur. Lalu tahulah al-Fateh, bahawa tenteranya bukan sahaja kuat dari segi fizikal, malah rohani mereka juga. Benarlah, tidak seorang pun dari tenteranya yang mengingkari perintahnya. Maka keluarlah al-Fateh dr khemah, dan memuji tenteranya dan menerangkan kepda mereka maksud sebenar.

Mampukah tentera kita menyaingi kehebatan tentera Islam di zaman al-Fateh?

  
Jangan hanya berani melanggar larangan Allah, memakan benda haram..

 
 
 
Tentera Yahudi pun tidak sanggup makan anjing dan katak


Monyet dipanggang. 

Nurul Amni.

KISAH PEMUDA YANG DI TUNDA KEMATIAN

 Bagaimana boleh ditunda kematiannya? Ingin tahu kenapa, mari kita baca di bawah.
KISAH PEMUDA YANG DI TUNDA KEMATIAN

Kematian memang di tangan Allah. Tetapi mempercepat dan melewatkan kematian adalah hak Nya juga. Maka ada satu perkara yang boleh membuat kematian menjadi sesuatu yang boleh ditunda. bagaimana caranya dan mengapa boleh terjadi?

Kisah ini benar-benar terjadi pada masa kenabian Ibrahim a.s. Suatu hari, Malaikat Kematian mendatangi Nabiyallah Ibrahim, dan bertanya, “Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?”

“Yang anak muda tadi maksudnya?” tanya Ibrahim. “Itu sahabat sekaligus muridku.”

“Ada apa dia datang menemuimu?”
“Dia menyampaikan bahawa dia akan melangsungkan perkahwinannya esok pagi.”
“Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai esok pagi.” Selesai berkata seperti itu, Malaikat Kematian pergi meninggalkan Nabiyallah Ibrahim. Hampir saja Nabiyallah Ibrahim tergerak untuk rriemberitahu anak muda tersebut, untuk menyegerakan perkahwinannya malam ini, dan memberitahu tentang kematian anak muda itu bsok. Tapi langkahnya terhenti. Nabiyallah Ibrahim memilih kematian tetap menjadi rahsia Allah.

Esok paginya, Nabiyallah Ibrahim ternyata melihat dan menyaksikan bahwa anak muda tersebut tetap boleh melangsungkan perkahwinannya.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, Nabiyallah Ibrahim malah melihat anak muda ini panjang umurnya.
Hingga usia anak muda ini 70 tahun, Nabiyallah Ibrahim bertanya kepada Malaikat Kematian, apakah dia berbohong tempoh hari sewaktu memberitakana bahawa anak muda itu umurnya tidak akan sampai bsok pagi?
Malaikat Kematian menjawab bahawa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, tapi Allah menahannya.

“Apa sebab yang membuat Allah menahan tanganmu untuk tidak mencabut nyawa anak muda tersebut, dulu?”

“Wahai Ibrahim, di malam menjelang perkahwinannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut, hingga engkau masih melihatnya hidup.”

Kematian memang di tangan Allah. justeru itu, mempercepat dan melewat kematian adalah hak Allah. Dan Allah memberitahu pada kalam Rasul-Nya, Muhammad shalla `alaih bahawa sedekah itu boleh memanjangkan umur. jadi, bila disebut bahawa ada sesuatu yang boleh menunda kematian, itu adalah…sedekah.

Maka, tengoklah kanan-kiri anda, lihat-lihatlah sekeliling Anda. Bila Anda menemui ada satu-dua kesusahan di depan mata anda. maka sesungguhnya andalah yang perlupertolongan. Kerana siapa tahu kesusahan itu diperlihatkan oleh Allah untuk memperpanjang umur anda.

Cuma apakah anda bersedia menolongnya atau tidak. Bila bersedia, maka kemungkinan besar memang Allah akan memanjangkan umur Anda.

Saudara-saudaraku sekalian, tidak ada seorang pun yang mengetahui bila ajalnya akan sampai. Dan, tidak seseorangpun yang mengetahui dalam keadaan apa ajalnya tiba. Maka mengeluarkan sedekah bukan saja akan memanjang umur, malah juga memungkinkan kita meninggal dalam keadaan baik.
Bukankah sedekah akan mengundang cintanya Allah? Sedangkan kalau seseorang sudah dicintai oleh Allah, maka tidak ada masalahnya yang tidak diselesaikan, tidak ada keinginannya yang tidak dikabulkan, tidak ada dosanya yang tidak diampunkan, dan tidak ada nyawa yang dicabut dalam keadaan husnul khatimah.

Mudah-mudahan Allah berkenan memanjangkan umur, sehingga kita semua berkesempatan untuk mendapat keampunan Allah dan mengubah segala kelakuan kita, sambil mempersiapkan kematian pada masa mendatang.
copy: Azwar Momoi di  SAHABAT ISTIMEWA 
Nurul Amni.