Monday, 2 May 2011

Berselimpuh Di Atas Sejadah Lusuh.... Satu Perjalanan........

Wahai Tuhan ku...
Maafkanlah dan ampunilah segala dosa-dosa ku
Sekalipun aku tidak pernah serik berbuat demikian
Nikmat dunia ini sering mengabui pandangan ku

Wahai Tuhan...
Dunia ini sering ngajak ku peleseran
Dan selalu aku tewas dan hanyut di dalamnya
Sehingga ada ketika tidak terkawalkan nafsu duniawi

Wahai Tuhan pemilik seluruh alam
Nafsu yang kekadang menghilangkan kelazatan iman
Mengajuk ku untuk polos berbuat kemungkaran
Acapkali menitipkan titik-titik hitam pada pakaian taqwa ku

Kerana nafsu sering singgah mendatangi
Tidak pernah jemu dan kenal putus asa
Mendekati ku untuk memutikkan kealpaan
Menjauhi aku mengingati Mu...

Wahai Tuhan...
Untuk kesekian kalinya
Sama seperti semalam dan sebelumnya
Aku mendatangi Mu dalam kepayahan ini
Bersimpuh di sejadah lusuh ini

Aku ingin menangis di hadapan Mu ya Rabb...
Mengharap segala dosa ku ini Engkau balasi dengan azab dunia
Kerana aku yakin bahawa aku tidak akan tertanggung
Pedihnya azab seksaan Mu di akhirat kelak

Wahai Tuhan ku...
Bersimpuh di atas sejadah lusuh ini
Sungguh aku lebih menginginkan
Agar Engkau melepaskan aku dari kedua-duanya
Kerana aku yakin Engkau tidak menutup pintu taubat untuk ku...


copy from : Ibu Nora.

Nurul Amni.

Perkara Yang Menghairankan :-

saya hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati,
tetapi masih ketawa.

saya hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa,
tetapi masih mencintainya.

saya hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir,
tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

saya hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan,
tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

saya hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka,
tetapi masih melakukan dosa.

saya hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin,
tetapi masih mengingat selainNya.

saya hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya,
tetapi masih mahu mematuhinya.

wallahualam~~~~

copy from: Daus Zamri.

Nurul Amni.

Jangan Kedekut Memberi Ilmu

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.”Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi

Huraian
1. Islam sangat menghargai ilmu dan ulama (ilmuwan), sehingga kedudukan ilmu dan ulama sangat tinggi dan mulia dalam parameter Islam. Allah S.W.T telah berfirman: "... nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat..." (Al Mujaadalah [58]:
2. Kerana kedudukan ilmu yang sedemikian tingginya, maka Islam mewajibkan umatnya untuk mempelajari ilmu, sehingga diharapkan mereka bekerja berdasarkan ilmunya, bukan sekadar mengikuti seseorang tanpa tujuan
3. Berjihad dalam ilmu maksudnya ialah bersungguh-sungguh membentuk masyarakat dari segi ilmu pengetahuan dan peradaban yang berguna serta memberikan gambaran yang betul tentangnya tanpa merasa iri hati atau tamak kerana orang yang memberikan ilmu berupa petunjuk akan dikurniakan balasan pahala dan kebaikan sama seperti orang yang mengamal ilmu tersebut.

Anis.

Tetap Pendirian

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.”Riwayat Ahmad

Huraian
1. Maksud istiqomah ialah tetap teguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah S.W.T.

2. Dasar istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah dalam erti kata takut, cinta, tawakkal dan mengagungkan Allah maka seluruh anggota tubuh akan taat kepadanya. Ini ialah kerana hati adalah raja kepada badan manakala anggota badan adalah rakyatnya.

3. Anggota terpenting selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah kerana lidah adalah terjemahan hati yang menggambarkan pemikiran seseorang.


Nurul Amni.

Jika Benar Umatnya...

Bismillahirrahmannirrahim...

Jika benar umatnya
Kembalilah kepada fitrah
Menjadi hamba Allah swt
Menyerah diri kepadaNya

Jika benar adalah umatnya
Kembalilah kepada Al-Quran
Dan berpegang kepadanya
Dan ikutilah sunnah Nabi saw

Cukuplah untuk bersikap hipokrit
Mempersenda Allah swt dan rasulNya
Tatkala al-Quran dan sunnah semakin
Di hakis oleh sifat munafik

Bukan demikian cara
Mempera ku diri umatnya
Tatkala islam hanya ibarat sampah
Semakin hilang dari sanubari

Mengapa begini jadinya umat
Meski telah di wasiat dua harta
Yang tidak akan sesat selama
Al-Quran menjadi pegangan
Sunnah menjadi ikutan

Lalu kemana tujunya umat ini
Semakin susut kekuatan
Semakin hilang kemuliaan
Di ratah kesucian setiap incinya

Jika benar umatnya
Lalu kemana hilangnya sifat kepedulian
Kemana perginya karisma yang menyinar
Gah gemilang tercampak keluar

Ayuh kembalilah
Bangkitkanlah jiwa yang lena
Jika benar umatnya
Bina kembali kerangka Islam itu
Dari pasak hati yang menyatu

Jika benar umatnya
Kembalikan Islam itu wajar
Pada tempatnya....

ALLAHUAKHBAR!...

copy from: Ibu Nora

Anis.

Kasihanilah Kaum Adam..

Sekuat-kuat lelaki boleh ditipu oleh sebodoh-bodoh wanita. Begitulah nisbah hebat dan kuatnya kuasa wanita dalam menundukkan lelaki. Sekuat mana pun lelaki selalunya kalah oleh kata-kata lembut sang wanita. Seorang lelaki boleh menangis apabila ditinggalkan oleh seorang wanita, padahal dia terkenal perkasa. Di medan pertempuran dia boleh membunuh begitu ramai musuh, tetapi berhadapan dengan wanita, hatinya boleh tunduk dan bahasa yang digunakan turut lunak.



Demikianlah hebatnya wanita. Anda amat berkuasa dan amat perkasa.



Tolonglah gunakan kekuasaan dan kehebatan anda itu untuk membantu membangunkan lelaki. Jangan gunakan kekuasaan anda itu untuk menjatuhkan lelaki. Lelaki pasti kalah oleh pujuk rayu, apatah lagi tatkala nafsunya sedang bergejolak, atau rasa kecintaannya sedang memuncak, dia memang sanggup lakukan apa sahaja untuk membuktikannya.



Kejayaan seseorang lelaki biasanya dikaitkan dengan seseorang wanita di sisinya; mungkin isteri, mungkin ibu, mungkin anak, mungkin kakak, mungkin makcik. Kemusnahan seseorang lelaki juga biasa dikaitkan dengan seorang wanita, mungkin pada kedudukan-kedudukan yang serupa.



Jika anda cantik dan pandai memujuk rayu, gunakanlah kecantikan anda dan kelebihan yang dianugerahkan ALLAH itu untuk membantu memperkasakan lelaki. Lelaki memang sudah sedia kalanya perkasa, tetapi dia boleh menghalakan keperkasaannya itu untuk membina sejarah keagungannya dengan sokongan anda. Sebaliknya dia juga boleh mencipta sejarah kedunguannya dengan peranan yang anda mainkan.



Lelaki dikurniakan lebih akal tetapi kekurangan nafsu. Dia hanya ada satu nafsu dan sembilan akal, tetapi nafsu yang satu itu selalu gagal dipelihara. Maka itu lelaki lebih mudah liar berbanding wanita. Wanita pula, dek terlalu banyak nafsu dia boleh memecah-mecahkan atau mencabang-cabangkannya kepada pelbagai hal. Dia boleh bernafsu terhadap barang-barang kemas, baju cantik, perabot, kereta, rumah dan berbagai-bagai lagi. Jadi, untuk setiap cabang darjahnya sudah tidak setinggi lelaki. Dia mungkin bernafsu kepada semua benda tetapi dia tidak mudah musnah oleh semua benda.



Nafsu lelaki biasanya lebih tertumpu pada keghairahannya terhadap wanita. Sebab itu kita akan lihat lelaki biasanya tidak kisah dengan berapa helai pakaian yang dimilikinya, tidak begitu kisah dengan hiasan rumahnya, sebab nafsunya ke arah itu tiada. Tetapi sebut syahwat, lelaki akan terus terangsang sebab yang satu itu memang sentiasa arahnya ke sana. Tiada cabang-cabang, tiada pecahan-pecahan.



Maka itulah lelaki walau sekuat mana apabila digoda wanita cantik biasanya runtuh. Kadang-kadang wanita yang menggodanya bukanlah cantik sangat, tetapi nafsunya selalu terpesona oleh kata-kata yang lunak, suara yang sedap didengar, kenyitan mata yang bercahaya dan bermacam-macam lagi. Nafsunya tidak dapat membezakan antara syahwat yang betul dengan syahwat yang tidak betul, lantaran dia hanya mempunyai satu nafsu.



Lelaki tua boleh naik ghairah hanya melihat seorang kanak-kanak. Kadang-kadang dek terlalu ghairah dia gagal membezakan antara haiwan dengan manusia. Pernah terjadi lelaki mengembiri haiwan. Banyak sungguh onar yang boleh dilakukan oleh para lelaki. Ternyata mereka selalunya gagal memberi penalaan yang betul terhadap nafsu mereka walaupun hanya satu.



Oleh itu, wahai wanita, kasihanilah makhluk lelaki. Mereka itu lemah dalam perkasa. Usah digoda mereka, nanti dia terlupa anak isterinya di rumah, ibunya di kampung malah dirinya sendiri yang sudah bergelar lelaki tua.

------

Perkongsian dari perkongsian..

Nurul Amni.

KERANA MULUT MANUSIA..~

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, ‘Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki.”

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, “Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu.”

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, “Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyeksakan himar itu.”

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, “Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai.”

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, “Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu.”

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, “Wahai anakku, tuntutlah REZEKI YANG HALAL supaya kamu TIDAK menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (IMAN) tentang agamanya, lemah akalnya (MUDAH TERTIPU DAN DIPERDAYA ORANG) dan HILANG kemuliaan hatinya (KEPERIBADIANNYA), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang SUKA MERENDAH-RENDAH dan MERINGAN-RINGANKANNYA."


copy from: Haslinda Alias

Anis.