Friday, 6 May 2011

Selamat Hari Bapa

Abi, Walid, Dady, Ayah, Bapa, Father, Ba ba, dan lain-lain lagi. Apa saja gelaran yang diberi Selamat Hari Bapa saya ucapkan kepada semua kaum Adam yang telah menjadi bapa dan juga bakal menjadi bapa.

Ada Hari Ibu, Hari Bapa.
Bagi saya ibu atau ayah mereka tetap sama. Hari ini kita kena balas balik semua pengorbanan dan jasa mereka pada kita kerana kita juga dah jadi bapa dan mempunyai anak. Tentunya kita jugak mahu anak-anak kita jadi manusia yang tahu membalas budi dan berjasa pada kedua ibubapa.

Dari semenjak kita lahir sehingga la kita dewasa dan seterusnya bekerluarga. Tidak terbalas jasa mereka ini jika ingin kita kirakan. Jangan kita sesekali menderhaka kepada kedua ibu bapa kita.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: Adakah kalian mahu ku beritahu tentang dosa-dosa yang besar? Para sahabat menjawab: Kami mahu, ya Rasulullah. Rasulullah bersabda: Menyekutukan Allah dan derhaka kepada ibu bapa.
Riwayat Bukhari & Muslim


Allah berfirman yang bermaksud: Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkan kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”.
Surah al-Israk ayat 23-24


Ingatlah kasih sayang yang paling ikhlas ialah kasih sayang terhadap kedua ibubapa. Anak yang soleh dan soleha dituntut membalas mereka dengan adab dan akhlak yang baik. Bukan wang ringgit yang menjadi harapan mereka ini, cukuplah dengan seulas senyuman dan kata-kata yang lembut lebih berharga dari wang beribu ringgit.

Ambil la kesempatan yang ada ini sementara anda masih lagi mempunyai ibu dan ayah, hargai la merka dengan penuh kasih sayang. Bagi yang telah tiada doakankan la untuk kesejahteraan meraka, sesungguhnya amalan yang berterusan untuk kedua ibu bapa ialah doa dari anak-anak yang soleh dan soleha.

Buat ayah ku tercinta Tuan Haji Atan Haji Mahmod, terima kasih kerana telah membesarkan diriku serta memberikan pendidikan yang terbaik untuk diriku. Pengorbanan mu sungguh besar, tidak terbalas jasa mu dengan wang ringgit. Terima Kasih Ayah.


Anis.

Hari Ibu

Apabila seorang wanita telah melakukan sembahyang lima waktu,
berpuasa pada bulan ramadhan,
menjaga maruahnya dan mentaati suaminya,
maka dia diakhirat akan disuruh untuk masuk kedalam syurga melalui pintu mana yang dia sukai-hadis riwayat al-Bazzar.

Tangan yang menggoncang buaian boleh menggoncang dunia.
kalau tangan itu baik,akan bersemaraklah dunia dengan keamanan,
tetapi kalau tangan yang menggoncang itu memang jahat, kelak anak itulah yang akan menggegarkan dunia dengan kemungkaran.

Perempuan itu penting dalam hidup lelaki. Jika tidak, Allah S.W.T tidak akan menjadikan Hawa dari tulang rusuk nabi Adam a.s untuk memenuhi rasa kesunyiannya bersendirian disyurga. Namun dalam bentuknya yang lemah, wanita memerlukan lelaki yang dapat membimbingnya kearah kesempurnaan.

Islam memberikan beberapa kelonggaran kepada wanita dalam soal beribadah kepada Allah s.w.t. Cukup dengan bersyahadah, menunaikan solat lima waktu, berpuasa dibulan ramadhan. Malah dalam dalam keadaan tertentu seperti kedatangan haid dan nifas, perempuan boleh meninggalkannya. Malahan haram pula jika melakukannya.

Perempuan tidak perlu solat berjemaah untuk mendapatkan pahala solat jemaah, cukup sekadar mendidik anak-anak (jika sudah berkeluarga) dirumah dan redha dengan pemberian suaminya.

Perempuan juga tidak akan disentuh api neraka jika ikhlas berkhidmat kepada suaminya dan keluarganya, serta memelihara kehormatan dirinya dan harta suaminya.

Perempuan juga mempunyai keistimewaan dengan kuasa pujukan. Kehebatan wanita dalam pujuk memujuk memang tidak dapat disangkalkan lagi. Siti Khadijah dapat memujuk Rasulullah ketika baginda menggigil ketakutan pertama kali bertemu dengan Jibril digua Hira'. Jangan ada yang menggunakan keistimewaan ini untuk jalan maksiat pula.

Perempuan juga mempunyai kecantikan dan kuasa layanannya. Kecantikan dan kelembutan wanita dapat memujuk suami ke jalan kebaikan. Insyaallah. Apalagi dengan layanan yang baik, pasti dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik itu perlu disalur kepada orang yang berhak, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah, malah keinginannya juga mudah dipenuhi.

Doa perempuan lebih makbul kerana sifat penyayangnya. Sebuah hadis bermaksud,
"Doa ibu itu lebih cepat makbul."
"Kenapa ya Rasulullah?"jawab baginda,
"Iibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan disia-siakan."

Ketaqwaan juga lebih mudah diperolehi perempuan kerana kehalusan budinya adalah benteng baginya dari melakukan dosa berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya dihabiskan diluar yang penuh dengan godaan, cubaan dan ujian.

Sekuatmanapun lelaki, mereka juga datang dari rahim seorang perempuan. Dikandung, dilahirkan, menatih, mendidik dan memelihara hingga dewasa. Tetapi kemuliaan wanita itu harus dengan taat pada kaum suami.

"Perempuan yang taat akan suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighafar baginya selama mana dia masih taat pada suaminya dan diredhainya(serta menjaga sembahyang dan puasanya)"
Maka jagalah perbuatan dan percakapan kita agar kita tidak nusyuz kepada suami.

"Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya."

Dengan begini hebat anugerah Allah kepada kaum wanita, peliharalah dengan sebaik-baiknya kerana sekali Allah mencabut kemuliaan itu, perempuan akan menjadi amat hina sehingga tiada tempat yang lebih layak baginya kecuali neraka. Na'uzubillah himinzaalik.

Kepada saudari yang belum berumah tangga, taatilah dan peliharalah hati kedua ibubapa kita kerana saudari adalah penawar kepada mereka. Tetapi juga mampu menjadi racun kepada mereka jika tidak menjaga pertuturan terhadap mereka.


Pada hari ini, 8 haribulan Mei 2010, sempena sambutan hari ibu, saya ingin memesan kepada semua dan diri sentiri agar menjaga batas-batas ugama kita dengan sempurna agar dapat menjadi wanita solehah dan menjadi anak yang baik. hargailah kedua ibubapa yang memelihara kita sejak kecil sehingga dewasa dengan penuh kasih sayang.

Walaupun arwah ibu saya telah kembali ke rahmatullah enam tahun lalu,namun saya merasa seolah-olah baru semalam dia pergi meninggalkan kami. Alangkah rindunya hati bila mengingati betapa besarnya pengorbanan ibu sepanjang hayatnya.

Saya masih lagi merindui Karipap buatan tangannya,
Saya masih lagi merindui nasi dagang dari air tangannya,
Saya masih rindu untuk memeluk dan mencium tangannya.

Dan untuk para ibu....
Janganlah abaikan tanggungjawab memasak untuk suami dan anak-anak kerana itulah sentuhan perasaan yang paling mengeratkan kasih sayang antara keluarga.

Semoga arwah ibu saya ditempatkan di syurga paling atas. Amin....

SUBHANALLAH (INFO PENTING)

♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫♫♫•*¨*•.¸¸

˙·٠•●❤ 03hb Ogos 2012 ( bersamaan 15 Ramadhan, Jumaat )
Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012...
1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai
iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012
bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat.

˙·٠•●❤ Sama dengan satu hadis Nabi SAW
tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam
pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini.
Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur...

˙·٠•●❤ Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit,
bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 sahaja.

˙·٠•●❤(Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yang yang dikenali planet X akan melintasi bumi )

Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu?
Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012??
Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..
Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dalam golongan yang dilindungi Allah..

˙·٠•●❤ Jika mati biarlah kita mati dalam Islam dan beriman..
Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..

˙·٠•●❤Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sabdanya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itu..''Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? "Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan,pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat,tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)


ƸӜƷ¸¸.•¨¯`• Wallahua'lam..sama-samalah kita bertaubat kepadaNya..ƸӜƷ¸¸.•¨¯`•

♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫♫♫•*¨*•.¸¸

copy from: Chenta Iman
Anis.

5 NASIHAT BERGUNA UNTUK INSAN CEMERLANG

1. Sebelum kamu mencabut pohon keburukan pada orang lain, carilah pohon kebaikan dan siramilah ia.

2. Tiap orang bersikap lemah lembut, maka ia akan menjadi hiasan bagi dirinya. Jika lemah lembut sudah tercabut dari seseorang maka ia akan menjadi noda cacat bagi dirinya.

3. Kamu akan selalu melihatku tersenyum.

4. Optimislah dan berbaik sangkalah kepada orang lain. Beri mereka semangan agar mereka lebih dapat optimal.

5. Tidak semua yang diinginkan seseorang dapat terlaksana. Angin berhembus tidak seperti yang diinginkan oleh perahu.
 
copy from: Tengku Zariq Iskandar
Anis.

Adakala...

Adakala, lidah terlalu tajam mengguris, adakala mulut terlalu ringan menutur, maaf ku wahai sahabat sekiranya ada kata-kata ku yang telah mengguris. Bukan niat ku, tetapi sememangnya sukar untuk hanya menuturkan hanya perkara-perkara yang betul-betul bermanfaat.

Sekali lagi, ribuan kemaafan di pohon, andai ada kesilapan yang telah aku lakukan, mungkin, adakala, aku sentiasa memikirkan kalian sama seperti ku, tidak begitu ambil kisah dengan perkara-perkara kecil, dan menganggapnya sebagai gurauan. Tetapi, aku memahami, setiap orang berbeza, sekiranya ada yang mengguris perasaan, maafkan aku.

Aku hanya manusia biasa, yang pastinya akan melakukan kesalahan, tegurlah jika aku melakukan kesalahan, agar aku mampu memperbetulkannya. Janganlah memperkatakannya di belakang ku, kerana ia tidak bermakna apa-apa bagi ku, tegurlah, kerana aku sentiasa ingin berubah untuk menjadi yang baik.. sebelum aku mampu menjadi yang lebih baik....
 
copy from: Ibu Nora
Anis.

MUHASABAH CINTA

(¯`♥´¯) .♥q✿r♫m¤.•¨`*♫ ✿ ܓ
´*.¸.•´♥`MUHASABAH CINTA
●/
/▌♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤q✿r♫m¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥
/ \ ♥ Jangan bimbang andai diri kita tidak RUPAWAN,
........tapi bimbanglah andai AKHLAK kita jadi murahan. ♥
♥ Jangan bimbang andai kita belum berPASANGAN,
...tapi bimbanglah andai kita belum mendapat CINTA daripada Allah. ♥
...♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤q✿r♫m¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥
 
 
copy from: Qushairi Rhys Meyer
 
Nurul Amni.

Hadiah Malam Jumaat.


Pengalaman Salih Al Maizy.
Pada suatu malam, bertepatan malam Jumaat Salih Al Maizy pergi ke masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih Al Maizy duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing.

Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Salih Al Maizy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.

Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan sapu tangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan.
Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.

Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa. Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.

Tapi sebelum dia masuk, Salih Al Maizy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah, Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa?" tanya Salih Al Maizy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu ?" tanya Salih Al Maizy lagi. Si pemuda menerangkan bahawa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar.

Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.

Salih Al Maizy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya supaya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat-sifat ibunya. Kemudian Salih Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Salih Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari, beliau pun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya.

Ibunya menangis mendengar keterangan Salih Al Maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzakh. Kemudian ia berkata :"Wahai Salih, Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku.

Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya." Salih Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.

"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Salih Al Maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untuknya selama aku masih hidup."

Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak ada satu sen pun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.

Pada suatu malam Jumaat selepas itu, Salih Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gembira.

Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata : "Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu." "Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Salih Al Maizy.

"Ya, Tahu."jawab pemuda itu. "Apa tandanya ?" tanya Salih Al Maizy lagi. "Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat." jawab si pemuda.

Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gembira kerana si pemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.
 
copy from: Shafie Shah
Anis.