Wednesday, 12 October 2011

...:::::ANUGERAH AKAL:::::...

 Marilah kita membaca apa yang tertulis di bawah dari penat nak memikirkannya ya.
...:::::ANUGERAH AKAL:::::...

Suatu kisah di mana Jibril a.s telah datang kepada Nabi Adam a.s lalu berkata: Kedatanganku kali ini membawa tiga perkara, maka pilihlah satu diantara ketiga-tiganya.

Nabi Adam a.s menjawab: apakah tiga perkara itu wahai Jibril?

Jibril a.s menjawab: pertama akal, kedua agama dan ketiga malu.

Nabi Adam a.s menjawab: pilihanku ialah akal.

Maka Jibril a.s pun berkata kepada “agama” dan “malu”: pergilah kamu berdua kerana Adam telah memilih akal.

Kedua-duanya kemudian menjawab: kami berdua mendapat perintah untuk mendampingi akal di mana sahaja ia berada.
 copy: Adi Midi Kssbrposted todi posted topelangi senja
Nurul Amni.

Terimanya Seadanya

Rasanya tak susah tuk menerima seseorang itu seadanya bukan?






Terimalah seseorang itu sebagai teman mahupun pasangan dengan seadanya. Jangan terlalu melihat pada kesempurnaannya dalam membuat pilihan di jiwa, kerana bimbang seandainya terlalu bergantung pada kesempurnaannya, kelak jika diri mengetahui kekurangannya, jiwa tidak mampu lagi menerimanya. Terimalah seikhlas hati dalam membina ukhwah sesama saudara, kerana kita semua tidaklah sempurna..
(Kiriman dari seorang sahabat untuk sahabat)

>>>>> ♥ Jannati Baiti ♥ <<<<<

copy: http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=255110581193814&id=100000846231755&cmntid=261932287178310#!/photo.php?fbid=180639132016780&set=a.165751853505508.43755.100002120824907&type=3&theater

Nurul Amni.

10 Wasiat Rasulullah kepada Fatimah

Ada 10 wasiat Rasulullah kepada puterinya Fathimah binti Rasulillah. Sepuluh wasiat yang beliau sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya bila kemudian dimiliki oleh setiap isteri solehah.
Iaitu:
1. Ya Fathimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan, dan meningkatkan darjat wanita itu.
‎2. Ya Fathimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka sejauh tujuh tabir pemisah.
3. Ya Fathimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.
4. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang menahan keperluan jiran tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.
5. Ya Fathimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri. Andaikata suamimu tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fathimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.
6. Ya Fathimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. 
Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Didalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan bahagian dari taman syurga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah Haji dan Umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.
7. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah Haji dan Umrah.
 8. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.
9. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
10. Begitu indah menjadi wanita, dengan kelembutan dan kasihnya dapat merubah dunia Jadikanlah diri-dirimu menjadi wanita solehah, agar negeri menjadi indah, kerana dirimu adalah tiang negeri ini.         
copy: Azwar Momoi  di SAHABAT ISTIMEWA
Nurul Amni.
 

Saling

Saling lah kita kerana Allah.






Oleh itu jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki... Itu bukan kemuliaan bagimu...Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja...

Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga...seindah hiasan adalah wanita solehah....♥

copy: http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=255110581193814&id=100000846231755&cmntid=261932287178310#!/photo.php?fbid=180731285340898&set=a.165751853505508.43755.100002120824907&type=3&theater

Nurul Amni.

HASSAN AL-BASRI SEWAKTU REMAJANYA...

 Mengapa dengan masa remaja Hassan Al-Basri? Apa yang berlaku?
 HASSAN AL-BASRI SEWAKTU REMAJANYA...

Hassan al-basri sewaktu remajanya, adalah seorang bangsawan yang mewah dan suka berfoya-foya.
Suatu hari ketika berjalan-jalan di kota Basrah, dia terpandang seorang perempuan cantik dengan sepasang mata yang sangat menarik.

Datanglah rasa ghairahnya sehingga tanpa sedar kakinya terus mengekori si cantik itu.
Perempuan itu sedar ada orang mengekorinya, lalu menoleh kepadanya; "Tuan terus mengekori saya, apakah tuan tidak malu?"

Haasan pun menoleh kiri dan kanan dan mendapati tiada siapa di situ.
"Nak malu pada siapa? Bukan ada orang melihat." katanya.
"Sekalipun pada Allah yang Maha Mengetahui khianatnya mata dan apa yang tersembunyi di sebalik dada." kata perempuan itu.

Hassan terkedu mendengarnya tetapi kerana tak mampu melawan nafsunya, dia tetap mengekori perempuan itu.
"Mengapa tuan masih mengikut saya?"
"Saya tertarik dengan dua matamu yang cantik"
"Baik, tuan tunggulah di sini. Biarlah saya pulang dahulu dan akan saya hantarkan apa yang tuan mahu" kata perempuan itu.

Hassan pun menunggu dengan rasa berdebar-debar.
Tidak lama kemudian, datang seorang pembantu perempuan tadi menghulurkan suatu kotak berbalut sapu tangan.
" Tuan, ini tuan saya kirimkan untuk tuan."

Dengan rasa amat gembira, Hassan pun membuka kotak itu.
Alangkah terkejutnya apabila di dapati dua biji mata yang berlumuran darah.

"Perempuan yang tuan ekori tadi ialah majikan saya. Dia berpesan, dia tidak mahu memiliki mata yang membawa fitnah atas orang lelaki. Dia mengirim mata ini agar tuan boleh menikmati dan terbebas dari godaan itu. Ambillah tuan."

Menggigil tubuh Hassan al-Basri dengan peristiwa menyayat hati ini. Semalaman dia menangis bertaubat kepada Allah.

Keesokan harinya, Hassan pun pergi ke rumah perempuan tadi untuk meminta maaf tetapi menurut jiran berdekatan, perempuan itu telah meninggal kerana terlalu sedih akan dosanya.

Terketar-ketar Hassan mendengarnya, rasa bagaikan hendak tumbang.
Menangislah dia selama tiga hari di rumahnya.
Pada akhir malam yang ketiga itu, Hassan telah bermimpi melihat perempuan tersebut sedang duduk di taman syurga.

"Wahai tuan, dari dulu lagi saya telah memaafkan perbuatan tuan yang tak senonoh itu, kerana dari perbuatan tuan saya akhirnya duduk mulia di hadapan Allah."

Jawab Hassan " Kalau benar engkau maafkan saya, berilah saya nasihat agar saya menjadi orang soleh."

"Bertaubatlah waktu tuan sedang bersendirian atau ketika banyak orang. Ingat ALLAH dan berzikirlah bersungguh-sungguh pagi dan petang, beristighfarlah."

Hassan Al-Basri pun mengamalkan nasihat itu. Beliau akhirnya dikenali sebagai wali yang zuhud, taat dan termasyur kerana memiliki budi pekerti yang mulia.

Begitulah sejarah mempamerkan kehebatan wanita yang beriman.
Takut dengan murka ALLAH, maka sanggup di leraikan dunia yang membawa fitnah ke atas kaum lelaki.

Benarlah ayat ALLAH

Tundukkanlah pandanganmu terhadap yang bukan muhrim kerana sering berlaku "panahan syaitan" di mata.
 copy: Muhammad Firdaus ‎di SAHABAT ISTIMEWA
 Nurul Amni. 

::~* Renungan Hati Muslimah Solehah *~::

 Renungan? Erm... marilah kita lihat di bawah.
 

(¯`v´¯)♥:(¯ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ♥♥ (¯`v´¯) ♥♥ `•.¸.•
silahkan d tag atau d copy yg merasa ingin... ^_^
dibantu ya untuk berbagi tag dgn teman yg Lain :)
semua hanya milik Allah, admin hanya menyampaikan untuk pembelajaran bersama ^_~
maaf dari admin karena tidak dapat membantu tag..

♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•

... السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
(♥)(♥)♥)(♥)(♥)♥)(♥)(♥)♥)(♥
)(♥)

intropeksi diri

Setiap orang ingin bahagia dalam hidupnya dan selalu mencarinya. Namun, tidak ramai yang mengetahui apa yang dapat membuat dirinya bahagia. Bagi orang yang cintakan harta, mereka menyangka bahawa dengan banyak harta dia akan bahagia. Padahal dia salah. Dia tidak tahu bagaimana caranya bahagia.

Begitu pun orang yang datang ke pengajian. Dia mencari kebahagian dengan datang ke majlis ta'lim kerana menganggap bahwa dengan ilmu dan dzikir, dia akan bahagia. Jadi, beragam cara yang dilakukan orang untuk bahagia. Dunia, dan seluruh isinya diperintahkan Allah untuk membahagiakan kita.
Kalau dirumuskan, orang yang paling bahagia sama dengan orang yang paling kukuh imannya. Orang yang belum yakin kepada Allah, akan berat hidupnya. Jadi, bahagia berbanding lurus dengan kekuatan iman. Sebagaimana yang pernah disabdakan Rasulullah, bahwa orang yang beriman adalah makhluk ajaib. Dia tidak pernah rugi. Jika mendapat kesenangan, bersyukur. Jika mendapat musibah, bersabar. Demikian pula makin kukuh imannya, akan semakin bagus pula akhlaknya. Dia tidak akan sembarangan berperilaku, tidak bertindak tanpa berfikir. Iman yang kuat akan melahirkan akhlak yang baik, begitu juga prestasi terbaik.

Pupuk iman adalah ilmu. Dan ilmu akan semakin berkah jika diamalkan. Apalagi jika diamalkan dengan ikhlas, itulah rumus menjadi bahagia. Janji Allah kepada orang seperti ini adalah dia akan diberikan jalan keluar, dan dicukupi keperluannya dari jalan yang tidak disangka-sangka.

Satu lagi ciri orang yang bahagia adalah tingkat tawakalnya yang luar biasa kepada Allah. Semakin kuat tawakal akan keyakinan seseorang, tentu Allah semakin mudah menolongnya. Jadi, untuk menjadi orang yang bahagia, kita harus berani introspeksi diri.

Sejauh mana kita gigih mencari ilmu. Sejauh mana pula kita mengamalkan setiap ilmu yang kita dapatkan. Dan, sejauh mana tingkat keikhlasan dan tawakal kita kepada Allah. Semuanya terpulang pada diri kita sendiri.

ღ☆ღ*¨*¤*ღ☆ღ*¨*¤.¸¸::♥ Al-Madinatul Siti Munawwaroh II
... http://facebook.com/almadinatulsiti :♥::.¸¸.¤*¨*ღ☆ღ¸.¤*¨*ღ☆ღ

Wallahu a’lam bish shawwab

♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥: :♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥
(´'`v´'`) Smoga artikel Singkat ini memberikan manfaat.
`•.¸.•´♫¤*¨*ღ☆ღ*¨*¤.¸¸.¸¸.¤*¨*ღ☆ღ*¨*¤¤*¨*ღ
.¸.•´¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ ♥♥SALAM UHIBBUKUM FILLAH ♥ Aamiin ya Robbal 'alamiin ♥♫♥♫
♫•*¨*•.¸ﷲ¸.•*¨*•♫♥:♫*ღ☆ღ*¨ *¤.¸¸.¸¸.¤*¨*ღ☆ღ*♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ•♫

gabung yuk di page kami :

♥ ƸӜƷ Mencintai Allah Untuk Mendapat Cinta Karena-Nya ƸӜƷ
http://www.facebook.com/pages/%C6%B8%D3%9C%C6%B7-Mencintai-Allah-Untuk-Mendapat-Cinta-Karena-Nya-%C6%B8%D3%9C%C6%B7/252363424793265


♥ ::~* Renungan Hati Muslimah Sholehah *~::
http://www.facebook.com/pages/-Renungan-Hati-Muslimah-Sholehah-/144680842272216

♥ ღღ Ikatan Remaja Mesjid Al-Ikhlas ﷲ Sri Utama ღღ IRMAS ღღ

http://www.facebook.com/pages/%E1%83%A6%E1%83%A6-Ikatan-Remaja-Mesjid-Al-Ikhlas-%EF%B7%B2-Sri-Utama-%E1%83%A6%E1%83%A6-IRMAS-%E1%83%A6%E1%83%A6/219477358072345

atau kunjungi blog kami

http://www.blogger.com/profile/02986777209753016513

silahkan berbagi kisah islami yang dapat kami postingkan, kirim kisah islami antum ke inbox admin...
 
 
Nurul Amni.

Sunday, 9 October 2011

Perbanyakkan Selawat

Mari kita lihat apa di bawah


‎*Perbanyakkan selawat...

Nabi Muhammad saw berpesan, “Sesungguhnya orang yg paling dekat denganku pada Hari Kiamat adalah orang yg paling banyak berselawat kepadaku.”
-[Al-Nasai dan Ibnu Hibban ]-

Firman Allah Taala yg bermaksud: ” Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”
-[surah al-Ahzab ayat 56]-

Lihatlah rupanya..semua malaikat pun berselawat kepada Nabi Muhammad saw.
Jom kita amalkan sama-sama...^___^**




copy from: Rien As-Syuhadah

Nurul Amni.