Tuesday, 23 August 2011

Sujud Tanpa Kaki Menyentuh Lantai (Cara Sujud)

 Tanpa menyentuh lantai? Cara sujud? Adakah anda solat dengan cara yang betul? Was-was? Anggota mana yang terlibat? Mari, kita baca apa yang disediakan di bawah.

Sabda Nabi s.a.w.; “Aku diperintahkan supaya sujud di atas tujuh tulang (yakni tujuh anggota) iaitu; dahi –baginda menunjukkan dengan tangannya ke atas hidungnya-, dua tangan, dua lutut dan jari-jari dari dua kaki…” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.).

Berdasarkan hadis ini, anggota sujud hendaklah merangkumi;
1. Dahi dan hidung
2. Dua tangan
3. Dua lutut
4. Dua kaki

Ketika sujud, wajib ke semua tujuh anggota di atas diletakkan di atas lantai. Bagi dahi, memadai meletakkan sebahagian dahi sahaja di atas lantai. Bagi tangan yang dikira ialah tapak tangan dan bagi kaki pula ialah perut-perut anak jari kaki. Memadai dengan meletakkan sebahagian sahaja dari perut-perut anak jari kaki itu. Jika seseorang itu sujud di atas belakang tangan atau belakang anak-anak jari kakinya, tidak sah sujudnya.

Anggota-anggota sujud selain dahi telah sepakat para ulamak menyatakan tidak wajib didedahkan. Yang dituntut hanyalah meletakkannya di atas tanah/lantai. Oleh itu, harus seseorang menunaikan solat dengan memakai sarung tangan atau stokin. Adapun dahi, maka ia terdapat khilaf di kalangan ulamak;

Pertama; pandangan ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie; dahi wajib didedahkan dan mengenai secara lansung tempat sujud (tanpa ada penghadang). Tidak sah sujud jika semua bahagian dahi berlapik sehingga tidak ada sedikitpun darinya yang terdedah dan mengenai tempat sujud secara langsung.

Termasuk tidak sah ialah lapik dari pakaian yang dipakai ketika solat. Oleh demikian, tidak harus seseorang sujud di atas kain serban yang dipakainya atau di atas lengan bajunya atau di atas kain telekungnya atau benda-benda lain di badannya yang mengikuti pergerakan badannya.

Kedua; pandangan jumhur ulamak (termasuk Imam Malik, Abu Hanifah dan Imam Ahmad); dahi sama seperti anggota-anggota sujud yang lain iaitu tidak wajib didedahkan. Yang dituntut hanyalah meletakkannya di atas tempat sujud.

Oleh itu, bagi jumhur ulamak, tidak menjadi kesalahan jika seseorang itu sujud di atas kain serbannya atau kain telekungnya. Mereka berdalilkan hadis dari Anas bin Malik r.a. yang menceritakan; “Kami mengerjakan solat bersama Rasulullah s.a.w. ketika panas yang bersangatan. Apabila sesiapa dari kami tidak dapat meletakkan dahinya di atas tanah kerana panas, ia bentangkan pakaiannya dan sujud di atasnya”. (Riwayat Imam Muslim).

(Dalail al-Ahkam, 1/ 298-299).

Wallahu a'lam.

http://www.facebook.com/groups/192479377463498/doc/231624640215638/

Siti Izzati.

Makna Bacaan Dalam Solat

 Anda tahu maknanya bacaan solat? Andai tidak tahu mari kita baca agar lebih dihayati ketika solat.

Bismillahirrahmanirrahim.....

Dikalangan kita ada orang-orang yang telah berpuluh tahun menunaikan solat tetapi sehingga hari ini masih belum mengerti maksud setiap bacaan dalam solat itu sendiri. Hal ini terjadi kerana kita kurang mengambil berat tentang makna bacaan tersebut. Padahal dengan memahami bacaan dalam solat, ia dapat membantu kita untuk lebih khusyuk menunaikan solat.

Buat mereka yang ingin memahami bacaan dalam solat, teruskan membaca tafsiran di bawah:

Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.


Rahsia Solat:
  1. Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
  2. Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
  3. Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
  4. Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
  5. Ruqu’ : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
  6. I’tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
  7. Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
  8. Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
  9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
  10. Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
  11. Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
  12. Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
  13. Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Wallahu'alam

By:WanWMA

http://www.facebook.com/groups/192479377463498/doc/232414483469987/
 
Anis Syazwani.

Rasulullah Menangis

Rasulullah menangis, tapi mengapa? Apakah yang menyebabkan baginda mengalirkan air mata? Jawapannya ada di bawah.


by Wan Nurul Ezzah on Thursday, April 7, 2011 at 4:10pm

Sayidina Ali r.a menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Beliau menjawab

“Pada malam aku di-isra’-kan,aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis."

Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya. Putri Rasulullah S.A.W. kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya dimana otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking. Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.

Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,” kata Nabi s.a.w, Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? -

Rasulullah menjawab:
“Wahai putriku,adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

– Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya.

– Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya,ia keluar rumah tanpa izin suaminya,dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.

– Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

– Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

– Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya kerana tidak sembahyang tapi mengamalkannya dan tidak mandi junub.

– Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta.

Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.

“Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis juga.”

http://www.facebook.com/groups/192479377463498/doc/234625436582225/

Alyssa Faeza.

Wasiat-wasiat Imam As-syahid Hasan Al-Banna:

 Wasiat? Wasiat apa pula? Siapa pula Imam As-syahid Hasan Al-Banna ini??? Begitu banyak persoalan bermain di minda. Mari kita cari jawapannya di bawah.


Imam As-syahid Hasan Al-Banna erupakan reformis sosial dan politik Mesir yang terkenal sebagai pengasas gerakan Jamiat al-Ikhwan al-Muslimun. Ingin mengenali beliau dengan mendalam bolehlah tekan di  http://ms.wikipedia.org/wiki/Hassan_al_Banna.


Wasiat-wasiat Imam As-syahid Hasan Al-Banna

    ·  Segeralah tunaikan solat bila saudara mendengar azan, walau bagaimanapun keadaan saudara. 

    ·  Bacalah al-Quran, buatlah kajian, dengarlah ilmu atau berzikirlah. Jangan habiskan masa saudara pada perkara yang tidak memberi faedah.

    ·  Berusahalah bercakap dalam bahasa Arab fusha, kerana ia merupakan salah satu syiar islam.

    ·  Jangan saudara banyakkan (al-jadal) perdebatan, kerana pertengkaran itu tidak mendatangkan kebaikan.

    ·  Jangan banyak ketawa, kerana orang yang berhubung dengan Allah SWT bersifat tenang dan serius.

    ·  Saudara jangan bergurau; kerana ummat yang berjihad hanya mengenal keseriusan.

    ·  Jangan angkat suaramu lebih tinggi daripada yang diperlukan oleh pendengar, kerana yang demikian itu perbuatan bodoh dan menyakitkan.

    ·   Saudara jangan mengumpat seseorang, jangan bercakap kecuali kebajikan.

    ·  Berkenalanlah dengan orang yang saudara temui dari kalangan rakan-rakan saudara; sekalipun saudara tidak meminta berbuat demikian, kerana asas dakwah kita ialah kasih sayang dan berkenalan.

    ·  Kewajipan lebih banyak daripada waktu, oleh itu tolonglah orang lain supaya memanfaatkan waktunya. Kalau berurusan singkatkanlah masa penunaiannya.

    copy from:  

    ~~Istikharah Cinta~~

    Istikharah cinta? Lagu UNIC ke? Hah?! Bukan? Ia bukan lagu UNIC tu. Jadi, habis apa? Nak tahu jawapan kena la baca di bawah dahulu!


    “Saya masih belum berkahwin. Tapi saya berazam untuk berkahwin. Buat masa ini, biarlah saya bercinta dahulu. Tapi saya akan berkahwin nanti. Mungkin bukan sekarang, tapi saya berazam untuk berkahwin juga. Supaya pasangan saya tidak lari, dan supaya dia tahu bahwa saya sangat mencintainya, biarlah kami bercinta dahulu buat masa ini. Tapi kami juga ingin berkahwin, dan kami berazam untuk itu. Tapi mungkin bukan sekarang, insyaAllah nanti…”


    Istikharah – bermaksud meminta Allah memberikan ilham, dalam kita membuat pilihan dalam pelbagai perkara dan urusan. Saya percaya, ramai daripada kita yang pernah mendengar perkataan ‘istikharah’ ini dengan membawa maksud ‘istikharah untuk memilih pasangan hidup’, ataupun lebih tepat boleh saya katakan – istikharah cinta.

    Saya telah lama tahu tentang istikharah dan solatnya. Pertama kali saya bersolat sunat istikharah adalah ketika saya ingin membuat keputusan untuk belajar di MRSM. Dan kali keduanya adalah ketika saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran perubatan di Rusia.

    Pada hujung bulan Januari yang lalu, saya pulang bercuti ke Malaysia sempena cuti musim sejuk ataupun bagi saya – cuti peristiwa ‘ribut salji’ yang melanda Eropah. Ketika saya sedang membelek-belek berita dalam akhbar Utusan Malaysia yang sudah lama tidak saya pegang, pandangan saya tertarik kepada sebuah artikel tentang ‘Istikharah’.

    Ia sebenarnya dilakukan bagi menggantikan upacara pada zaman jahiliyyah iaitu meramalkan masa depan berpandukan kepada berhala dan syaitan. Ini bagi mengelakkan golongan tersebut mengambil kesempatan atas kejahilan manusia bahawa kononnya mereka mengetahui masa depan.

    Dalam hadis daripada Jabir r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. mengajarkan istikharah kepada kami dalam segala urusan sebagaimana Baginda mengajar kami sesuatu surah daripada al-Quran.

    Sabda Baginda: Jika salah seorang daripada kamu berkeinginan untuk melakukan sesuatu, maka hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat di luar solat wajib. (Riwayat Bukhari)

    Setelah saya ber’istikharah’, saya tidak pula menunggu sehingga datang mimpi tentang pilihan yang ingin saya putuskan. Tiada suatu nas atau dalil yang menyatakan demikian. Namun, itu semua bergantung juga pada kehendak dan kekuasaan Allah untuk setiap hamba-hambaNya yang meminta kepadaNya.

    Setelah istikharah, maka saya teguh dengan keputusan saya. Saya percaya kata-kata al-Imam al-Nawawi, seseorang yang melakukan istikharah, maka dadanya akan terbuka luas untuk sesuatu urusan, malah dia akan terlihat kebaikan pada perkara yang akan dilakukan atau sebaliknya. Maka saya teguh meneruskan keputusan yang telah saya pegang, sama ada saya berasa senang atau tidak, kerana kebaikan itu pasti ada dalam jiwa ini, meskipun jiwa ini tidak menyenanginya.

    Namun, sedar tidak sedar, ada sebuah rahsia rumit disebalik istikharah ini. Apabila seseorang itu meminta agar Allah memberikannya ilham atas keputusan dan pilihannya, maka selepas itu dia berasa begitu yakin, optimis dan pilihannya jitu! Maka tanpa membuang masa, dia terus memulakan langkah pilihannya.

    Tapi sedihnya, istikharah itu bukanlah membawa dia ke arah menyempurnakan syari’at ke gerbang perkahwinan, tapi ‘hidayah’ yang dia peroleh membawa dia kearah jalan yang mencatitkan dosa sepanjang perjalanannya. Sehingga sanggup dia bercinta diluar akad yang sah, malah mengisytiharkan bahawa
    ‘saya kini telah berpunya’!

    Sudah tentulah bukan hidayah dan petunjuk Allah yang membawa dia kepada jalan ini, tapi syaitan itulah yang mengilhamkan kepada dirinya. Syari’at istikharah itu indah, tapi pudar kesannya apabila nafsu itu yang menjadi nakhoda iman.

    Kalau dilihat pada kata-kata diawal penulisan saya ini, itu bukanlah kata-kata saya. Tapi kata-kata itu saya simpulkan daripada sebuah kebenaran. Fikirkanlah, perkahwinan itu tuntutan syari’at, akad yang sah itu mengikat perhubungan antara fitrah sebuah cinta. Namun, mengapa perlu bercinta diluarnya? Sehingga sanggup mengatakan:

    “InsyaAllah saya akan berkahwin nanti, buat masa ini biarlah saya bercinta dahulu” –

    Adakah kata-kata ini sudah cukup untuk menyejukkan bahang neraka Allah dan memadamkan nyalaan apinya?

    Jangan kita pesongkan cinta itu dengan salutan syari’at yang diputarbelitkan tali-tali syaitan, kerana hebatnya syaitan itu terserlah, janjinya untuk menyesatkan ummah tidak pernah luntur, kerana semakin hampir Qiamat itu mendekati, semakin kuat janjinya termakbul.

    Peganglah syari’at itu dan genggamlah seerat-eratnya! Jadikanlah istikharah itu sebagai pedoman untuk memayungi kesucian cinta dibawah lindungan Allah, dan letakkanlah perkahwinan itu sebagai garis mula perjalanan sebuah kemesraan cinta yang hakiki dan abadi.

    Hati saya tersentuh, bila saya membaca sepotong doa, yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Jabir r.a:

     "Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa pilihan ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagiku dan berkatilah aku di dalam pilihan ini. Namun jika Engkau tahu bahwa pilihan ini buruk untukku, agamaku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan pilihan itu dariku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan redhailah aku dengan kebaikan itu".

    Saya termenung memahami doa ini. Mana tidaknya, sepotong doa ini begitu sempurna untuk menjelaskan ayat Allah, sebuah ayat al-Quran yang sentiasa menemani jalan cinta ini:

     "Diwajibkan ke atas kamu berperang, sedangkan berperang itu sesuatu yang kamu benci. Mungkin kamu benci pada sesuatu, sedangkan ia lebih baik bagimu, mungkin juga kamu cintai sesuatu, sedangkan ia mudarat bagimu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak"

    full credit to ---> Ahmad Ramdan Zainordin

    page: http://marhalahtarbiah.blogspot.com/2010/02/istikharah-cinta_21.html

     Nurul Amni.

    17 kali menipu ALLAH DALAM SEHARI.....

    MasyaAllah banyaknya... Tapi bila ya? Mari-mari kita baca untuk melihat situasinya.

    Tatkala seseorang meminta segelas air daripada orang lain, lalu orang itu memberinya, tetapi dia menolak pula, maka jenis apakah orang seperti ini ?

    Dan dia meminta lagi air kepada orang yang sama sampai berkali-kali, dan setiap kali orang itu memberikan air yang dimintanya, dia menolaknya lagi. Maka apakah boleh dia tersebut dikelaskan sebagai orang gila, sombong, pendusta dan mempermain – mainkan?

    Sah – sah gelaran ini akan diberikan kepadanya. Jutaan umat Islam di seluruh penjuru dunia melaksanakan solat, dan mereka semua membaca al-Fatihah yang merupakan salah satu rukun solat yang tanpanya solat tidak akan sah.

    Mereka membacanya tujuh belas kali dalam sehari semalam. ini tidak termasuk yang dibaca dalam solat – solat sunat rawatib, yang jika dihitung jumlahnya mencapai lebih dari itu. Ertinya, mereka berdoa sampai berkali-kali dalam setiap kali membaca: “Kepada-Mu kami menyembah, dan kepada-Mu kami meminta pertolongan. “(Al-Fatihah: 5).

    Tetapi realiti berbicara lain. Lidah mengucapkan, “Hanya kepada-Mu kami beribadah.” Yakni, hanya kepada-Mu Kami tunduk dan hanya kepada-Mu kami patuh, mengikuti, berserah diri, dan tunduk. Kami tidak takut, kecuali kepada-Mu, kami tidak berharap kecuali kepada- Mu,kami tidak tunduk kepada hukum selain hukum-Mu, dan kami tidak takut kepada seorang pun melainkan hanya kepada-Mu

    Tetapi, mereka tetap tunduk kepada manusia, bertepuk tangan buat mereka yang membuat sistem perundang undang – undang yang diambil dan selain sistem perundang Allah. Mereka takut ketika ada seseorang yang mengancam akan memutuskan sumber rezeki atau nyawanya. Mereka mengangkat tuhan-tuhan selain Allah. Mereka tunduk, patuh, dan takut kepada tuhan tuhan tersebut, melaksanakan perintahnya dan berserah diri kepadanya.

    Hawa nafsu dan keinginan, isteri-isteri, harta, pakaian, pangkat, dan seluruh perhiasan duniawi, adalah tuhan-tuhan mereka selain Allah. Namun demikian, mereka tetap mengucapkan lebih dan tujuh belas kali dalam sehari semalam: “Hanya kepada-Mu kami menyembah.”


    Mereka juga mengucapkan, “Dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan.” Ertinya: “Kami, wahai Rabb, jika terkena musibah, bencana, sangat memerlukan-Mu, kerana kami sangat lemah, kami tidak datang kepada seorang pun selain Engkau untuk meminta tolong dan membebaskan kami dari bencana itu.”

    Tetapi realiti berbicara lain. Jika ditimpa bencana atau kesulitan, mereka datang kepada sesama makhluk sebelum sang Khaliq. Mereka berkeyakinan bahawa makhluk tersebut memiliki kuasa untuk memberi manfaat atau mudharat, sementara mereka menganggap terlalu rendah untuk datang, berlindung, dan bersimpuh di hadapan Allah swt.

    Selanjutnya, mereka mengucapkan, ” Tunjukkanlah kami ke Jalan yang lurus. “(Al-Fatihah:6).

    Iaitu jalan yang dilalui oleh para salafus soleh, para pengikut anbiya’, sahabat, dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan setia hingga hari kiamat kelak. Tetapi, mereka tetap terus berbuat maksiat, seperti riba, zina, memandang sesuatu yang diharamkan oleh Allah, berdusta, ghibah, namimah ‘mengadu domba’, menipu, dengki, mempertuhankan dunia, dan tidak berpegang teguh pada agama. Maka hidayah apa yang mereka kehendaki?

    Apakah ini bererti bahawa jutaan umat Islam di seluruh penjuru dunia berdusta di hadapan Allah dan menipu-Nya 17 kali dalam sehari semalam.

    Keadaan mereka itu tidak beza dengan “orang gila” yang meminta air kepada kawannya dan ketika air itu diberikan, dia malah menolaknya. Apakah itu merupakan kebiasaan yang mendarah daging sehingga memisahkan hubungan antara perkataan dan perbuatan?

    Atau itu adalah kebiasaan berbohong yang menyelimuti kehidupan kita sehingga kita tidak dapat lagi membezakan antara berdusta kepada manusia dengan berdusta kepada Allah?

    Atau hal itu semacam suatu zat yang menutup hati, semacam karat, yang membutakan mata hati manusia?

    Atau itu merupakan kemaksiatan yang membutakan hati? Atau semuanya itu benar? Jika benar, maka ini adalah malapetaka besar yang menimpa umat ini.

    Allah berfirman:

    “Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kalian mengatakan apa-apa yang tidak kalian kerjakan.” (ash shaff : 9)

    http://www.facebook.com/groups/192479377463498/doc/238310882880347/

    copy:

    Monday, 22 August 2011

    Peristiwa di Dalam Bulan Ramadhan

    Peristiwa? Ada ke ? Anda tahu peristiwa yang berlaku? Atau anda memang tak tahu menahu? MasyaAllah, tak baik berburuk sangka. Minta maaf ya... sebagai tanda memohon kemaafan ini, peristiwa yang berlaku itu ada di bawah. Cuma tunggu membaca sahaja. Mari lah kita baca!

    Ustaz Faizol dari Puncak Alam.

    Sesungguhnya pada:
          Awal                 : Allah menurunkan rahmat
          Pertengahan      : Memberi keampunan
          Akhir                : Membebaskan daripada api neraka

    Janganlah kita berpuasa pada pagi hari, bermunajat padi malam hari...namun pada akhir Ramadhan kita hanya memperolehi lapar dan dahaga. Kita tidak dapat akan rasa nikmat beribadat mahupun rasa taqwa pada Ya Rabb.
    Ok.itu adalah mukadimah sahaja..Huhu..

    Apakah peristiwa yang berlaku dalam bulan Ramadhan yer??Saya pun tak tahu sebenarnya, Alhamdulillah kuliah subuh hari tu, kemunculan ustaz Faizol ini telah mendedahkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan Ramadhan.Apa peristiwanya?

    1.       Perang Badar Kubra

    Berlaku pada pagi 17 Ramadhan. Pada saat itu tentera islam hanya = 313 orang
                                                                                    mempunyai = 2 ekor kuda
                                                                                                      = 100 ekor

      Manakala tentera Musyrikin yang diketuai oleh Abu Jahal = 1,300 orang
                                                                                       = 600 baju perisai
                                                                                       = 100 ekor kuda
                                                                                       = 700 ekor unta dan kumpulan muzik

    Spritual yang kuat dalam diri tentera ISLAM dan bantuan ALLAH s.w.t tentera ISLAM berjaya besar dalam peperangan ini. Alhamdulillah Ya Rabb.

    2.      Pembukaan Kota Mekah

    3.       Pernikahan baginda dengan Habsah bt Umar rda

    Oleh itukita digalakan bernikah dalam bulan Ramadhan bagi mengambil berkat Rasullah.Namun, pada zaman sekarang ini, pernikahan menjelang Ramdhan umpama telah diharamkan.Tidak dilakukan oleh kita di Malaysia.Mungkin ada , saya tidak tahu. Mencukupilah kita meraikan dan mengkhabarkan pernikahan ala kadar.Bak kata ustaz, memadai menjamu orang berbuka puasa. Pasang khemah untuk walimatul urus tersebut.Boleh kan?

    4.      Nuzul Quran

    Pada malam 17 Ramadhan. .Pada saat itu juga nabi diangkat menjadi NABI.

    5.       Malam LAILATULQADAR

    Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.

    6.      Kematian puteri kesayangan nabi Ruqayyah

    7.       Keruntuhan masjid yang dibuat oleh orang munafik

    Keruntuhan ini dilakukan oleh nabi dan para sahabat sendiri dengan firman oleh ALLAH s.w.t.

    Ini baru sebahagian peristiwa yang berlaku didalam bulan Ramadhan.Lihatlah sahabat..Pelbagai peristiwa besar di dalam bulan mulia ini.Janganlah kita menjadikan alas an MALAS, PENAT, LETIH sebagai penghalang kita melakukan ibadah, melakukan kerja-kerja di pejabat. Pada bulan Ramadhan ini juga digelar BULAN JIHAD FISABILILLAH.

    Jihadlah kita bagi melawan nafsu.ALLAHUAKHBAR!ALLAHUAKHBAR!ALLAHUAKHBAR!

    http://www.facebook.com/groups/CintaAllahCintaAbadi/doc/270027593009022/

    Alyssa Faeza.