Wasiat? Wasiat apa pula? Siapa pula Imam As-syahid Hasan Al-Banna ini??? Begitu banyak persoalan bermain di minda. Mari kita cari jawapannya di bawah.
Imam As-syahid Hasan Al-Banna erupakan reformis sosial dan politik Mesir yang terkenal sebagai pengasas gerakan Jamiat al-Ikhwan al-Muslimun. Ingin mengenali beliau dengan mendalam bolehlah tekan di http://ms.wikipedia.org/wiki/Hassan_al_Banna.
Wasiat-wasiat Imam As-syahid Hasan Al-Banna
Imam As-syahid Hasan Al-Banna erupakan reformis sosial dan politik Mesir yang terkenal sebagai pengasas gerakan Jamiat al-Ikhwan al-Muslimun. Ingin mengenali beliau dengan mendalam bolehlah tekan di http://ms.wikipedia.org/wiki/Hassan_al_Banna.
Wasiat-wasiat Imam As-syahid Hasan Al-Banna
· Segeralah tunaikan solat bila saudara mendengar azan, walau bagaimanapun keadaan saudara.
· Bacalah al-Quran, buatlah kajian, dengarlah ilmu atau berzikirlah. Jangan habiskan masa saudara pada perkara yang tidak memberi faedah.
· Berusahalah bercakap dalam bahasa Arab fusha, kerana ia merupakan salah satu syiar islam.
· Jangan saudara banyakkan (al-jadal) perdebatan, kerana pertengkaran itu tidak mendatangkan kebaikan.
· Jangan banyak ketawa, kerana orang yang berhubung dengan Allah SWT bersifat tenang dan serius.
· Saudara jangan bergurau; kerana ummat yang berjihad hanya mengenal keseriusan.
· Jangan angkat suaramu lebih tinggi daripada yang diperlukan oleh pendengar, kerana yang demikian itu perbuatan bodoh dan menyakitkan.
· Saudara jangan mengumpat seseorang, jangan bercakap kecuali kebajikan.
· Berkenalanlah dengan orang yang saudara temui dari kalangan rakan-rakan saudara; sekalipun saudara tidak meminta berbuat demikian, kerana asas dakwah kita ialah kasih sayang dan berkenalan.
· Kewajipan lebih banyak daripada waktu, oleh itu tolonglah orang lain supaya memanfaatkan waktunya. Kalau berurusan singkatkanlah masa penunaiannya.
copy from:
No comments:
Post a Comment