Tidak ramai yang reti mencari diri mereka sendiri walaupun hanya mereka sendirilah yang dapat mengenali diri mereka! Jadi, di bawah ada cara-cara untuk anda mengenali diri anda. Mari kita lihat apa yang tertulis di http://pkmains.mmu.edu.my/artikel/kenal_diri.html.
Tiada Orang Yang Mengenal Diri Anda Kecuali Anda sendiri !
Tiada Orang Yang Mengenal Diri Anda Kecuali Anda sendiri !
Apabila Anda melihat ke dalam diri dan mencari kerjaya yang sesuai, sebenarnya anda mencari identiti sebenar diri anda sendiri. Cuba renungkan sejenak tentang perkara berikut :
- Apa yang anda suka buat?
- Apa yang perlu anda lakukan?
- Apa yang penting buat anda ?
- Kemahiran apa yang anda ada ?
- Apakah tahap pendidikan anda ?
- Latihan apa yang telah anda jalani ?
- Pengalaman apa yang anda ada ?
- Apakah perkara yang boleh mendorong anda ?
- Bagaimana sikap anda terhadap diri sendiri dan orang lain ?
Teknik membuat perancangan kerjaya terdapat 4 langkah :
Mengenal Diri Sendiri Meneroka Pilihan Membuat Keputusan Mengambil Tindakan
Pilihan tepat , kerjaya manfaat, hidup berkat.
Meneroka Pilihan
Jenis Personaliti
Realistik - kerja menggunakan tangan, fizikal, tumbuhan, mesin dan haiwan.Mempunyai keupayaan mekanikal.
Investigatif - melakukan ujikaji, analisis, interpretasi data, suka mempelajari untuk menyelesaikan masalah.
Artistik - melakukan kerja dengan daya kreativiti dan daya imaginasi yang tinggi.Berbakat seni, memperkenalkan sesuatu yang baru.
Sosial - melakukan kerja yang berhadapan dengan orang lain untuk memaklum, membantu, melatih atau memulihkan.
Keusahawanan - melakukan kerja berhadapan dengan ramai orang, memujuk, mempengaruhi dan pengurusan kewangan (mengurus, mengarah, perhubungan )
Konvensional - Melakukan kerja yang berkaitan dengan data/butir-butir.Berkebolehan dalam perkeranian dan kerja yang bersistematik.
7 LANGKAH UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN
- Kenalpasti keputusan yang anda perlu buat ( seperti memilih laluan untuk kerjaya, memilih kursus, memilih institut )
- Tulis senarai semua pilihan yang mungkin menarik perhatian anda.
- Dapatkan semua maklumat tentang setiap pilihan anda.
- Pertimbangkan kelebihan dan kekurangan setiap pilihan.
- Buat satu pilihan.
- Rancang bagimana keputusan itu dapat dijalankan.
- Buat tindakan sewajarnya.
Nurul Amni.
No comments:
Post a Comment