Adakah anda tahu kelebihannya? Andai tidak, mari kita baca.
Antara kelebihan malam sepuluh terakhir Ramadhan ialah:
1. Rasulullah s.a.w. mempercepatkkan ibadah pada malam sepuluh terakhir melebihi daripada malam-malam sebelumnya. Aisyah r.a berkata:
Maksudnya:
“Rasulullah s.a.w. apabila masuk malam sepuluh terakhir Ramadhan, baginda menghidupkan malam (dengan ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun beribadah), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah dari isteri-isterinya”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Pada malam sepuluh terakhir terdapat satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).
Pada malam ini diturunkan Al-Quran sebagaimana firman Allah:
Maksudnya:
“Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Quran) pada Lailatul Qadar.”
(Al-Qadar: 1)
Ibn Abbas berkata: Allah menurunkan Al-Quran sekaligus dari Al-Luh Al-Mahfuz ke Bait al-E’zzah yang terletak dilangit dunia. Kemudian ia turunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah s.a.w., selama 23 tahun.
Lailatul Qadar disifatkan lebih baik dari seribu bulan,
Firman Allah:
Maksudnya:
“Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan”.
(Al-Qasar:3)
Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat,
Firman Allah S.W.T: Maksudnya:
“Sesungguhnya Kami turunkannya (Al-Quran) pada malam yang diberkati”.
(Al-Dukhan: 4)
Pada malam ini juga turunnya para Malaikat. Dan Malaikat turun bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.
Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah S.W.T:
Maksudnya:
“Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah”.
(Al-Dukhan : 4)
Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ ialah pada malam tersebut Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.
§ Allah S.W.T. mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam tersebut dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.
Bila Lailatul Qadar?
Nabi s.a.w bersabda:
Maksudnya:
“Carilah Lailatul Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadhan”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
Maksudnya:
“Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada sepuluh malam terakhir”.
(Riwayat Bukhari)
Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadith-hadith yang menceritakan tentang Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam tersebut berpindah-pindah pada setiap tahun.
Oleh itu , marilah kita sama-sama memanfaatkan malam sepuluh terakhir Ramadhan dan menghidupkannya dengan ibadah dan doa . Dalam sebuah hadith riwayat Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah:
3. Iktikaf pada malam sepuluh terakhir Ramadhan di mana fadhilatnya lebih banyak dari hari-hari biasa. Maksud iktikaf di sini ialah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.
Rasulullah s.a.w. tidak pernah sekalipun meninggalkan iktikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadhan sehinggalah baginda wafat. Isteri-isteri baginda juga turut beriktikaf bersama-samanya ketika baginda hidup dan selepas baginda wafat.
§ Syarat sah iktikaf: Islam ,berakal, tidak berjunub dan bersih dari haid dan nifas bagi perempuan.
§ Niat: Iktikaf adalah ibadah yang tidak sah melainkan dengan niat.
§ Masjid: Iktikaf hendaklah dilakukan di masjid
§ Waktu bermula iktikaf: Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjd sebelum terbenam matahari kedua puluh Ramadhan.
§ Waktu berakhir iktikaf: Berakhirnya iktikaf ialah selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadhan.
§ Perkara yang membatalkan iktikaf: (1) keluar masjid tanpa hajat dengan sengaja. (2) Murtad. (3) hilang akal kerana gila atau mabuk, (4) dating haid atau nifas dan (5) jimak. Firman Allah S.W.T:-
Maksudnya:
“Dan janganlah dekati (jimak) mereka (isteri kamu) dalam keadaan kamu beriktikaf di dalam masjid”.
( Al-Baqarah: 187)
§ Perkara yang sunat dilakukan : memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca al-Quran , tasbih, tahid, takbir, istighfar, salawat dan doa. Begitu juga menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji kitab hadith, tafsir, sirah nabi dan sebagainya.
§ Perkara yang harus dilakukan: Keluar daripada masjid kerana hajat dan dharuriah seperti keluar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara , menziarahi kematian atau orang sakit. Begitu juga harus hukumnya mandi, memotong rambut, kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian.
<<<< BERSAMA MEMBURU SIRNA LAILATULQADAR >>>>
http://www.facebook.com/groups/CintaAllahCintaAbadi/doc/270490152962766/
Alyssa Faeza.

No comments:
Post a Comment