Thursday 29 September 2011

Bermanfaat kepada Orang Lain




Ciri sebegini adalah umpama kemuncak kepada ciri-ciri yang ada. Boleh jadi kerana produk yang terhasil daripada buah dalaman yang cukup tinggi. Hasil proses iman telah melahirkan individu-individu yang tidak bersikap individualistik dalam hidup.

Hidup bahagia dengan memberi tanpa mengharap balasan. Segalanya hanyalah keinginan mardhotillah dan syurga-Nya. Apakah yang lebih terbaik selain mencapai kedua-dua perkara ini?

Manakah yang lebih menguntungkan di dunia selain kemerdekaan jiwa yang tiada tara.

Semuanya bermula dari hati. Saya dan sesiapa sahaja sedar akan hal ini. Akan tetapi, membumikannya bukanlah semudah yang diangankan. Daya tarikan dunia telah berapa kali merencatkan proses sebegini. Semoga Taufiq-Nya sentiasa melimpah kepada kita agar sifat dunia yang fatamorgana ini tidak mudah kita tertipu sama sekali.


Nurun Amni.

No comments:

Post a Comment