Thursday 29 September 2011

Mujahadah Melawan Diri


Bagaimana ya? Marilah kita baca apa yang ada di bawah.

Hidup seharian tidak mudah untuk istiqomah dengan kebaikan. Apatah lagi ketika menghadapi realiti kini yang melawan arus keimanan. Peribadi individu perlu dilentur dan dibentuk agar tidak mudah mengalahdengan cabaran dan kepayahan. Jika sebaliknya, peribadi tersebut akan hilang pedoman hidup. Justeru itu, tabah dan sabar serta yakin dengan diri bersama tawakal penuh kepada Allah menjadi proses penawar kesusahan.
Melawan dalam erti kata lain adalah suatu proses berperang dengan nafsu. Bukan satu dua jenis perlawanan yang akan dihadapi, malah ianya melibatkan pelbagai jenis nafsu. Nafsu amarah, syahwat, makan minum, berasa riak, sombong, dan sebagainya.
Tetapi, walau sering kali kita berasa mustahil menewaskan nafsu, yakinlah bahawa Allah tidak membebani sesuatu melainkan kita memang sanggup menghadapinya. Selalulah cari jalan mengecas motivasi baru untuk melawan nafsu ammarah kita. Dan akhir sekali Berdoa…..

sumber: http://main-mastermath.blogspot.com/2011/04/muwasofat-tarbiyahkuusah-berpeluk-tubuh.html

Nur Farah Aisyah.

No comments:

Post a Comment