Wednesday 28 September 2011

Sahabatku Tersayang

Adakah kita ini menjadi seperti sahabat di bawah? Yang menyepikan diri selepas dilamun cinta? Tidak sayang pada sahabat kita ini? Dengarlah luahan hati seorang sahabat yang menyayangi diri sahabatnya.
Sedih rasanya bila sahabat yang sangat-sangat disayangi, menyepikan diri dari kita. Semuanya kerana dalam hati sudah berteman, sahabat yang disayangi sedang dilamun cinta. Hebatnya penangan cinta, sampaikan lupa pada orang sekeliling. Tiada lagi sms seperti dulu, sedih sangat-sangat. Tapi apa boleh buatkan, kekasih lebih penting. Kita ni siapa, tak penting mana pun.
Kerana sibuk bercinta, macam-macam alasan sahabat berikan kepada kita:
Tak boleh nak sms kita selalu sebab sibuk sangat-sangat ngan study, yang tu kita boleh percaya. Sebab kita tahu, study lebih penting dari segala-galanya. Kita pun masih belajar, faham sangat-sangat bagaimana kesibukkan yang dihadapi oleh seorang yang bergelar pelajar.
Tak boleh nak balas mesej, kredit habis. Kita pun sebenarnya bukanlah mengharap sangat balasan mesej dari sahabat. Kita cuma nak tahu perkhabaran dari sahabat aje. Kita ambil berat pasal sahabat, kerana kita sayangkan sahabat kita. Kita tak nak apa-apa yang tak elok berlaku kat sahabat. Kita dah anggap sahabat macam keluarga kita sendiri. Kita sayangkan sahabat pun macam keluarga sendiri, tak ada maksud atau niat lainnya. Kita sedar siapa kita sebenarnya, tak penting mana pun.
Sahabat menyepi diri, kita pun tak nak ganggu lagi sahabat, biarlah dia bahagia dengan kekasih hatinya. Kita bukannya apa, sahabat kita ini tersangatlah baiknya, sebab itulah kita sayangkan sahabat kita. Kita tahu, bila kita kehilangan dia, kita tak akan menemui sahabat yang baik sepertinya lagi. Memang tiada penggantinya.
Untuk sahabat yang sangat-sangat kita sayangi ini,kita pinta berbanyak-banyak kemaafan,andai sepanjang perkenalan antara kita dan sahabat,kita banyak melukakan hati dan perasaan sahabat.Kita hanya insan biasa,yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan.Maafkan kita ya,sahabat.Kita tahu kita banyak buat salah.
Apa yang sangat-sangat kita harapkan, agar sahabat sentiasa dalam peliharaan Allah, agar sahabat sentiasa di lindungi Allah, agar sahabat sentiasa di berkati Allah dan agar sahabat di rahmati Allah. Hanya doa aje yang mampu kita berikan kepada sahabat. Kita juga nak memberi pesanan untuk sahabat, jaga diri sahabat baik-baik.  Segala-gala kebaikan yang dilakukan mesti niat kerana Allah. Sekiranya sahabat ditimpa musibah mengadulah pada Allah, kerana hanya kepada DIAlah yang terbaik. Banyakkan bersabar dan yakinlah diri setiap ujian dan dugaan yang ALLAH berikan pasti ada hikmah yang tersembunyi. Semoga sahabat berbahagia.
"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)". (Al-Baqarah ayat:152)
"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar". (Al-Baqarah ayat:153)
Kalau kita mendiamkan diri, janganlah sahabat menganggap yang bukan-bukan. Kita tak bermaksud apa-apa,cuma kita tak nak mengganggu kebahagiaan sahabat. Kita tak nak ganggu sahabat lagi dengan sms kita yang entah apa-apa. Maafkan kita ya. sahabat,kita bukanlah yang terbaik, kita sering mengganggu sahabat. Berjuta-juta kemaafan kita pinta. Dan ketahuilah sahabat, bahawasanya sahabat adalah diantara orang-orang yang kita sayangi kini dan selamanya. Kita dan sahabat umpama satu keluarga. Maafkan kita ya sahabat kerana meluahkan apa yang terpendam dalam lubuk hati kita kat sini. Bagi kita sahabat adalah yang terbaik di antara terbaik.
Sahabat andai ini luahan hati terakhir dari kita. Maafkan kita ya sahabat.Kita tak tahu sampai mana pengakhiran hidup kita kat bumi Allah ini.Kita sedih sebenarnya,tak tahulah sebab apa kita bersedih,susah untuk digambarkan melalui tulisan dan kata-kata. Maafkan kita ya sahabat... sekali lagi kita katakan sahabat adalah yang terbaik antara terbaik. Sahabat baik sangat-sangat dengan kita. Kita tak nak ganggu sahabat lagi, janganlah sahabat bimbang, insyaAllah kita tak akan ganggu sahabat lagi. Semoga berbahagia ya..


Nurul Amni.

No comments:

Post a Comment