Thursday 29 September 2011

Warkah Si Hijau : Sumayyah

Mari kita lihat apakah kata Warkah Si Hijau.

Warkah Si Hijau :

Salam Ta'zim kepada pembaca semua. Pernahkah Kita mendengar dan membaca kisah-kisah srikandi islam ? Jikalau pernah... syukur Alhamdulillah... 
Jika Tidak ? 
Bacalah kerana InsyaAllah kita boleh menjadikan mereka ini semua role model terutama kaum wanita. 
Kita lihat bagaimana ketabahan seorang wanita yang dizalimi oleh manusia ? Mengapa kita tidak mahu mencontohi ketabahan beliau ? Sanggup mempertahankan agama Islam Demi keEsaannya terhadap Maha Pencipta .
Ana menyeru golongan muslimin & muslimat termasuk diri ana sendiri untuk sama-sama kita bermuhasabah diri agar kita tidak terus menerus melakukan maksiat. Islam agama yang Indah . 
Adakah anda semua sanggup orang mengatakan Islam Hanya pada Nama ? 
Oleh itu marilah kita semua golongan muda khasnya memelihara agama Allah Swt ini.Mengapa kita ?
Kerana Kita Kena Ingat, Kita lah Penyambung warisan untuk mempertahankan agama Islam Ini. 
Jika Kita menolong agama Allah? Maka Allah Swt juga akan menolong kitayang penting apa yang kita lakukan biarlah ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Akhir kalam, ana minta maaf banyak-banyak sekiranya terdapat silap dan salah semasa ana menyuarakan pendapat. segala komen dan cadangan bolehlah dihantar dalam blog warkah si hijau ini, Insyaallah. Jazakumullahuhairan kasiran.

No comments:

Post a Comment