Thursday 5 May 2011

Hanya sapu tanganmu...kubuat menyapu si air mata.

Aku...dalam perjalanan, meniti Lebuhraya Utara Selatan untuk balik ke Johor Bahru, di sebuah tempat rehat, ramai yang menoleh ke arahku, munkin kerana kereta BMW M6 bernombor pendaftaran CBE 77 berwarna merah yang ku pandu,
tetapi rupa-rupanya mereka terperasan di dalamnya, ada seseorang sedang menangis, munkin mereka tertanya-tanya, mengapa pula menangis sorang-sorang, apa yang telah berlaku?, ini tentu kerana di tinggalkan kekasih.

Sebenarnya, itulah aku, aku sedang meneliti pesanan-pesanan terakhir dalam telefon binbitku, satu-persatu, pesanan terakhir dari seseorang yang sebenarnya amatku cintai, tapi sayang dia sudah 30 tahun meninggalkan aku... juga meninggalkan cintanya kepadaku, kerana ditakdirkan kami tidak dapat hidup bersama, sebagaimana yang diharap-harapkan semenjak kami kecil, semenjak di kampung halaman kami, begitulah kehidupan ini,ku sangka cerah sampai ke petang, rupa-rupanyanya hujan di tengah hari, begitulah nasibku, antara sedih dan terharu ku mulai membaca pesanan-pesanan itu satu persatu, beginilah rupanya, pesanan-pesanan yang terakhir itu.

"Sayang...setelah sekian lama aku hidup untuk kebahagian orang lain, iaitu selepas membesarkan anak-anakku, memberikan pelajaran kepada mereka, memcarikan pasangan untuk mereka, dan berbakti kepada suamiku, cuma satu hasratku...selepas ini jika ditakdirkan aku masih hidup, aku hanya ingin hidup di sisimu, tujuanku ialah supaya aku dapat menghabiskan sisa-sisa hidupku, bersamamu, di sisimu, hidup di sisi orang yangku cintai, tidak kiralah sebagai kawan seperti sekarang, atau sebagai isterimu yang sah, kerana aku sudah seorang balu, yang penting aku, berada sedekat yang munkin di sisimu, supaya aku dapat menjagamu sehingga keakhir hayatku, itulah hasratku".

"Sayang...munkin inilah buat kali terakhir aku boleh menebus kesalahanku kepadamu...atau sebagai membuktikan cintaku kepadamu atau untuk menebus kesilapanku di masa lalu, jika dulu banyak halangan-halangan yang memisahkan kita, aku tidak mengharapkan apa-apa atau sesiapa, tidak dari anak-anakku atau pencen suamiku, biarlah mereka dengan penghidupan mereka, aku ada pencenku sendiri, ia sudah mencukupi untuk kehidupanku sendiri, yang penting, aku mahu sentiasa di sisimu, aku benar-benar ingin berada di sisi orang yang aku cintai".

"Kerana kau, kau yang lebih mengerti aku, kau yang lebih memahami aku, kau yang lebih menyayangi aku, kitakan berkawan sejak kecil, aku sudah mengenali hati budimu sejak kecil, selama inipun sekiranya aku ada masaalah, hanyalahkau tempat aku mengadu, engkaulah tempat aku berharap, engkaulah tempat aku bercerita tentang apa-apa pun tentang diriku, tentang kehidupan yang ku lalui, tempat aku meminta tolong dalam apa juga, menjemput dan menghantar aku ke airport, membawa aku kemana-mana yang aku mahu, kau menanggong urusan kewanganku sekiranya tidak mencukupi".

"Sayang...kau lebih mengenali aku lebih daripada suamiku atau anak-anakku sendiri, kau tahu apa yang aku suka, kau tahu apa yang aku tidak suka, kau tahu apa makanan kesukaan ku, kau tahu apa warna kesukaanku, kau adalah seorang insan yang aku percaya, kau tidak pernah mengambil kesempatan terhadapku, walaupun kita selalu berdua-duaan selama ini, kau tulus, menjaga aku sesungguhnya, kau tulus, melindungi aku sesungguhnya, munkin kau tahu aku isteri orang ketika itu, kau tidak pernah membalas dendam".

"Suamiku...sedar bahawa dia yang merampas aku darimu, kerana kau adalah kekasihku sebelum itu, dia datang merampas aku darimu, aku pernah memberiahunya bahawa surat-surat cinta yang pernah ditemuinya semasa kami akan pindah ke bandar untuk hidup berasingan dari ibu-bapaku adalah darimu iaitu kekasihku, munkin kerana sememangnya dia telah tahu kau adalah kekasihku sebelum ini, kerana kulihat dia tidak terperanjat sedikit pun, dia tahu aku menyimpan surat-surat cintamu itu sehingga ke hari ini, dan dia sedar hatiku tetap manjadi milikmu".

"Syukurlah semua anak-anakku tidak mengetahui semua ini, sebagai kawan kau tidak pernah melampaui batas-batas itu, itulah kejujuran yang membuatkan aku amat sayangkanmu, walaupun aku, sudah tua, aku percaya cintamu tidak pernah berubah, cintamu masih seperti dulu, aku tahu siapa kau, aku tahu sejauh mana cintamu kepada ku.

Sayang...aku berharap sangat, kau baliklah...aku ingin sekali ini saja berjumpamu, hanya sekali ini saja lagi, pulanglah...seandainya kau tidak pulang...bererti kita tidak akan berjumpa lagi...ini munkin kali terakhir...aku ada perkara, yang inginku katakan kepadamu, ada banyak yang nak ku ceritakan kepadamu, aku juga mahu mendengar suaramu, bercerita tentang kisah cinta kita dulu-dulu, aku mahu mendengarnya, Aduh..aku rasa sudah tidak ada lagi harapan, segala-galanya sudah terlambat, aku semakin parah, aku hanya mampu berserah diriku kepada tuhan, semoga ia akan masih mengasihani aku, atau ia cepat-cepat menjemputku supaya berakhir penderitaanku ini".

"Seandainya aku ditakdirkan dapat hidup bersamamu, alangkah bahagianya aku, bukan saja mempunyai suami yang mencintai aku, juga mempunyai mertua yang menyayangi aku, kaukan tahu, sejak kecil aku memanggil ibumu sebagai mak dan bapamu sebagai ayah, ingatkan lagi, semasa aku menjadi penyanyi kumpulan Ghazal kepunyaan bapamu, masa itu adik-adikmu, ayah dan kau sendiri merupakan pemain muzik kumpulan ghazal itu, selalu dijemput di majlis-majlis kenduri kawin, ayah selalu berkata kepada mak, aku ini bakal menantunya untuk dijadikan isterimu, sedangkan ayah masa itu, masih tidak tahu kita sebenarnya sudahpun bercinta".

"Kadang-kadang agak melucukan...berlagak macam tak berapa rapat...malu-malu tapi sebenarnya begitu mau dan sudah mengetahui perasaan dan hati masing-masing, aku bahagia, kerana sungguh aku cintakanmu, kadang-kadang aku ingin berdua denganmu di saat-saat tiada orang lain, tapi entah kenapa aku malu, mungkin kerana cinta ku ini terlalu dalam".

" Ahhhh...sebenarnya, semenjak kau datang tempoh hari, aku ashik teringatkan kau, teringatkan kisah percintaan kita yang tidak kesampaian ini, aku tahu kau sensara, kau menderita kerana mencintaiku, Sebenanya aku lebih menderita dari apa yang kau tahu, sekarang inipun, bukan saja hatiku merana, tapi jasadku juga, kenapa badanku ini?...terasa lemah sekali, sebenarnya aku rasa tidak berdaya lagi...aku terasa sangat lemah,...terasa seperti hari-hariku semakin hampir akan pergi...seperti tidak beberapa lama lagi...sebenarnya, aku tahu kau boleh menemaniku di saat-saat begini, dan menerimaku dalam apa juga keadaan diriku".

"Tapi, biarlah aku tanggung semua ini, dari dulu aku selalu berkata, kau tidak bersalah, yang bersalah aku, semasa aku memberitahumu yang aku dilamar oleh seseorang, sebenarnya masa itu kandunganku sudah sebulan lebih, hasil dari perkosaan abang kepada kawan karibku sendiri, aku diberi minum sesuatu yang menghayalkan, aku tidak sedar, aku lemah...masa itu ku hanya dengar semuanya, begitu jauh dan sayup-sayup, aku tak mampu berbuat apa-apa , sehinggalah aku tidak sedar apa-apa, buat beberapa waktu kerana munkin terlebih dos, bila tersedar, Oh tuhan,hanya engkau sajalah yang tahu, aku menangis,aku seperti mahu mati, betapa kejamnya mereka menyakiti aku, duniaku terasa gelap, sampai hati mereka buat begitu padaku, tapi aku lemah bila dirayu kononnya demi menjaga maruah keluarga sahabatku, juga kerana permintaan sahabatku sendiri, bahawa abangnya akan bertanggung jawab dan akan menikahi aku secepat munkin, kononnya, demi masa depan abangnya dan masa depanku juga".

"Selepas aku dikurniakan anak barulah perasaan benciku kepada suamiku berangsur-angsur hilang, kecuali cintaku padamu tidak pernah dapatku kikis dan ia sentiasa mengganggu hidupku, walaupun ketika itu hidupku begitu gembira di samping seorang suami dan anak-anakku yang sedang membesar, dan aku rasa dia telah bertanggung-jawab di atas apa yang telah dia lakukan, inilah rahsia terakhir yang inginku ceritakan, supaya kau mengerti, supaya kau tahu, bahawa aku menderita kerana mencintaimu, kerana aku tahu kau begitu sensara untuk mengetahui perkara sebenar mengapa kita jadi begini, kini terpulanglah pada penilaianmu sendiri, sama ada aku ini apa".

"Sebenarnya masa itu aku terlalu mentah dalam soal-soal hubungan antara lelaki dan wanita, aku baru lepas sekolah menengah, kerana permintaan rakan karibku supaya menemaninya ke sebuah majlis hari jadi tunangnya, itulah peristiwa yang memusnahkan impianku, itulah peristiwa yang menghancurkan harapanku, aku tidak pasti apakah ianya satu kebetulan, sampai hatimu kawan membuatkan aku jadi begini, apakah tipu muslihat seorang lelaki, selepas kita tidak dapat hidup bersama... kasihan...aku di beritahu, kau jadi seperti orang gila...sebenarnya memang aku yang datang setiap petang untuk menjengukmu, bukan hayalan atau kerana kau kurang siuman waktu itu, memang yang datang itu adalah aku".

"Takkala kau balik dari kebun...di saat-saat aku akan meninggalkanmu untuk hidup di samping orang lain, tujuanku ialah untuk menjelaskan sesuatu, tapi aku tak sanggup, menjelaskan semua itu..aku begitu serba salah masa itu, hanya tuhan sajalah yang tahu, aku ini bagaimana, bukan saja kerana takdir malang yang menimpa aku, tapi juga yang menimpamu, sehinggalah akhirnya aku memutuskan tidak pergi lagi melihatmu...bukan kerana aku sudah melupakanmu, tapi aku tak sanggup melihat orang yang aku cintai jadi begitu, aku hanya mampu menangis bila mengenang semua itu, menangis kerana betapa malangnya aku, menangis kerana aku juga rasa betapa beratnya meninggalkan mak yang selama ini begitu sayangkan aku,, bukankah rumahmu adalah rumahku juga,keluargamu adalah keluargaku juga, tapi aku takut mak akan marahkan aku, kerana membuatkan anaknya jadi begitu,".

"Tapi ada lagi satu cerita, kau tidak tahu, semasa aku mengandungkan anak pertama.. aku mengidam nak makan langsat, di kampung kita hanya orang tuamu saja yang ada dusun langsat, masa itu kau telah meninggalkan kampung halaman, bila mak tahu aku mengidam , dia mengantar buah langsat untukku, sedangkan masa itu aku begitu takut, takut mak akan marah padaku, tapi mak dan ayah masih melayanku seperti dulu-dulu, aku teringatkan, bila bersama mak hidupku sungguh gembira, diakan selalu buat cerita yang lucu dan kelakar,sehingga kadang-kadang sampai sakit perutku, dan kadang-kadang sampai terkeluar air mataku bila terlalu ketawa, agaknya dia suka melihat senyumanku dan gelaktawaku, tapi kini aku menantu mereka yang tidak jadi, agaknya sejakku kecil mereka sudah berharapkan demikian, dan kebetulan pula kita telah pun bercinta, kita telah mendahului mereka".

"Tapi apakan daya, takdir telah mengatasi segal-galanya, aku merasa begitu bersalah kepada mereka berdua, sayang...betapakah indahnya semua itu, sekiranya ia boleh berulang seperti semula dan kita, tidak dihalangi oleh apa-apa, tapi...semua itu telah terlalu jauh, sudah terlalu jauh meninggalkan kita, sudah begitu lama, walaupun kadang-kadang kenangan itu datang semula dan bagiku ianya seperti baru semalam berlalu sepertilah masih begitu hangatnya rasa cintaku."

"Ohhh...entah kenapa aku merasakan begitu lemah, pilu, sedih dan sunyi, tapi aku tak boleh berbuat apa-apa sekarang, aku sangat lemah, aku tidak bermaya, aku seperti akan meninggalkanmu buat selama-lamanya, cepat-cepatlah balik, cepatlah balik".

"Munkin ini adalah saat akhir hidupku, aku rasa kita tidak akan bertemu lagi selepas ini sayang, aku berharap sangat kau akan balik untuk berjumpa aku, sebelum aku meninggalkanmu, tapi seandainya ditakdirkan aku pergi dahulu meninggalkanmu, selamat tinggal sayang, selamat tinggal, semoga kau tak akan pernah melupakan aku, tak akan pernah melupakan, ingatlah aku di dalam doamu, di saat kau kesunyian, di saat kau bersendirian di Jambatan kayu di ujung kampung itu, anggaplah cinta kita seperti aku masih ada, anggaplah aku menemanimu di saat itu, di saat-saat kau sedih, di saat-saat kau rindukan aku".

"Selamat tiggal sayang, percayalah...aku mencintaimu hingga ke akhir hayatku...selama ini aku hidup adalah kerana cintamu...cintamu yang memberiku erti semua itu...aku tahu betapa kau menderita kerana mencintai aku...maafkanlah aku kerana penderitaan itu...maafkanlah aku sayangku...maafkannnnlaaaa
h aakuuuuuuuu... entah...berapa banyak kali maafnya.... sayangggg...walaupun cinta kita itu tidak pernah tercapai tangan tapi percayalah ia tetap ada untuk kau, rasailah ia di saat-saat yang kau ingini , dan ia tetap suci..percayalah cinta suci itu tetap ada..cinta suci itu tetap ada sayangku".

Begitulah di antaranya pesanan-pesanan terakhir yang sempat aku baca, ayat-ayatnya saja yang mampu ku baca haribulan dan masanya aku tinggalkan begitu saja, sedangkan semalam aku baru melihat tanah kuburannya, tanahnya masih basah seperti mataku yang tergenang, masih merah seperti mataku yang merah ini, air mata ini tidak tahu berhenti, ia bercucuran dengan sendirinya, mengalir seperti cintaku yang telah pergi, tanpa dapat bertemu aku di saat-saat akhir hidupnya, dia telah pergi dengan impiannya yang tidak pernah kesampaian, dia telah pergi dengan cintanya yang tidak pernah tercapai".

Ah..alangkah... menderitanya percintaan ini...ya tuhanku kau berilah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini...untuk menghadapi hari-hariku yang aku tidak tahu bagaimana ...oh..tuhanku kau berilah aku kekuatan. untuk menghadapi semua ini, Sebenarnya seminggu sebelum itu aku telahpun balik kampung dan bertemunya, tapi masa itu dia seperti semakin pulih, walaupun agak lemah, aku lihat dia begitu gembira bertemu aku, begitu irat tangannya memegang tanganku seperti tidak mahu dilepaskan, dipeluknya tanganku ke dadanya, walaupun matanya terpejam, tapi tidak lama kemudianya kelihatan ia menangis, hanya air mata mengalir membasahi pipi, aku hanya mampu mengesat air mata itu dengan sapu tanganmu, walaupun hanya diam namun tak lepas-lepas tanganku di dalam dakapannya,

Aku hanya diberitahu oleh kakaknya bahawa sebelum dia meninggal dia selalu menyebut-nyebut namaku, dan selalu bertanya sudahkah ditelefon aku supaya cepat balik, dan berkata kenapa begitu lambat aku balik,itulah yang aku kesalkan, kenapa aku tidak memahami semua itu,bukankah semuanya sudah jelas seolah-olah berkata inilah saat-saat akhirnya, supaya jangan tinggalkandia lagi buat saat-saat terakhir kali ini, janganlah di lepaskan dia lagi, walaupun hanya sekejab, siapalah aku untuk menilai semua itu, aku menyangka munkin kerana menahan sakit cancernya, bila mengenangkan semua itu, hanya air mataku, mengalir, tak mampu dibendung di balik kaca mata hitamku, hanya sapu tanganmu...ku buat menyapu air mataku.

Kini...akan tidak ada lagi...insan, yang akan sudi melayani aku, mendengar suaraku di telefon, sebab orang yang selalu menelefon aku sudah pergi buat selama-lamanya, dan aku seorang insan malang perlu meneruskan perjalanan hidupku, di lebuhraya untuk pulang ke distanasiku sendiri, cuma di sepanjang lebuhraya itu, kadang-kadang ada orang terperasan aku sedang menangis sorang-sorang, kerana ada ketikanya lagu-lagu yang ku dengar melalui radio keretaku begitu hampir mengenai percintaanku yang tidak kesampaian itu, mengenai betapa menderitanya percintaanku, terasa seolah-olah itulah aku, hanya di dalam kereta BMW M6 CBE 77 berwarna merah yang ku pandu aku terasa betapa dekatnya antara kau dan aku, aku merasa seperti kau  sedang melihat aku menangis...

Oleh : Othman Hapidzuin
20 Jan 2011

Nurul Amni.

No comments:

Post a Comment