Friday 6 May 2011

Hari Ibu

Apabila seorang wanita telah melakukan sembahyang lima waktu,
berpuasa pada bulan ramadhan,
menjaga maruahnya dan mentaati suaminya,
maka dia diakhirat akan disuruh untuk masuk kedalam syurga melalui pintu mana yang dia sukai-hadis riwayat al-Bazzar.

Tangan yang menggoncang buaian boleh menggoncang dunia.
kalau tangan itu baik,akan bersemaraklah dunia dengan keamanan,
tetapi kalau tangan yang menggoncang itu memang jahat, kelak anak itulah yang akan menggegarkan dunia dengan kemungkaran.

Perempuan itu penting dalam hidup lelaki. Jika tidak, Allah S.W.T tidak akan menjadikan Hawa dari tulang rusuk nabi Adam a.s untuk memenuhi rasa kesunyiannya bersendirian disyurga. Namun dalam bentuknya yang lemah, wanita memerlukan lelaki yang dapat membimbingnya kearah kesempurnaan.

Islam memberikan beberapa kelonggaran kepada wanita dalam soal beribadah kepada Allah s.w.t. Cukup dengan bersyahadah, menunaikan solat lima waktu, berpuasa dibulan ramadhan. Malah dalam dalam keadaan tertentu seperti kedatangan haid dan nifas, perempuan boleh meninggalkannya. Malahan haram pula jika melakukannya.

Perempuan tidak perlu solat berjemaah untuk mendapatkan pahala solat jemaah, cukup sekadar mendidik anak-anak (jika sudah berkeluarga) dirumah dan redha dengan pemberian suaminya.

Perempuan juga tidak akan disentuh api neraka jika ikhlas berkhidmat kepada suaminya dan keluarganya, serta memelihara kehormatan dirinya dan harta suaminya.

Perempuan juga mempunyai keistimewaan dengan kuasa pujukan. Kehebatan wanita dalam pujuk memujuk memang tidak dapat disangkalkan lagi. Siti Khadijah dapat memujuk Rasulullah ketika baginda menggigil ketakutan pertama kali bertemu dengan Jibril digua Hira'. Jangan ada yang menggunakan keistimewaan ini untuk jalan maksiat pula.

Perempuan juga mempunyai kecantikan dan kuasa layanannya. Kecantikan dan kelembutan wanita dapat memujuk suami ke jalan kebaikan. Insyaallah. Apalagi dengan layanan yang baik, pasti dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik itu perlu disalur kepada orang yang berhak, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah, malah keinginannya juga mudah dipenuhi.

Doa perempuan lebih makbul kerana sifat penyayangnya. Sebuah hadis bermaksud,
"Doa ibu itu lebih cepat makbul."
"Kenapa ya Rasulullah?"jawab baginda,
"Iibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan disia-siakan."

Ketaqwaan juga lebih mudah diperolehi perempuan kerana kehalusan budinya adalah benteng baginya dari melakukan dosa berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya dihabiskan diluar yang penuh dengan godaan, cubaan dan ujian.

Sekuatmanapun lelaki, mereka juga datang dari rahim seorang perempuan. Dikandung, dilahirkan, menatih, mendidik dan memelihara hingga dewasa. Tetapi kemuliaan wanita itu harus dengan taat pada kaum suami.

"Perempuan yang taat akan suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighafar baginya selama mana dia masih taat pada suaminya dan diredhainya(serta menjaga sembahyang dan puasanya)"
Maka jagalah perbuatan dan percakapan kita agar kita tidak nusyuz kepada suami.

"Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya."

Dengan begini hebat anugerah Allah kepada kaum wanita, peliharalah dengan sebaik-baiknya kerana sekali Allah mencabut kemuliaan itu, perempuan akan menjadi amat hina sehingga tiada tempat yang lebih layak baginya kecuali neraka. Na'uzubillah himinzaalik.

Kepada saudari yang belum berumah tangga, taatilah dan peliharalah hati kedua ibubapa kita kerana saudari adalah penawar kepada mereka. Tetapi juga mampu menjadi racun kepada mereka jika tidak menjaga pertuturan terhadap mereka.


Pada hari ini, 8 haribulan Mei 2010, sempena sambutan hari ibu, saya ingin memesan kepada semua dan diri sentiri agar menjaga batas-batas ugama kita dengan sempurna agar dapat menjadi wanita solehah dan menjadi anak yang baik. hargailah kedua ibubapa yang memelihara kita sejak kecil sehingga dewasa dengan penuh kasih sayang.

Walaupun arwah ibu saya telah kembali ke rahmatullah enam tahun lalu,namun saya merasa seolah-olah baru semalam dia pergi meninggalkan kami. Alangkah rindunya hati bila mengingati betapa besarnya pengorbanan ibu sepanjang hayatnya.

Saya masih lagi merindui Karipap buatan tangannya,
Saya masih lagi merindui nasi dagang dari air tangannya,
Saya masih rindu untuk memeluk dan mencium tangannya.

Dan untuk para ibu....
Janganlah abaikan tanggungjawab memasak untuk suami dan anak-anak kerana itulah sentuhan perasaan yang paling mengeratkan kasih sayang antara keluarga.

Semoga arwah ibu saya ditempatkan di syurga paling atas. Amin....

No comments:

Post a Comment