Friday 6 May 2011

Selamat Hari Bapa

Abi, Walid, Dady, Ayah, Bapa, Father, Ba ba, dan lain-lain lagi. Apa saja gelaran yang diberi Selamat Hari Bapa saya ucapkan kepada semua kaum Adam yang telah menjadi bapa dan juga bakal menjadi bapa.

Ada Hari Ibu, Hari Bapa.
Bagi saya ibu atau ayah mereka tetap sama. Hari ini kita kena balas balik semua pengorbanan dan jasa mereka pada kita kerana kita juga dah jadi bapa dan mempunyai anak. Tentunya kita jugak mahu anak-anak kita jadi manusia yang tahu membalas budi dan berjasa pada kedua ibubapa.

Dari semenjak kita lahir sehingga la kita dewasa dan seterusnya bekerluarga. Tidak terbalas jasa mereka ini jika ingin kita kirakan. Jangan kita sesekali menderhaka kepada kedua ibu bapa kita.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: Adakah kalian mahu ku beritahu tentang dosa-dosa yang besar? Para sahabat menjawab: Kami mahu, ya Rasulullah. Rasulullah bersabda: Menyekutukan Allah dan derhaka kepada ibu bapa.
Riwayat Bukhari & Muslim


Allah berfirman yang bermaksud: Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkan kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”.
Surah al-Israk ayat 23-24


Ingatlah kasih sayang yang paling ikhlas ialah kasih sayang terhadap kedua ibubapa. Anak yang soleh dan soleha dituntut membalas mereka dengan adab dan akhlak yang baik. Bukan wang ringgit yang menjadi harapan mereka ini, cukuplah dengan seulas senyuman dan kata-kata yang lembut lebih berharga dari wang beribu ringgit.

Ambil la kesempatan yang ada ini sementara anda masih lagi mempunyai ibu dan ayah, hargai la merka dengan penuh kasih sayang. Bagi yang telah tiada doakankan la untuk kesejahteraan meraka, sesungguhnya amalan yang berterusan untuk kedua ibu bapa ialah doa dari anak-anak yang soleh dan soleha.

Buat ayah ku tercinta Tuan Haji Atan Haji Mahmod, terima kasih kerana telah membesarkan diriku serta memberikan pendidikan yang terbaik untuk diriku. Pengorbanan mu sungguh besar, tidak terbalas jasa mu dengan wang ringgit. Terima Kasih Ayah.


Anis.

No comments:

Post a Comment