Monday 3 October 2011

Gaya Hidup Sihat Tanpa Maksiat

Bagaimanakah gaya hidup sihat tanpa maksiat itu? 


Gaya Hidup Sihat Tanpa Maksiat

Pen diciptakan untuk menulis. Selagi mana digunakan untuk menulis, insyaAllah pen akan berada dalam keadaan baik. Mengapa? Ini kerana pen memang dicipta untuk menulis. Sebaliknya, kalau pen itu digunakan untuk mencucuk, dibaling atau mengetuk sesuatu, sudah tentu pen itu akan rosak. Kenapa? Ya, kerana bukan dicipta untuk itu.

Maka begitulah manusia. Manusia akan “rosak” sekiranya tidak melaksanakan tujuan hidupnya sepertimana yang telah ditentukan oleh Pencipta (Allah). Tujuan manusia diciptakan adalah untuk beribadah. Sekiranya dia menyimpang daripada tugas itu, dirinya akan rosak; kesihatannya terjejas, sama ada kesihatan mental, spiritual, emosi mahupun fizikalnya. Ketika itu dia akan merosakkan dirinya sendiri. Itulah akibat maksiat.

Justeru, amalkanlah cara hidup Mukmin - hidup yang sihat tanpa maksiat! Wallahualam..


copy from: Muhammad Aiman

Nurul Amni.

No comments:

Post a Comment