Sunday 2 October 2011

Perbezaan antara Pengkid, Tomboi dan Lesbian serta Dalil Mengenai Larangnya

Marilah kita membaca tentang pembezaannya yang selama ini kita keliru.


PERBEZAAN ANTARA PENGKID,TOMBOI DAN LESBIAN

Golongan pengkid,tomboy dan lesbian cukup sinonim dinegara kita.Sekilas pandang mereka mudah untuk kita kenali dan jejaki tetapi wujud perbezaan yang ketara diantara ketiga-tiga golongan ini.

Pengkid,tomboy dan lesbian atau yang sama erti dengannya membawa makna berbeza kepada masyarakat walaupun hakikatnya mereka cenderung kepada gejala sama, homoseksual malah kelompok ini adalah jantina ketiga yang cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma biologi, moral dan sosial kehidupan wanita.

Tomboy adalah bererti wanita berperwatakan lelaki tetapi bukan pengkid atau lesbian. tomboy ini hanya mempunyai sifat-sifat maskulin. contohnya kasar, agresif dan lasak. yang mana sifat-sifat ini sering kita lihat ada pada seorang lelaki. namun hanya sifat sahaja. Tomboy ini memiliki keinginan seks yang normal dan fizikalnya juga sama seperti wanita normal yang lain.

manakala pengkid pula sedaya-upaya mahu kelihatan seperti lelaki. Contohnya berbengkung di dada (dia benci bahagian badan yang berkaitan wanita), memakai pakaian longgar dan berambut pendek. Pengkid tertarik untuk berhubungan seksual dengan wanita lain. menurut Prof Madya Makhzan Musa dalam bukunya Psikologi Sosial, golongan Pengkid ini dikategorikan golongan yang mengalami kecelaruan tingkah laku seks.

ada 2 perkara yang mendorong kepada kecelaruan tingkah laku seks:
a) kecelaruan identiti gender di mana individu tidak selesa dengan alat kelaminnya dan tingkah dikaitkan dengan jantina lain.
b) parafilian- melibatkan kebangkitan seks melalui ransangan yang ganjil atau aneh.

konflik yang berlaku antara organ jantina dengan identiti jantina. individu begini mengatakan dirinya patut menjadi lelaki. itulah yang dialami oleh Pengkid.

Lesbian pula tidak semestinya kelihatan seperti lelaki malah ramai feminin dan nafsu terhadap wanita lain tidak diketahui sesiapa pun. Mereka menerima diri sebagai wanita (tidak seperti pengkid), malah menyukai bentuk tubuh wanita. Dalam hubungan seksual lesbian, salah seorang pasangan memainkan peranan dominan manakala seorang lagi bersifat lebih pasif. lesbian juga sering mengamalkan orientasi seks yang dikenali sebagai biseksual (prof makzan musa). mempunyai keinginan dengan wanita dalam masa yang sama juga terhadap lelaki. perkara ini antara penyumbang kepada penularan virus HIV, Sifilis dan virus kelamin lain.

4) DALIL MENGENAI LARANGAN KEPADA WANITA MENYERUPAI GOLONGAN LELAKI DAN SEBALIKNYA

Islam menyuruh umatnya mematuhi hukum dan perintah Allah SWT dan Rasul serta menjauhi perkara dilarang. Allah SWT telah menetapkan yang mana halal dan haram. Ini termasuk mengenai cara hidup seseorang. Keputusan Muzakarah Fatwa merujuk kepada larangan (pengharaman) asal Nabi Muhammad SAW terhadap lelaki yang menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki dalam hadis yang bermaksud:

"Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki."
(Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud, al-tirmizi, Ibn Majah, & Ahmad)

daripada Abu Hurairah, bermaksud: ((Rasulullah saw melaknat lelaki yg memakai pakaian perempuan, dan perempuan yg memakai pakaian lelaki)). (hadis sahih, riwayat Ahmad, Abu Daud)

Rasulullah saw bersabda bermaksud: ((Tiga golongan yg tidak akan masuk syurga….(antaranya): perempuan yang meniru dan berkelakuan seperti lelaki)) (Riwayat Ahmad).

Bahaya penyerupaan itu jika dibiarkan tanpa peringatan dan tindakan akan menyumbang kepada kecelaruan identiti, kerosakan akhlak dan kewujudan cinta intra-seksual pada tempat yang salah.Maka jelaslah,bentuk penyerupaan lelaki yang diamalkan oleh sebahagian golongan pengkid adalah haram dan dilaknat oleh Allah dan RAsulullah s.a.w

Pandangan ulama mengenai gejala homoseksual (lesbian) dan hukumannya.
Imam Abu Hanifah (pengasas mazhab Hanafi) berpendapat : perlakuan yang berkaitan homoseksual tidak dikategorikan sebagai zina dengan alasan: Pertama: kerana tidak wujud unsur kesamaan antara seks lelaki dan perempuan dengan homoseksual yang tidak melibatkan unsur berkaitan dengan zuriat dan ketidakjelasan nasab (keturunan) tidak terdapat didalam perlakuan seks homoseksual. Kedua: perbezaan jenis hukuman yang melibatkan para . Berdasarkan kedua alasan ini, Abu Hanifah berpendapat bahwa hukuman terhadap pelaku homoseksual adalah membabitkan ta’zir (diserahkan kepada penguasa atau pemerintah).

Menurut Imam Malik,perlakuan seks homoseksual boleh dikategorikan zina dan hukuman yang dikenakanl keatas pelakunya adalah direjam, sama ada muhshan (sudah berkahwin) atau gair muhshan (belum berkahwin)

Menurut Imam Syafie, homoseksual tidak dikategorikan sebagai zina seperti hubungan kelamin diantara lelaki dan perempuan tanpa akad nikah yang sah, tetapi terdapat kesamaan diantara kedua-duanya iaitu keduanya merupakan hubungan seksual yang dilarang dalam Islam keatas pelakunya.Hukuman yang dikenakan sekiranya wujud perlakuan tersebut adalah:sekiranya muhshan (sudah berkahwin), maka dihukum rejam. Kalau gair muhshan (belum berkahwin), maka dihukum sebat 100 kali dan dibuang negeri selama satu tahun.

Sebuah hadis ada mengungkapkan bahawa orang yang melakukan perbuatan ini sebagai pelaku zina.

Daripada Abu Musa,Nabi bersabda “ Apabila seorang lelaki mendatangai seorang lelaki,maka mereka berdua adalah penzina”.
(diriwayatkan oleh Baihaqi)

Pendapat imam Syafie yang berkaitan dengan pelaku liwat dibunuh berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh para penulis sunan, daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Sesiapa yang kamu temui mengamalkan amalan kaum Nabi Luth a,s,hendaklah kamu bunuh pelaku dan yang diperlaku”. (Diriwayat oleh at-tirmizi,Abu daud dan Ibn majah)

Keterangan berkaitan dengan hubungan kait diantara peliwat atau homoseksual dengan gejala pengkid.Hujah ini dikaitkan kerana ada segelintir golongan pengkid yang mengamalkan kehidupan seks bebas yang boleh diertikan sebagai golongan homoseksual yang melibatkan antara wanita dengan wanita seperti zaman nabi Luth a.s

Ini adalah diantara kesepakatan ijma oleh ulama,maka sesungguhnya telah disepakati bahawa perlakuan homoseksual adalah sesuatu yang bertentangan dengan islam dan diluar fitrah kejadian manusia.Islam memandang serius dalam melibatkan masalah homoseksual dan lesbian sudah jelas mengharamkan perlakuan yang diluar tabi’dari norma-norma kehidupan manusia termasuk Ijma’ para ulama tak pernah berselisih. Bersumberkan kepada panduan Al-quran dan hadis cukup untuk mengatakan bahawa larangan Allah terhadap perlakuan yang menyerupai kaum nabi Luth a.s.


sumber: http://sinarloronggelap.blogspot.com/2010/05/antara-pengkid-lesbian-dan-tomboy.html

Nurul Amni.

No comments:

Post a Comment