Friday 7 October 2011

Untuk?

Untuk apa?


Untuk belajar – satu tugas sepanjang hayat – dari buaian sehingga ke liang lahad..

'When you stop learning,you stop leading' – apabila kita berhenti belajar,kita berhenti memimpin..Setiap kita adalah pemimpin,sekurang-kurangnya pemimpin kepada diri kita sendiri..Jadi,apa yang anda lakukan sekarang sebenarnya bukan setakat membaca,memberikan ilmu yang bermanfaat,malah anda sedang memimpin..Ingat selalu...
'leaders are learners!' – pemimpin adalah orang yang sentiasa belajar..

Tidak ada noktah dalam membentuk diri ke arah yang lebih baik..Usaha membaiki diri adalah satu kembara yang tidak berhujung..Sering kali penghujung suatu jalan, membuka satu jalan lain yang lebih luas..

'In life,what sometimes appears to be the end is really a new beginning'.

Ya... Dalam hidup,kadangkala sesuatu yang kelihatan seperti satu pengakhiran sebenarnya adalah satu permulaan yang baru!Berbanding malaikat yang secara tabiinya baik dan kebaikannya statik,manusia pula sebaliknya mempunyai potensi untuk menjadi lebih baik dan sentiasa dinamik...


copy: Redha Hati Sufi

Nurul Amni.

No comments:

Post a Comment