Wednesday 12 October 2011

HASSAN AL-BASRI SEWAKTU REMAJANYA...

 Mengapa dengan masa remaja Hassan Al-Basri? Apa yang berlaku?
 HASSAN AL-BASRI SEWAKTU REMAJANYA...

Hassan al-basri sewaktu remajanya, adalah seorang bangsawan yang mewah dan suka berfoya-foya.
Suatu hari ketika berjalan-jalan di kota Basrah, dia terpandang seorang perempuan cantik dengan sepasang mata yang sangat menarik.

Datanglah rasa ghairahnya sehingga tanpa sedar kakinya terus mengekori si cantik itu.
Perempuan itu sedar ada orang mengekorinya, lalu menoleh kepadanya; "Tuan terus mengekori saya, apakah tuan tidak malu?"

Haasan pun menoleh kiri dan kanan dan mendapati tiada siapa di situ.
"Nak malu pada siapa? Bukan ada orang melihat." katanya.
"Sekalipun pada Allah yang Maha Mengetahui khianatnya mata dan apa yang tersembunyi di sebalik dada." kata perempuan itu.

Hassan terkedu mendengarnya tetapi kerana tak mampu melawan nafsunya, dia tetap mengekori perempuan itu.
"Mengapa tuan masih mengikut saya?"
"Saya tertarik dengan dua matamu yang cantik"
"Baik, tuan tunggulah di sini. Biarlah saya pulang dahulu dan akan saya hantarkan apa yang tuan mahu" kata perempuan itu.

Hassan pun menunggu dengan rasa berdebar-debar.
Tidak lama kemudian, datang seorang pembantu perempuan tadi menghulurkan suatu kotak berbalut sapu tangan.
" Tuan, ini tuan saya kirimkan untuk tuan."

Dengan rasa amat gembira, Hassan pun membuka kotak itu.
Alangkah terkejutnya apabila di dapati dua biji mata yang berlumuran darah.

"Perempuan yang tuan ekori tadi ialah majikan saya. Dia berpesan, dia tidak mahu memiliki mata yang membawa fitnah atas orang lelaki. Dia mengirim mata ini agar tuan boleh menikmati dan terbebas dari godaan itu. Ambillah tuan."

Menggigil tubuh Hassan al-Basri dengan peristiwa menyayat hati ini. Semalaman dia menangis bertaubat kepada Allah.

Keesokan harinya, Hassan pun pergi ke rumah perempuan tadi untuk meminta maaf tetapi menurut jiran berdekatan, perempuan itu telah meninggal kerana terlalu sedih akan dosanya.

Terketar-ketar Hassan mendengarnya, rasa bagaikan hendak tumbang.
Menangislah dia selama tiga hari di rumahnya.
Pada akhir malam yang ketiga itu, Hassan telah bermimpi melihat perempuan tersebut sedang duduk di taman syurga.

"Wahai tuan, dari dulu lagi saya telah memaafkan perbuatan tuan yang tak senonoh itu, kerana dari perbuatan tuan saya akhirnya duduk mulia di hadapan Allah."

Jawab Hassan " Kalau benar engkau maafkan saya, berilah saya nasihat agar saya menjadi orang soleh."

"Bertaubatlah waktu tuan sedang bersendirian atau ketika banyak orang. Ingat ALLAH dan berzikirlah bersungguh-sungguh pagi dan petang, beristighfarlah."

Hassan Al-Basri pun mengamalkan nasihat itu. Beliau akhirnya dikenali sebagai wali yang zuhud, taat dan termasyur kerana memiliki budi pekerti yang mulia.

Begitulah sejarah mempamerkan kehebatan wanita yang beriman.
Takut dengan murka ALLAH, maka sanggup di leraikan dunia yang membawa fitnah ke atas kaum lelaki.

Benarlah ayat ALLAH

Tundukkanlah pandanganmu terhadap yang bukan muhrim kerana sering berlaku "panahan syaitan" di mata.
 copy: Muhammad Firdaus ‎di SAHABAT ISTIMEWA
 Nurul Amni. 

No comments:

Post a Comment