Saturday 20 August 2011

Cara Rasulullah Menyambut Ramadhan



Kita sebagai orang Islam pasti akan menghadapi bulan ini, iaitu bulan Ramadhan yang diwajidkan berpuasa di bulan ini. Mari kita membaca cara baginda Rasulullah menyambut bulan yang penuh dengan berkat ini.

Nabi SAW menyambut bulan Ramadhan dengan beberapa cara:

1. Dengan banyak berpuasa sebelum Ramadhan. Mengerjakan puasa sunat bulan Rejab dan Sya'ban, puasa sunat Isnin dan Khamis atau puasa sunat lainnya. Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Aisyah:

"Adalah Rasulullah SAW kadang-kadang terus-menerus berpuasa, hingga kami mengatakan, bahawa beliau tidak berbuka-buka, dan kadang-kadang terus-menerus berbuka, hingga kami mengatakan bahawa beliau tidak pernah berpuasa sunat. Namun demikian saya tidak pernah melihat Rasulullah menyempurnakan puasa sebulan penuh selain bulan Ramadhan; dan saya tidak pernah melihat beliau banyak berpuasa sebagaimana puasa di bulan Sya 'ban "

2. Rasulullah SAW pada hari akhir dari bulan Sya'ban berceramah (berkhutbah) di hadapan para Sahabat untuk menerangkan keutamaan dan keistimewaan bulan Ramadhan. Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman r.a., ertinya:

Rasulullah SAW pada hari terakhir dari bulan Sya'ban berkhutbah di hadapan kami, maka beliau bersabda: "Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasa-Nya suatu fardhu dan qiyam di malam harinya suatu tathauwu'.

Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di bulan yang lain. Dan barangsiapa menunaikan suatu fardhu di dalam bulan Ramadhan, samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardhu di bulan yang lain. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu pahalanya adalah Syurga. 

Ramadhan itu adalah bulan membelikan pertolongan dan bulan Allah menambah rezeki para mukmin di dalamnya. Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari Neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa sedikitpun berkurang." 

Para Sahabat berkata: "Ya Rasulullah, tidaklah kami semua memiliki makanan berbuka puasa itu untuk orangyang berpuasa!" Maka bersabda Rasulullah SAW: "Allah memberikan pahala ini kepada orang yang memberikan sebutir kurma atau seteguk air atau sehirup susu. Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya merdeka dari Neraka. Barangsiapa meringankan beban dari hamba sahaya (pembantu-pembantu rumah), nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari Neraka. Kerana itu banyakkanlah yang empat perkara di dalam bulan Ramadhan. 

Dua perkara untuk kamu menyenangkan Tuhanmu dan dua perkara lagi untuk kamu sangat menghajatinya. Dua perkara yang kamu lakukan untuk menyenangkan Allah, ialah mengakui dengan sesungguhnya, bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan mohon ampun kepada-Nya. 

Dua perkara lagi yang kamu sangat menghendakinya; orang yang berpuasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolamku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga ia masuk dalam Syurga. "

Melalui hadis ini kita boleh mengambil banyak pengajaran danperingatan. Kita boleh mengadakan majlis pertemuan menyambut Ramadhan dengan menghuraikan Hadis tersebut.

3. Mengucapkan tahniah atas kedatangan Ramadhan. Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati, Allah memerintahmu berpuasa di dalamnya. Dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu Syurga, dikunci segala pintu Neraka dan dibelenggu segala syaitan. Dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebajikan malam itu, berertilah telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan. " (Riwayat: Ahmad, An-Nasa'i dan Al-Baihaqi)

sumber: http://mrbelia.pun.bz/menhayati-bulan-mulia-penuh-keberkatan-d.xhtml

Nurul Amni.

No comments:

Post a Comment