Sunday 21 August 2011

Persahabatan

Persahabatan mungkin terjalin kerana kemewahan dunia. Mungkin juga kerana akhlak budi kita. Mari kita lihat pendapat di blog http://syazeone93.blogspot.com/2011/02/erti-persahabatan.html tentang pendapatnya tentang hal ini.

Kini aku sedar apa itu persahabatan..

Selalunya orang akan cakap sahabat yang sejati akan berada disisi kita bila kita memerlukan dan bila kita senang kita akan kongsi kegembiraan bersama. Tapi tidak semua yang kita harapkan akan terjadi.

Ada tu sahabat yang kita rapat tapi diam-diam dia tidak suka dengan kita. Ada juga kawan yang kita tidak suka akan membantu kita bila kita kesusahan kelak. Semua itu kuasa Allah. Kkita hanya berusaha untuk mendapatkan yang terbaik..

Alhamdulillah Allah bagi aku kelebihan so that aku dapat kenal siapa yang ikhlas berkawan dengan aku dan siapa hanya menjadi udang disebalik batu. Aku bukan jenis suka memilih kawan. Aku kawan dengan semua tapi pada masa yang sama aku tau yang mana mengerti erti persahabatan.

Bagi aku persahabatan ini sahabat yang akan membantu aku dalam kesusahan dan bila aku dan dia senang akan kami berkongsi rasa yang sama dan dalam pada masa yang sama saling mengingati satu sama lain agar perhubungan akan diredhai Ilahi bukan hanya dengan persahabatan yang penuh dengan dosa noda dan hawa nafsu yang tidak pernah berhenti menyerang manusia yang hauskan keinginan duniawi semata-mata.

Apa-apa pun aku bersyukur kerana mempunyai sahabat yang mempunyai pelbagai perwatakan, dekat sini aku dapat belajar erti kehidupan dalam persahabatan.





No comments:

Post a Comment