Monday 22 August 2011

Penyakit Jantung

Penyakit jantung, anda ada? Tidak? Alhamdulillah la kalau tak ada. Tapi jangan la kita tak ambil kisah tentang penyakit ini. Mari kita baca artikel di bawah.

Penyakit jantung yang menyerang manusia pada hari ini boleh dikatakan berpunca dari pelbagai perkara. Faktor risiko untuk diserang oleh penyakit jantung juga dikatakan akan meningkat seiring dengan penyakit-penyakit lain yang dihidapi seseorang individu. Persoalannya;

'Adakah peringkat umur menentukan risiko untuk diserang penyakit jantung'?


Penyakit Obesiti atau gemuk yang berlebihan (lihat Faktor kegemukan) akan meningkatkan risiko untuk diserang penyakit jantung. Ini adalah fakta yang tidak lagi diragui. Namun demikian, persoalan penyakit jantung dan hubungan peningkatan risiko dengan usia seseorang individu masih lagi diperdebatkan. Berdasarkan hasil kajian Prevalensi Penyakit Jantung Koroner Menurut Kelompok Umur Di Laboratorium Klinik Prodia Makassar Tahun 2005, terdapat kecenderungan peningkatan risiko bagi pesakit mengikut umur. Pada kelompok umur 30-40 tahun, risiko diserang penyakit jantung ialah sebanyak 17%. Peratus risiko meningkat kepada 27% bagi peringkat umur 41-50 tahun, 46% bagi peringkat umur 51-60 tahun, 58% bagi peringkat umur 61-70 tahun dan 75% bagi peringkat umur 70 tahun ke atas.



Melalui hasil penyelidikan ini, kesimpulan yang dibuat adalah faktor usia atau peringkat umur menyumbang kepada peningkatan risiko diserang penyakit jantung. Semakin tua usia seseorang individu, semakin tinggi risiko untuk menghidap penyakit jantung.

Umur dan Jantina

Jika peningkatan umur melalui hasil penyelidikan disimpulkan sebagai meningkatkan risiko diserang penyakit jantung, jadi bagaimana pula dengan gabungan peningkatan umur dan jantina seseorang individu?


Melalui data dari laman web World Health Organization, penyakit jantung lebih kerap menyerang wanita yang sudah berumur, lebih-lebih lagi kepada wanita yang telah menopaus. Malahan, hasil penyelidikan Mamat Supriyono (Universitas Diponogoro Semarang) membuktikan bahawa wanita lebih cenderung diserang penyakit jantung koronari berbanding lelaki. Walau bagaimanapun, secara umumnya, tidak terdapat banyak perbezaan di antara risiko diserang penyakit jantung di antara lelaki dan wanita. Perbezaan yang ketara hanyalah wanita lebih kerap diserang penyakit jantung selepas mengalami menopaus ataupun di dalam linkungan umur 60-70 tahun manakala bagi lelaki lebih kerap diserang penyakit jantung dalam linkungan umur 50-60 tahun.





Peringkat Bayi


Penyakit jantung juga berkemungkinan berlaku pada peringkat seseorang itu masih lagi bayi. Selalunya pada peringkat ini, penyankit jantung yang dihidapi ialah penyakit jantung berlubang dan jantung gagal berfungsi. Seawal usia 1 bulan hingga 1 tahun, bayi yang mengalami masalah jantung gagal berfungsi adalah berpunca pada beban jantung selain daripada kecacatan pada jantung.

Pada bayi, gejala Gagal jantung biasanya berpusat pada keluhan orang tuanya bahawa bayinya tidak kuat minum, lekas lelah, bernafas cepat, banyak berkeringat dan berat badannya sukar untuk bertambah. Pesakit cacat septum ventrikel atau duktus arteriosus persisten yang besar seringkali tidak menunjukkan gejala pada hari-hari pertama, kerana pirau yang terjadi masih minimal akibat tekanan ventrikel kanan dan arteri pulmonalis yang masih tinggi setelah beberapa minggu (2-12 minggu), biasanya pada bulan kedua atau ketiga, gejala gagal jantung baru nyata.

Anak yang lebih besar dapat mengeluh lekas lelah dan tampak kurang aktif, toleransi berkurang, batuk, mengi, sesak nafas dari yang ringan (setelah aktiviti fizikal tertentu), sampai sangat berat (sesak nafas pada waktu rehat).


sumber: http://kesihatanterkini.blogspot.com/2010/08/peringkat-umur_10.html

Anis Syazwani.

No comments:

Post a Comment