Sunday 21 August 2011

Menghidupkan Ramadhan

Menghidupan ramadhan banyak caranya. Mari kita lihat apa yang tertulis tentang menghidupkan ramadhan di http://mrbelia.pun.bz/menhayati-bulan-mulia-penuh-keberkatan-d.xhtml.

Menghidupkan Ramadhan ialah memuliakan bulan Ramadhan dengan amalan yang bermanfaat. Menghayati puasa, berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan. Sabda Rasulullah SAW yang ertinya:

"Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh iman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu. "

Melaksanakan puasa dengan ertikata yang sebenar, bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga tetapi menahan diri daripada maksiat dan dosa, menahan hati dari sifat keji dan menahan diri dari menuruti hawa nafsu. Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW, bersabda yang ertinya:

"Puasa itu benteng, maka janganlah berkata keji dan janganlah bertekak seperti orang bodoh. Jika seseorang menentang atau memakimu maka hendaklah ia berkata; "Sesungguhnya saya sedang berpuasa, " dua kali. Demi zat yang diriku di tangan-Nya, bau busuknya mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Firman Allah: "Ia meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya kerana Aku. Puasa itu untuk-Ku dan Aku membalasnya. Setiap kebaikan akan dibalas sepuluh kali ganda."(Riwayat: Bukhari)

Seterusnya memprogramkan diri dengan amal ibadah seperti sembahyang sunat tarawih, membaca Al-Quran, berzikir, bersedekah dan qiamulail. Beribadah dan beramal di bulan Ramadhan akan mendapat ganjaran pahala berlipatganda. Sabda Rasulullah SAW yang ertinya:

"Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan, maka Allah mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadah setahun dan dia akan bersama ku di bawah panji-panji Arasy; barangsiapa mengekalkan solat berjemaah di bulan Ramadhan, maka tiap-tiap rakaatnya akan diberi satu kota yang penuh dengan nikmat Allah; barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua orang tuanya di bulan Ramadhan, maka akan memperoleh perhatian Allah dengan kasih sayang, sedang aku menjaminnya di dalam Syurga; dan seorang perempuan yang mencari keredaan suaminya di bulan Ramadhan maka baginya pahala sebagaimana pahala Siti Maryam dan Siti Asiah; dan barangsiapa yang menolong keperluan saudara muslimnya di bulan Ramadhan, maka Allah akan menolong seribu keperluannya di Hari Qiamat. " (Dari A nas bin Malik)

sumber: http://mrbelia.pun.bz/menhayati-bulan-mulia-penuh-keberkatan-d.xhtml


Nurul Amni.

No comments:

Post a Comment