Saturday 20 August 2011

Perlu Menangis atau Tidak?


Ini merupakan penulisan saudara kita di Facebook yang bernama  Eiskandar Jamaluddin. Mari kita membaca pendapatnya yang telah diedit.

Berapa kerap anda menangis? Bertahun-tahun sekali? Setahun sekali? Sebulan sekali? Seminggu sekali? Sehari sekali? Berkali-kali sehari?
Kalau aku menangis pun bila ada kematian ahli keluarga terdekat,Lagi satu boleh jugak menangis kalau tengok cerita sedih yang betul-betul menyentuh jiwa. Dengar lagu jiwang pun boleh jugak la, tapi tengok mood macam mana. Mari kita lihat kelebihan air mata orang yang menangis, aku cedok dari forum tapi dah edit sikit-sikit.

1. Membantu penglihatan

Air mata dapat membantu penglihatan seseorang. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah pengeringan pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria

Tak perlu titis ubat mata, cukuplah air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria.

3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis dapat mengurangkan tekanan dengan menangis, dengan itu mood seseorang akan datang kembali. Air mata yang dihasilkan melalui menangis kerana emosi mengandungi 24 % protein albumin yang berguna dalam menormalkan sistem metabolisme tubuh jika dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan akibat gangguan mata.

4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis kerana emosi adalah mengandungi racun. Keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.

5. Mengurangkan tekanan

Bagaimana menangis mengurangkan tekanan? Air mata mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap tekanan, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh tekanan seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengenal erti sosial

Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dengan kawan-kawannya atau seseorang, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Melegakan perasaan

Semua orang ingin merasa demikian. Walaupun anda diduga dengan berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama-lama perasaan itu.
Lepas ni kalau nak menangis jangan segan-segan lagi. Tetapi menangis kerana Allah jangan dilupa juga ya wahai kawan-kawan sekalian.


No comments:

Post a Comment