Sunday 21 August 2011

Senyumlah Kawan

 Senyum? Anda tahu bersenyum? Tahu? Cuba anda senyum... Cuba la, mana tahu anda sudah lupa untuk bersenyum. Anda hanya akan senyum pada yang mengenali anda sahaja? Kenapa tidak kepada orang lain? Mari... mari kita baca apakah pendapatnya tentang senyum.

Salam.
Soalan untuk diri sendiri, adakah kita sudah tersenyum?
Belum lagi?
Jika belum, senyumlah....
Senyum mesti selalu, kalau tak senyum, akan dianggap sombong.
Muka yang masam dan buruk, jika tersenyum akan manis jadinya.


فقال: (وتبسمك في وجه أخيك صدقة) رواه الترمذي وصححه ابن حبان.

Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” At Tirmidzi dalam sahihnya.

Senyum, tiada perlu kepada modal. Senyum itu penenang jiwa yang resah. Senyum adalah satu bahasa seluruh dunia, universal. Jika warg asing melihat kita tersenyum, dah pasti senyuman kita dibalas senyuman. Mudah bukan.

Senyum bukan satu kerja susah, cuma ekspresi wajah pada mulut yang dapat memberi kesan yang sangat besar kepada persekitaran dan juga diri kita sendiri.

Senyum dapat hindar penyakit, dapat hilangkan stress, dapat ceriakan suasana. Senyum juga boleh bawa ke jinjang pelamin...huuuu...bahagianya, indahnya, hebatnya senyuman.....

SENYUM JUGA DAPAT MENGUNDANG REZEKI, senyumlah selalu...jangan masam muka...

sumber: http://syawalnet.blogspot.com/2011/04/senyumlah-kawan.html

Nurul Amni.

No comments:

Post a Comment