Monday 22 August 2011

Mengadu pada Allah, BUKAN manusia

 Kita bukannya perlu mengadu pada manusia... tetapi Allah! Mari kita lihat pendapat di bawah dari

Allah memilih setiap hamba yang ingin diuji.  Melalui ujian ini, banyak perkara yang boleh dinilai. Sebagai orang Islam, ujian adalah momentum untuk berjaya, bukannya gagal atau menyerah kalah.

Allah mahu kita mengadu kepada-Nya tatkala ditimpa musibah, bukannya mencari manusia untuk mengadu.

 Mengadu kepada manusia ada kalanya akan menjadikan kita lebih tertekan.  Barangkali mereka hanya mahu mendengar tetapi tidak mahu membantu.  Barangkali mereka hanya akan mengambil masalah kita sebagai gosip untuk dibincangkan di meja bulat setiap petang.  Barangkali mereka akan mengambil masalah kita sebagai bahan untuk menyerang kita semula.  Jadi tindakan manusia tidak boleh diduga.

Walaubagaimanapun, jika kita mengadu kepada Allah, sudah pasti Dia sentiasa ada untuk mendengar.  Walaupun tidak dapat melihat, kita dapat merasakanNya sangat setia menemani kita.  Dia akan memberi jalan penyelesaian tanpa kita duga.  Dia akan menyapu kesedihan dan air mata kita dengan rahmatNya yang luas meliputi langit dan bumi.

Allahuakbar!

http://www.facebook.com/groups/CintaAllahCintaAbadi/doc/270653966279718/

Nurul Amni.

No comments:

Post a Comment