Monday 22 August 2011

Kelebihan Malam Sepuluh Terakhir Ramadhan

Adakah anda tahu kelebihannya? Andai tidak, mari kita baca.

Antara kelebihan malam sepuluh terakhir Ramadhan ialah:

1.  Rasulullah s.a.w. mempercepatkkan ibadah pada malam sepuluh terakhir melebihi daripada malam-malam sebelumnya. Aisyah r.a berkata:

            Maksudnya:
            “Rasulullah s.a.w. apabila masuk malam sepuluh terakhir Ramadhan, baginda menghidupkan malam (dengan ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun beribadah), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah dari isteri-isterinya”.
                                                                        (Riwayat Bukhari dan Muslim)

2.  Pada malam sepuluh terakhir terdapat satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).

                Pada malam ini diturunkan Al-Quran sebagaimana firman Allah:
                        Maksudnya:
“Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Quran) pada Lailatul Qadar.”                                                                                              
                            (Al-Qadar: 1)

 Ibn Abbas berkata:  Allah menurunkan Al-Quran sekaligus  dari Al-Luh Al-Mahfuz ke Bait al-E’zzah yang terletak dilangit dunia.  Kemudian ia turunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah s.a.w., selama 23 tahun.

 Lailatul Qadar disifatkan lebih baik dari seribu bulan,

Firman Allah:
                        Maksudnya:
                                    “Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan”.
                                                                                                                       (Al-Qasar:3)

Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat,
Firman Allah S.W.T: Maksudnya:

“Sesungguhnya Kami  turunkannya (Al-Quran) pada malam yang diberkati”.                                                
                                  (Al-Dukhan: 4)

Pada malam ini juga turunnya para Malaikat.  Dan Malaikat turun bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

Ditetapkan umur, rezeki  dan ajal  manusia.  Firman Allah S.W.T:
Maksudnya:

“Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah”.                                                                                                                                             
                (Al-Dukhan : 4)

Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ ialah pada malam tersebut Allah menentukan umur, rezeki  dan ajal manusia.

§                 Allah S.W.T. mengampunkan hamba-Nya yang  menghidupkan malam tersebut dengan penuh rasa  keimanan dan  pengharapan.

Bila Lailatul Qadar?

Nabi s.a.w bersabda:

Maksudnya:

“Carilah Lailatul Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadhan”
                                                                        (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
            Maksudnya:

“Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada sepuluh malam terakhir”.
                                                                                               (Riwayat Bukhari)

Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadith-hadith yang menceritakan tentang Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam tersebut berpindah-pindah pada setiap tahun.

Oleh itu , marilah kita sama-sama memanfaatkan malam sepuluh terakhir Ramadhan dan menghidupkannya dengan ibadah dan doa .  Dalam sebuah hadith riwayat Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat?  Baginda menjawab: katakanlah:

3.  Iktikaf pada malam sepuluh terakhir Ramadhan  di mana fadhilatnya lebih banyak dari hari-hari biasa.  Maksud iktikaf di sini ialah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.

            Rasulullah s.a.w. tidak pernah sekalipun meninggalkan iktikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadhan sehinggalah baginda wafat.  Isteri-isteri baginda juga turut beriktikaf bersama-samanya ketika  baginda hidup dan selepas baginda wafat.

§  Syarat sah iktikaf: Islam ,berakal, tidak berjunub dan bersih dari haid dan nifas bagi perempuan.

§     Niat: Iktikaf adalah ibadah yang tidak sah melainkan dengan niat.

§     Masjid: Iktikaf hendaklah  dilakukan di masjid

§     Waktu bermula iktikaf: Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjd sebelum terbenam matahari kedua puluh Ramadhan.

§     Waktu berakhir iktikaf: Berakhirnya iktikaf ialah selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadhan.

§      Perkara yang membatalkan iktikaf: (1) keluar masjid tanpa hajat dengan sengaja. (2) Murtad. (3) hilang akal kerana gila atau mabuk, (4) dating haid atau nifas dan (5) jimak.  Firman Allah S.W.T:-
        
   Maksudnya:
“Dan janganlah dekati (jimak) mereka (isteri kamu) dalam keadaan  kamu beriktikaf di dalam masjid”.
                                                                                   ( Al-Baqarah: 187)

§      Perkara yang sunat dilakukan : memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca al-Quran ,  tasbih, tahid, takbir, istighfar, salawat dan doa.  Begitu juga menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji kitab hadith, tafsir, sirah nabi dan sebagainya.

§        Perkara yang harus dilakukan:    Keluar daripada masjid kerana hajat dan dharuriah seperti keluar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara , menziarahi kematian atau orang sakit.  Begitu juga harus hukumnya mandi, memotong rambut, kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian.

<<<< BERSAMA  MEMBURU SIRNA LAILATULQADAR >>>>

http://www.facebook.com/groups/CintaAllahCintaAbadi/doc/270490152962766/

Alyssa Faeza.

No comments:

Post a Comment